Friday, 2 March 2018

ANAK MUDA TIDAK MAHU TUN M JADI PM SETERUSNYA


Golongan pengundi muda di negara ini dikatakan kecewa apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diterima menyertai Pakatan Harapan (PH).

Keadaan itu dilihat menyebabkan golongan terbabit terutama di kawasan bandar, menganggap perkembangan politik tanah air kebelakangan ini sebagai 'meletihkan'.

Ramai netizen PH terutama golongan anak muda kecewa apabila PH menerima PPBM dalam pakatan pembangkang seterusnya mengkucar kacirkan keadaan politik pembangkang yang dikatakan sudah stabil apabila tiada PAS di dalamnya.

Selain tidak berpuas hati dengan tawaran PH terutama langkah menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri, anak muda kini turut tidak berpuas hati dengan skandal yang berlaku pada zaman pemerintahan Tun M sehingga mereka mengugut untuk merosakkan undi dalam kempen #UndiRosak.

Antara dosa-dosa Tun M yang menghantui pemuda masa kini adalah SKANDAL FOREX, MAMINCO, BAILOUT PROTON, PEMBERIAN TENDER SECARA TERUS OPCOM, SAPURA, BAILOUT MAS, PERJANJIAN MV AGUSTA, PEMBELIAN SAN MIGUEL dan SKANDAL INTRAKOTA.

Walaupun ramai yang menganggap suara anak muda hanyalah luahan suara daripada sebahagian kecil dalam proses demokrasi, namun sebenarnya ia mempunyai impak yang besar dalam menentukan hala tuju PH dalam PRU-14 akan datang.

Jika anak muda terus menolak PH, maka Barisan Nasional ada peluang cerah untuk merampas kerusi 2/3 di dalam parlimen kelak. Seterusnya akan menerajui negara dengan mandat yang begitu besar sehingga boleh menggubal akta dan undang-undang difikirkan penting dalam mengharungi cabaran dunia yang semakin mendesak kini.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...