Malaysia merupakan sebuah negara yang stabil dari segi ekonomi dan ini menarik pelabur dari negara luar datang melabur.. Pertumbuhan ekonomi yang baik dan mampan mendorong kerajaan mengatur perbelanjaan dengan berhemah. Wujudnya projek-projek mega yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan membawa masuk pelabur dari China. Projek Seperti Forest Citi, ECRL, Bandar Tun Razak dan banyak lagi projek melambangkan Malaysia ke arah negara maju setanding dengan negara luar.
Dakwaan pembangkang mengatakan bahawa negara akan muflis tidak benar sama sekali. Kepesatan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan yang melibatkan berbilion ringgit demi menjamin kemajuan dan keselesaan rakyat. Kerajaan mewujudkan berbagai projek yang dapat menjana pendapatan negara seperti GST. Pendapatan dari kutipan GST negara mampu mengumpul hasil sebanyak RM45 bilion setahun. Hasil dari kutipan ini akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan pendidikan, pekebun kecil dan nelayan serta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Pakatan Harapan dalam manifesto yang dilancarkan dengan menabur 10 janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari memerintah putrajaya. Menghapuskan GST untuk digantikan dengan SST (cukai jualan dan perkhidmatan) kerana dakwaan mereka membebankan rakyat. Sebaliknya 17.2 bilion dari SST sekiranya diperkenalkan. Bagaimana untuk menampung lagi 27.8 bilion lagi oleh PH sekiranya berkuasa?
Dalam masa yang sama mereka ingin mengekalkan bantuan BR1M yang mana suatu masa dahulu dikatakan sebagai dedak. Sekiranya pembangkang menghapuskan GST negara akan menjadi negara defisit. Malaysia mengenakan kadar GST terendah di dunia iaitu pada kadar enam peratus (6%) dan system percukaian berkenaan juga telah diamalkan di 170 buah negara di dunia.
Kerajaan telah melaksanakan Program Transformasi Ekonomi ketika krisis kewangan Asia, yang mana rezab negara susut kepada AS$20 bilion (RM78.37). Walau bagaimanapun Malaysia tidak pun bankrup kerana adanya rezab negara sebanyak AS$124 bilion (RM485.89 bilion). Malaysia tidak akan menghadapi masalah muflis kerana ianya berjaya mengurangkan hutang negara kepada 50.4 peratus berbanding 55 peratus. Dengan adanya kestabilan ekonomi ini tekah berjaya menghasilkan 2.26 juta peluang pekerjaan dengan purata pendapatan meningkat lima hingga enam peratus setahun.
Malaysia berjaya mengurangkan kadar inflasi dan pengganguran pada kadar rendah berbanding negara lain. Dakwaan pembangkang memang tidak berasas dan tebukti kerajaan berjaya membawa Malaysia menjadi tumpuan pelabur luar negara. Kerajaan telah tebukti berjaya mentadbir Malaysia dengan cemerlang dan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat. Berbanding dengan Pakatan Harapan yang belum tentu boleh melakukan seperti mana kerajaan sekarang.
Ramai yang ragu-ragu manifesto PH yang dilancarkan baru-baru ini adakah mampu untuk dilaksanakan. Rata-rata mengatakan janji yang dilaungkan untuk membuat perubahan dalam tempoh 100 hari mungkin akan membawa Malaysia ke arah muflis dan menanggung hutang negara yang lebih besar. Kebanyakan janji mereka dilihat seakan-akan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh Tun Mahathir yang tidak mampu beliau lakukan dahulu. Tidak dapat dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh dan tidak akan muflis.
No comments:
Post a Comment