Pada 26 Mac 2018 telah diadakan satu sesi taklimat berkenaan kes skandal rasuah tanah di Ijok. Ianya telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diketuai sendiri oleh Menteri Besar Selangor iaitu Azmin Ali.
Sebelum bermulanya sesi taklimat tersebut telah berlakunya satu insiden dimana ada segelintir pihak media yang tidak dibenarkan untuk menghadiri sesi taklimat itu. Antara pihak media yang telah diusir keluar ialah News Straits Times Press (NSTP), Utusan Malaysia, RTM, TV3 dan juga BERNAMA.
Hal ini secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa mereka hanya membenarkan media-media Pro-Pembangkang sahaja untuk hadiri sesi taklimat tersebut. Sinar Harian, The Star, The Sun, Malay Mail, The Edge dan juga Astro Awani adalah antara media yang telah dibenarkan masuk.
Ia sekaligus menunjukkan Azmin Ali adalah seorang Menteri yang “bacul” kerana beliau tidak berani untuk berdepan dengan media yang tidak sehaluan dengannya. Beliau seolah takut pada bayang-bayangnya sendiri.
Jika kebenarannya adalah anda tidak terlibat di dalam skandal kes tersebut dan anda tidak bersalah, mengapa anda seolah-olah mahu berselindung seperti takutkan segala tipu helah anda bakal dihidu di kemudian hari nanti.
Kejadian ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa salah satu manifesto Pakatan Harapan(PH) iaitu bakal mengamalkan konsep media bebas tidak akan dilaksanakan oleh PH sekiranya mereka memerintah Negara nanti. Ternyata PH hanya membentangkan manifesto-manifesto mereka untuk dijadikan gula-gula serta janji-janji manis yang mereka tidak akan tunaikan.
Berkemungkinan besar juga janji 100 hari pertama pakatan seperti yang telah di hebohkan sebelum ini hampir pasti akan gagal. Ini kerana PH seperti tidak serius dan tidak ada usaha untuk merialisasikan janji-janji tersebut sementara mereka masih lagi sibuk untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Sebagai seorang Menteri Besar beliau sepatutnya lebih bersifat lebih terbuka serta perlu lebih profesional. Beliau perlu menjaga reputasi beliau sebagai seoarang menteri dan juga ahli politik dengan baik kerana rakyat telah memberi mandat kepada beliau untuk mentadbir Selangor dengan baik dan telus.
Tindakan Azmin juga bakal membuatkan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadapnya kerana mereka malu dan kecewa kerana memiliki seorang Menteri Besar yang pengecut. Kes Tanah Ijok ini sepatutnya mendapat liputan yang luas oleh media kerana ia adalah antara isu-isu yang telah mendapat perhatian bukan sahaja di Selangor malah di seluruh Malaysia.
Seorang pemimpin yang baik perlu mempunyai jiwa yang besar dan kental dalam menghadapi apa jua kritikan dari rakyat. Sebagai contoh yang baik adalah Datuk Seri Najib Razak dimana pembangkang cuba untuk menjatuhkannya dengan fitnah-fitnah yang hebat beliau tetap menjalankan tanggunjawab beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Ternyata kecekalan hati beliau telah membuahkan hasil apabila telah banyak pembaharuan yang telah beliau lakukan terhadap Negara kita Malaysia.
No comments:
Post a Comment