Monday, 12 March 2018

TINDAKAN AZMIN ALI MENANGGUH PEMBELIAN SYARIKAT SPLASH PUNCA KEPADA PENDERITAAN RAKYAT SELANGOR





Isu air di Selangor yang masih menjadi topik bualan di serata Negara khususnya di Selangor masih lagi belum reda. Jika dilihat kembali pada masalah ini jelas sekali ia adalah kelemahan pentadbiran yang telah dikendalikan oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor. 

Kawasan Lembah Klang telah menjadi huru-hara berikutan masalah terputus bekalan air bersih selama berhari-hari. Hal ini secara tidak langsung telah mengganggu rakyat untuk menjalani aktiviti harian secara normal. 

Hasil kajian mendapati Azmin Ali adalah individu yang paling bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini. Hal ini kerana proses pembelian Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) telah ditangguhkan sekali lagi. Ini telah menjadikan penangguhan kali keempat dalam tempoh dua tahun. 

Setiap kali kerajaan Selangor membuat penundaan, mereka telah kehilangan hasil sebanyak RM300 juta setahun. Tarikh akhir pertama adalah pada November 2015 dan telah ditunda ke November 2016. Selepas itu, ia telah ditunda ke Mac 2017 dan tarikh terakhir ditunda pada 7 Oktober 2017. Menteri Besar Selangor ini sekali lagi telah membuat penundaan iaitu ke Julai 2018. 

Wang peruntukan untuk proses pembelian syarikat tersebut adalah untuk kegunaan Rakyat Selangor. Namun, ia jelas telah dimasukkan kedalam kantung kroni PKR terlebih dahulu. 

Sebelum ini Bekas Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Khalid sangat kritikal terhadap perjanjian berat sebelah yang diberikan kepada SPLASH. Majoriti saham SPLASH telah dimiliki oleh kroni PKR iaitu Tan Sri Wan Azmi dan telah mengaut Rm400 juta setahun biarpun modal berbayar hanya RM170 juta. Pada Februari 2014, Tan Sri Khalid semasa masih menjadi Menteri Besar Selangor mahu membeli SPLASH pada RM250 juta sahaja. Kerana keengganan SPLASH, Khalid telah membatalkan lesen pembekalan air mentah syarikat itu pada Mei 2014. 

Pakatan menganggap tawaran tersebut tidak munasabah dan sangat rendah. Maka telah tercetus langkah kajang untuk gulingkan Khalid dari jawatan tersebut. Pada Ogos 2014, Khalid telah digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor. Rafizi Ramli yang menjadi dalang kepada situasi tersebut kerana telah menggelar Khalid sebagai seorang yang korup dan salah guna kuasa. 

Sebaik sahaja Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, lesen SPLASH telah pun dikembalikan semula. Selepas itu, tawaran mengambil alih semula SPLASH telah melonjak secara melampau. Jika sebelum Azmin dilantik menjadi Menteri Besar, Khalid Cuma menawarkan sebanyak RM250 juta tetapi Azmin sebaliknya telah menawarkan sebanyak RM2.8 bilion kepada SPLASH. 

Kegagalan meneruskan perjanjian itu bakal membawa kesan buruk kepada Negeri Selangor antaranya risiko kehilangan peluang kepada kerajaan Selangor untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini telah mengaut keuntungan tidak munasabah di atas kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung tarif air yang tinggi akibat perjanjian penswastaan yang berat sebelah dan tidak mengutamakan kepentingan rakyat. 

Selain itu juga, peluang ini juga akan membolehkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sehingga 52% seperti yang dibenarkan mengikut perjanjian penswastaan. Lebih buruk lagi kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kenaikan tarif air sebanyak RM2 bilion kepada syarikat konsesi SPLASH. 

Perkara ini secara tidak langsung telah bercanggah dengan usaha dan semangat rakyat Selangor untuk menjadi pemilik mutlak industri air di Selangor apabila penstrukturan air dimuktamadkan. Mengapa Kerajaan Selangor masih menangguh proses mengambil alih SPLASH yang jelas bakal menguntungkan syarikat tersebut sahaja? Hal ini jelas telah merugikan rakyat Selangor. Semoga PRU akan datang rakyat lebih bijak memilih parti yang lebih baik untuk menyelesaikan segala kemelut kepada masalah di Selangor ini.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...