Dato Sri Najib bin Tun Abd Razak telah diangkat sebagai Bapa Perjalanan Udara Tambang Rendah kerana kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 itu telah banyak membantu syarikat seperti Air Asia untuk berkembang maju dalam industri tersebut.
Segala polisi mesra industri pengangkutan udara tambang rendah yang direncana kerajaan telah meningkatkan permintaan pasaran dan sekaligus merancakkan industri ini untuk bersaing dengan sayrikat penerbangan tambang rendah dari seluruh pelusuk dunia.
Jika kita singkap semula pencapaian Air Asia dan syarikat tambang rendah yang lain, mereka telah diberi peluang untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan tambang rendah atau murah setelah dasar penerbangan negara bertukar.
Kerajaan terpaksa mengorbankan kepentingan MAS untuk memastikan ekonomi negara terus maju dalam sektor pelancongan dan pengankutan udara dari dalam dan luar negara. Sikap keterbukaan ini membolehkan Air Asia berkembang maju dan pesat.
Kadar cukai rendah yang dikenakan kepada syarikat penerbangan tambang murah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) merupakan
sebahagian daripada polisi kerajaan bagi membantu pemain industri berkenaan.
Pemibinaan Klia2 adalah bukti kerajaan menyokong penuh industri ini. Klia2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia. Terminal ini terletak kurang 2 kilometer dari Bangunan Utama Terminal KLIA (MTB).
Klia2 dibina untuk menampung pertumbuhan pesat dalam pelancongan tambang murah di rantau ini dan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Klia2 telah dibuka pada 2 Mei 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT telah berpindah ke Klia2 pada 9 Mei 2014.
Air Asia adalah pelopor terbesar di dalam negara dan mereka berterima kasih atas jasa dan sokongan yang dihulurkan kerajaan terhadap syarikat mereka.
Tahniah Dato' Sri Najib
No comments:
Post a Comment