Mukhriz umpama anak kecil yang hanya berani bila masa ada pengaruh ayahnya. Ini menunjukkan beliau bukanlah seorang yang boleh diharap kerana sepanjang perjalanan politiknya dia masih memerlukan sokongan Tun Mahathir. Dia mempunyai cita-cita hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia namun takut dengan bayang-bayang sendiri.
Pernah mengaku malu jadi rakyat Malaysia dan mengaku rakyat Brunei bila berada di luar negara. Tun M juga merupakan seorang yang menjadi pupet master kepada Mukhriz. Tun M memainkan peranan penting dalam dunia lakonan politik Mukhriz. Tujuan hanya satu iaitu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia seterusnya sekiranya mereka berkuasa pada PRU 14 nanti.
Perlu diingatkan di sini Mukhriz merupakan antara individu dalam senarai terkaya di Malaysia dan mempunyai banyak syarikat. Semua kekayaan ini bukan datang dangan hasil usaha sendiri kerana sewaktu Tun M menjadi PM, dia telah mendapat projek berjuta-juta dan kekayaan ini dikongsikan bersama anak-anaknya. Semestinya semua tahu kekayaan luar biasa anak-anak Mahathir. Dari mana mereka mendapat projek kalau bukan dari kerajaan dan siapa yang berkuasa pada masa itu.
Dalam sesi ceramah mereka di negeri yang dilawati kebanyakan mempertikaikan cara kerajaan sekarang memerintah. Dasar kerajaan yang diperkenalkan seperti GST dikatakan membebankan rakyat. Kenapa sekarang mereka menggunakan isu-isu ini dan menjanjikan berbagai habuan sekiranya berkuasa. Semua janji-jani manis mereka ini telah pun dilaksanakan oleh kerajaan dan rakyat telah pun menikmatinya kemudahan yang diberi kerajaan melalui dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan rakyat.
Mukhriz harus sedar bahawa kekayaan yang diperolehinya sebenarnya datang dari Tun Mahathir. Ianya tidak datang bergolek begitu sahaja tetapi disebabkan faktor tertentu dan bukannya nasib!
Bagi meyakinkan penyokong supaya menyokong Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sanggup bersumpah apabila berjanji untuk tidak akan menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, mencuri duit rakyat atau mengubah wang haram sekiranya gabungan itu dipilih untuk memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak. Percayakah anda semua dia tidak akan melakukan semua itu?
Penduduk Taman Gadong Perdana, Melaka seramai kira-kira 300 orang yang berbangsa cina telah mendengar sumpah yang dilafaskan. Mungkin beliau beranggapan sumpah tersebut hanya sekadar mainan politik dan didengari oleh kaum cina dan tidak membawa apa-apa makna. Namun dari segi agama setiap ungkapan berupa sumpah merupakan satu kata janji denagn Allah dan sekiranya di langgar akan mengakibatkan malapetaka yang besar terhadap oerang yang mengatakanya. Adakah Mukhriz mengetahui Pakatan Harapan memang tidak ada harapan pada Pilihanraya kali ini sehingga berani bermain dengan kata-kata.
Adakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang akan menerajui negara suatu hari nanti? Mungkin akan mengakibatkan negara dilanda masalah kerana sikapnya seperti bapanya yang mengutamakan kroninya terlebih dahulu dan bukannya rakyat. Tiada pendirian dan masih mengharapkan bantuan dari bapanya Tun Mahathir. Segala perancangan perjalanan politik Mukhriz direncanakan oleh bapanya bagi menjamin legasi keluarga Tun M berkuasa dalam Malaysia. Mukhriz tidak akan menjadi seorang individu yang berjaya sekiranya tiada sokongan Tun M. Rakyat harus pandai menilai perangai manusia-manusia rakus politk yang diterajui oleh DAP dan Tun Mahathir ini walaupun ada jasa yang ditinggalkan, 22 tahun PM Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment