Monday, 5 March 2018

DULU TUN M HINA PAS BAWA "TIN MILO", SEKARANG TUN M BAWA BALANG KUIH UNTUK KUTIP DERMA PULA






Lumrah alam apabila manusia mengatakan sesuatu terhadap seseorang yang lain, suatu masa nanti perkara tersebut juga bakal terjadi pada dirinya.

Begitulah nasib Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang setiap kali dalam ceramahnya pasti ada tabung balang kuih dan biskut yang dibawa petugas bagi menjalankan kutipan derma yang masih diragui statusnya adakah untuk kegunaan parti ataupun untuk mengisi poket serta kantung pemimpin Pakatan Harapan.


Kalau dulu PAS dihina oleh Tun M kerana mengutip "Derma Jihad" dalam setiap ceramah mereka kerana pemimpin PAS bersifat amanah untuk memastikan wang tersebut digunakan untuk perjuangan parti.

Dalam situasi kutipan derma dalam setiap ceramah Pakatan Harapan, rasanya tidak perlu dilakukan kutipan berkenaan. Ini kerana Mahathir, Azmin Ali, Wan Azizah & family dan beberapa pemimpin DAP serta PH yang lain, mereka adalah merupakan jutawan.

Mereka boleh membeli undi dengan menggunakan wang sendiri atau wang tajaan dari taikun-taikun besar seperti Robert Kuok, rangkaian perniagaan anak Mahathir dan billionair dan jutawan yang taksub kepada perjuangan sempit PH.

Pakatan Harapan sepatutnya membantu rakyat dan bukannya mengutip derma yang hanya akan membebankan golongan yang berpendapatan rendah dan miskin. PH belum memerintah lagi tapi sudah mula berjinak-jinak mahu mengikis wang rakyat.

Contoh yang berlaku di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang sudah jelas bahawa dasar dan pendekatan mereka hanya menyusahkan rakyat serta menghimpit rakyat ke arah kesusahan yang teramat berat.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...