Taat setia anak jati Memali kepada PAS tidak pernah pudar. Besar kemungkinan mereka juga kini sudah mula berkawan dengan Umno dan Barisan Nasional kerana segala tragedi perbalahan dan kesengsaraan kehidupan mereka selama ini adalah berpunca daripada Mahathir.
Bila diumumkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan mereka yang terlibat dalam peristiwa tersebut merasa terpanggil untuk menafikan hajat PH itu. Mereka tidak mahu peristiwa penindasan dan penyalahgunaan kuasa terhadap sistem perundangan negara kembali lagi.
Jika PH bertegas untuk mengangangkat Mahathir sebagai PM, pasti anak jati Memali ini akan bangkit dan berikrar untuk menjatuhkan Mahathir sebagaimana mereka berikrar menjatuhkan Umno pada suatu ketika dahulu.
Malah terdapat di dalam beberapa penulisan dari ustaz-ustaz yang terlibat terus di dalam peristiwa Melali, mereka mengatakan sejarah Tragedi Hitam tersebut akan terus diperkatakan hingga hari kiamat.
PAS juga beberapa kali menyuarakan secara tegas kepada kerajaan bagi mewujudkan tribunal siasatan DiRaja RCI terhadap Peristiwa Memali. PAS tidak kisah jika mereka dipersalahkan atas Amanat yang dikeluarkan oleh Haji Hadi.
PAS akan berpuas hati sekiranya mereka dapat mengenal pasti individu yang mengarahkan pembunuhan dan serangan beramai-ramai pasukan keselamatan ke atas penduduk di sana.
Adakah Mahathir berani untuk menghadirkan diri ke Kampung Memali dan meminta maaf kepada penduduk di sana sebagaimana dia meminta maaf pada Anwar Ibrahim semasa pertemuan singkat mereka di mahkamah?
No comments:
Post a Comment