Friday, 2 March 2018

HABIS MADU SEPAH DIBUANG, WAN SAIFUL SERTAI PPBM


Kita semua tahu bahawa Wan Saiful Wan Jan merupakan ahli seumur hidup PAS selama 21 tahun. Wan Saiful adalah ahli PAS seumur hidup sejak 1997 sebelum mengambil keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Berdasarkan kepada latar belakang sejarah politik Wan Saiful, beliau mengenali idea-idea yang dilabelkan sebagai bersifat liberal itu daripada PAS semasa mula berjinak-jinak dengan parti Islam itu pada awal 1990-an. 

Kini Wan Saiful membuat kejutan dengan membuat pusingan 'U' untuk menyertai pemimpin-pemimpin yang pernah beliau kritik dan tentang dahulu. 

Meskipun pernah menggelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai 'Mahafiraun' dan membangkang Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun tindakan Wan Saiful Wan Jan seperti 'menjilat semula ludah' apabila menyertai PPBM. 

Lebih mengejutkan beliau mengumumkan secara rasmi menyertai PPBM sebagai ahli seumur hidup parti itu. Bukan itu sahaja, tidak sampai satu jam diterima menjadi ahli seumur hidup PPBM, beliau telah ditawarkan pula jawatan Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar selain menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti. 

Amat luar biasa pencapaiannya tidak sampai beberapa jam sudah mampu menjawat jawatan tinggi dalam PPBM. Difahamkan keputusan PPBM membawa masuk Wan Saiful bertujuan menjadikannya calon parti itu untuk bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Pendek kata, Wan Saiful kini diibaratkan sebagai seorang pemimpin yang tidak tahu mengenang jasa. Memilih untuk mengkhianati parti PAS yang dipilihnya dahulu, kini parti itu ditinggalkan bagaikan perumpamaan Melayu, habis madu sepah dibuang! 



No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...