Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil mendakwa kenaikan cukai rumah dan hartanah di Selangor dan Pulau Pinang yang tinggi adalah untuk menampung perbelanjaan politik ahli politik PKR dan DAP di negeri-negeri tersebut.
Akibatnya rakyat ditekan untuk bayar cukai rumah dan hartanah serta harga rumah yang melambung tinggi di Selangor dan Pulau Pinang akibat kautan cukai negeri yang tinggi ini.
Mengikut data kes SPRM, terdapat peningkatan kes-kes rasuah di negeri Selangor dan Pulau Pinang sejak 10 tahun kebelakangan ini sejajar dengan peningkatan hasil cukai dan perbelanjaan kerajaan negeri.
Apabila kerajaan Pakatan naikkan cukai rumah dan hartanah dengan mendadak, mereka juga telah naikkan gaji dan elaun mereka sendiri sehingga gaji MB Selangor kini lebih tinggi dari gaji PM.
Bagaimana MB Selangor boleh naikkan gajinya sendiri sedangkan masalah-masalah asas seperti masalah air, sampah sarap dan perumahan mampu milik masih belum diselesaikan.
Isham Jalil mencadangkan agar rakyat menurunkan gaji MB Selangor terlebih dahulu, sekurang-kurangnya sehingga masalah-masalah asas ini diselesaikan. Gaji MB Selangor sepatutnya diturunkan semula kepada yang asal supaya tidak ambil banyak dari wang rakyat.
Elaun penjawat awam di Selangor mungkin boleh dinaikkan, namun gaji MB perlu diturunkan ke paras yang lebih munasabah. Kita mahu berkhidmat untuk rakyat, bukannya untuk kayakan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment