Isu agihan kerusi terus menjadi topik hangat dalam kalangan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan penyokong-penyokongnya. Kemelut agihan kerusi di kalangan parti komponen PH dilihat masih lagi belum mencapai jalan penyelesaian dan kata sepakat sehingga ke hari ini.
Namun begitu, Dr Wan Azizah berkata PH sudah menyelesaikan rundingan berhubung agihan kerusi DUN dan Parlimen semua negeri, kecuali di negeri Sabah. Walhal hakikatnya, masih lagi berlaku percanggahan pendapat dikalangan parti komponen PH berhubung isu agihan kerusi ini.
Agihan kerusi Dewan Undangan Negeri PH di Selangor sebenarnya masih belum muktamad seperti yang didakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dr Wan Azizah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan perbincangan agihan kerusi DUN di Selangor masih belum selesai. Begitu juga di Sabah.
Wan Azizah terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa isu agihan kerusi di antara parti komponen PH sudah selesai kerana mahu menyedapkan hati penyokong mereka. PH terpaksa mengeluarkan kenyataan ini untuk menutup kelemahan-kelemahan ketara mereka dalam isu ini yang belum mencapai kesudahannya.
Sebelum ini, rundingan PH untuk mengagihkan kerusi DUN Selangor yang dijalankan sejak sebulan lalu masih lagi buntu dan belum mencapai kata sepakat. Perbincangan agihan kerusi ketika ini hanya membabitkan 25 daripada 56 kerusi DUN yang disandang Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Berdasarkan keputusan awal rundingan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan akan bertanding 19 kerusi DUN, DAP (18), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (10), dan Parti Amanah Negara (PAN) (sembilan), namun ia dibantah PPBM dan PAN.
Dalam pada itu, PPBM terus memberi desakan kepada PH di Selangor kerana parti itu kekal dengan pendiriannya untuk bertanding kerusi yang disandang BN.Pada PRU-13, BN menang 12 kerusi .PAN pula bertegas mahu bertanding 15 kerusi DUN yang disandang PAS PRU-13.
Walaupun kata sepakat bakal dicapai dalam masa terdekat untuk menyelesaikan isu ini, adalah dikhuatiri bahawa tindakan sabotaj dan boikot bakal berlaku dalam PH jika permintaan parti komponen PH yang menuntut kerusi masing-masing tidak ditunaikan.
Isu kerusi pun susah nak selesai macam mana nak selesai isu Negara.
ReplyDeleteAkan bertambah hangat di PRU nanti bila masing-masing tidak sepakat, dah tentu kerusi akan melayang lagi...haha
ReplyDeleteAgihan kerusi belum muktamad kata sepakat belum maufakat tindakan sabotaj dan boikot bakal berlaku macamana Negara nak aman kalau pimpinan bercelaru.....muafakat membawa berkat
ReplyDelete