Thursday, 1 March 2018

SELANGOR MILIK PKR! TIADA TEMPAT UNTUK PPBM, DAP DAN AMANAH








Bahang pilihanraya semakin dekat, semua parti politik telahpun menyenaraikan calon yang akan bertanding kepada pucuk pimpinan setiap parti. Senarai calon akan diumumkan oleh semua parti yang bertanding. Senarai calon hendaklah bebas dari unsur rasuah dan aktiviti lain bagi mengelakkan calon tidak layak bertanding disaat akhir. 

Pakatan Harapan (PH) masih lagi dibelenggu oleh keputusan ROS, adakah mereka layak menggunakan satu logo atau PPBM tidak layak untuk bertanding pada PRU 14 kali ini. Pemimpin PPBM sendiri maengakui terdapat masalah dalamam yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Isu pembahagian kerusi merupakan suatu perkara utama dalam mengekalkan kuasa pemerintahan di setiap negeri yng dikuasai oleh pembangkang. 

Sehingga kini isu pembahagian kerusi Pakatan Harapan masih tidak lagi selesai, masing masing berkehendakkan jumlah kerusi yang banyak. Jumlah kerusi ini membolehkan mereka menguasai parlimen dan seterusnya membolehkan Presiden parti dilantik sebagai Perdana Menteri. AMANAH juga masih belum memuktamatkan jumlah kerusi yang akan mereka tandingi terutama di Selangor. PPBM juga mahukan jumlah kerusi yang banyak bukan sahaja di Selangor malahan di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor. 

Terdapat pembahagian kawasan pemerintahan dalam PH iaitu Selangor untuk PKR, Kedah PPBM dan Pulau Pinang untuk DAP. AMANAH pula hanyalah sebagai pencukup ruang bagi PH yang mana akan menjadi penentu kepada parti yang berjaya untuk menguasai negeri kelak. 

Dalam pembahagian kerusi, PKR mahukan jumlah yang besar supaya mereka dapat membentuk kerajaan sekiranya berjaya dalam PRU 14 nanti. Dengan ini membolehkan presidennya menjadi Perdana Menteri dan bukannya Tun Mahathir seperti yang dicalonkan. Sekiranya ROS tidak meluluskan pendaftaran PH maka mereka akan menggunakan logo parti masing masing dalam pilihanraya umum nanti. 

PKR ingin menguasai Selangor sepenuhnya dan untuk mengekalkan kuasa mereka harus mempunyai jumlah kerusi yang banyak. PPBM juga berkehendakan kerusi di Selangor, mereka mahu meletakkan calon yang boleh menang. Pulau Pinang negeri yang dikuasai oleh DAP juga mahukan sejumlah kerusi di Selangor. Dalam PRU 13, PKR memang berkeinginan untuk membentuk kerajaan pada masa itu. Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR, PAS pada masa itu telah mengubah pandangan orang lain bagaimana cita-cita mereka menuju Putrajaya. 

Cita cita untuk menubuhkan kerajaan memang sudah lama diidamkan, malahan sejak pemerintahan Tun Mahathir lagi. Namun sekarang mereka sanggup menjilat kata-kata cacian dari Tun M semata mata berkehendakkan kuasa dalam mentadbir Malaysia. Ternyata PKR tamak dalam pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihanraya kali ini. Mereka menghajatkan jumlah kerusi yang lebih banyak bukan sahaja di Selangor malahan di negeri lain. 

Pentadbiran BN telah sekian lama menjalankan tugas mereka dengan cemerlang meskipun dalam era Tun Mahathir lagi. Namun hanya kerana tidak puas hati dengan pemerintahan sekarang Tun M telah menubuhkan PH untuk menggulingkan kerajaan. Rakyat harus pandai menilai dan membanding siapa yang paling layak memerintah Malaysia. Banyak pembangunan dan kemajuan serta bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat demi menjamin keselesaan hidup mereka.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...