Suatu ketika dahulu Gerakan Bersih yang diketuai oleh Maria Chin Abdullah mempublisitikan badan gerakan sebagai suatu badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mempunyai sebarang motif politik mahupun kaitan dengan pembangkang.
Laporan portal propembangkang, Malaysiakini mengesahkan Maria Chin menawarkan diri untuk menjadi calon bebas Pakatan Harapan dalam PRU-14 dan akan membuat pengumuman mengenai hasratnya itu dalam sidang akhbar yang dijangka diadakan hari ini.
Namun itu, ibarat cakap tak serupa bikin keputusan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jelas membuktikan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebenarnya adalah topeng yang berpihak kepada pembangkang.
Tindakan Maria itu mencerminkan bahawa Bersih 2.0 merupakan platform untuk kepentingan Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan jelas bercanggah dengan kenyataan bahawa NGO tersebut adalah sebuah badan bebas.
Memang jelas Bersih 2.0 sememangnya memihak kepada pembangkang, cuma sejauh mana Maria mampu membantu Pakatan Harapan masih samar kerana beliau jelas tidak mempunyai kredibiliti atau rekod bertanding dalam pilihan raya. Di sini jelas menampakkan matlamat Maria Chin yang menggunakan platform Bersih 2.0 untuk kepentingannya bagi membolehkannya melibatkan diri dalam politik.
Jika benar Maria Chin mahu menjadi calon PRU-14, tindakannya itu seolah-olah mengiktiraf bahawa sistem pilihan raya di negara ini jelas tidak kotor dan adil berbanding seperti yang didakwanya sebelum ini.
Pendek kata, Maria Chin sepatutnya kekal bersama NGO itu sahaja sekiranya benar-benar mahu membawa suara masyarakat yang menginginkan pilihan raya yang telus dan adil. Penglibatan Maria Chin bersama Pakatan Harapan yang diketuai DAP juga dilihat menyusahkan pakatan berkenaan disebabkan sikap seorang aktivis yang hanya mahu menegakkan pendapatnya sendiri. Namun dari segi prinsipnya jelas bercanggah dengan apa yang pernah dikatakannya bahawa Bersih 2.0 merupakan NGO bebas yang tidak memihak mana-mana pihak!
No comments:
Post a Comment