"Himpunan Rakyat Tolak Penipuan SPR" yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mac pagi ini di perkarangan Bangunan Parlimen Malaysia didapati kurang mendapat sambutan dan hambar sepanjang berlangsungnya program ini.
Ini kerana hadirin yang hadir dalam perhimpunan ini tidak mencapai sasaran seperti mana yang penganjur mahukan apabila tidak sampai 1,000 orang peserta yang menyertai perhimpunan berkenaan.
Kehadiran hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Harapan dan segelintir kecil penyokong tegar PH yang jelas menjadikan himpunan ini sebagai platform untuk 'cari makan' dan perhatian ketika pilihan raya yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
Boleh disimpulkan di sini, program ini merupakan program yang hambar dan lesu kerana tidak mendapat sambutan dari rakyat.
Walaupun, sudah berbagai cara digunakan Pakatan Pembangkang bagi mempromosikan 'Himpunan rakyat tolak penipuan SPR' dalam media alam maya namun respon yang diberikan amat menduka citakan.
Himpunan ini dibuat semata-mata mahu membantah usul Rang Undang-Undang Persempadanan semula yang bakal dibentangkan oleh kerajaan di parlimen.
Pendek kata, petanda ini adalah satu mesej jelas dari rakyat yang menolak untuk hadir perhimpunan ini dan tidak mengendahkan saranan yang dibuat oleh pakatan pembangkang kerana rakyat sudah jemu dengan pakatan pembangkang yang hanya sibuk berpolitik daripada memperjuangkan masalah rakyat.
No comments:
Post a Comment