Monday, 26 March 2018

PAKATAN HARAPAN KETANDUSAN MODAL POLITIK & KINI JADI BADUT POLITIK




Pakatan Harapan ter­nyata sudah ketandusan modal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Setelah manifesto tidak mendapat sambutan rakyat, pendaftaran pula jadi kelam kabut manakala dua negeri di bawah pemerintahan mereka berhadapan dengan pelbagai skandal maka mereka terpaksa mengungkit isu basi bagi menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Mereka bukannya mahu membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat tetapi sudah kemaruk kuasa. PRU-14 adalah peluang terakhir untuk mereka memerintah Malaysia. Sebab itulah mereka bersedia menjadi manusia hipokrit dan sanggup melakukan apa saja demi survival politik mereka. 

Kalau benarlah pemimpin Pakatan Harapan terlalu mengambil berat soal berkaitan integriti, ra­suah dan salah guna kuasa serta sanggup menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kenapakah tindakan yang sama tidak dilakukan dalam kes-kes di Pulau Pinang dan Selangor? 

Paling melucukan apabila melihat gelagat Tony Pua dan Rafizi Ramli yang bagaikan ‘badut’. Begitu seronok ­menyerang kerajaan dalam isu 1MDB, Felda dan Tabung Haji tetapi terus kecut perut untuk bercakap soal skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang dan penjualan tanah di Ijok. Begitu juga portal-portal berita pro mereka. 

Oleh itu, tidak perlulah kita menghabiskan masa apatah lagi termakan umpan yang dilemparkan oleh ‘badut-badut politik’ dalam Pakatan Harapan. Biar sahaja mereka ‘meroyan’ siang dan malam dengan mempolitikkan isu berkaitan negara dan kerajaan. 

Di Pulau Pinang dan Selangor pun terdapat isu dan skandal berkaitan kepentingan rakyat, kenapa tidak bersuara? Tidak payah berbelit-belit bercakap soal 1MDB sedangkan dalam ‘rumah tangga’ sendiri penuh dengan skandal, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa. 

Tidak dapat dinafikan bahawa terlalu ramai ‘badut politik’ dalam Pakatan Harapan yang membangkitkan sesuatu isu bukan kerana menegakkan kebenaran tetapi sekadar mahu meraih sokongan politik memandangkan mereka sudah benar-benar ter­desak untuk memenangi PRU-14. 

Apabila mereka tahu laluan semakin sukar akibat kerjasama mereka yang cacamarba dan tiada arah tuju, mereka membangkitkan pula soal BN akan menipu dalam PRU-14. Kalau betul BN mahu menipu, kenapa perlu tunggu PRU-14 sedangkan situa­si PRU 2008 dan 2013 lebih getir termasuklah politik perkauman yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan? 

Ia bukan soal menipu atau tidak, tetapi soal pakatan tersebut tidak ada kredibiliti, integriti dan maruah politik. Kalau mereka ada kredibiliti, mereka tidak akan menerima Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kerana ini membuktikan mereka tidak memiliki pemimpin berwibawa menduduki jawatan itu. 

Tetapi itulah politik. Apabila perasaan kemaruk pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan untuk berkuasa sudah tidak mampu dikawal maka yang bertaraf negarawan pun bersedia menjadi ‘badut politik’ bersama pemimpin pakatan pembangkang demi untuk merealisasikan impian masing-masing.


No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...