Wednesday, 7 March 2018

AZMIN TAK LAYAK LANGSUNG JADI MENTERI BESAR SELANGOR



Azmin seharusnya sedar dirinya tidak layak langsung menjadi Menteri Besar Selangor dan selama ini pun Azmin berjaya menjadi Menteri Besar Selangor bukannya atas usahanya sendiri sebaliknya dia dapat menjadi Menteri pun hasil pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap PAS. Azmin mempergunakan PAS sebagai batu loncatan. Hari ini, Si Azmin Ali tu dengan bangga mendabik dada kononnya prestasi cemerlang dia mentadbir Negeri Selangor membuktikan bahawa dia layak untuk menerajui kepimpinan Negara.

Duit 20 sen plastik sudah berapa banyak yang dikutip? Kepada poket siapa duit 20 sen yang dikutip dari rakyat ini masuk? Isu SPLASH, dana YAWAS dan SMUE semuanya masih tidak dijawab oleh Azmin. Kemudian, apa kesudahan pada isu status tanah di Paya Indah Wetlands? Kos pintu gerbang Selangor yang terlalu mahal. Isu isu ini akan menjatuhkan kerajaan Azmin Ali di Selangor pada PRU14 nanti. Rakyat Selangor sudah matang dan mereka tidak mahu lagi ditipu oleh MB yang suka makan "aiskrim" dalam tandas.

Azmin tidak perlu campur tangan dalam hal kerajaan.Yang banyak sorok dan sembunyikan sesuatu sekarang adalah Azmin. Keganasan adalah cara politik pembangkang. Buat drama dan tuduh orang lain. Hakikatnya Azmin  masih tidak mampu menjawab isu-isu skandal yang berkaitan dengan dirinya sehingga sekarang. Orang Selangor pastinya sudah mampu menilai siapa Azmin sebenarnya, dan selepas ini jangan lagi mudah termakan pujuk rayu manis Azmin. Pastikan kita tumbangkan Azmin dalam pilihan raya umum nanti.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...