Tuesday, 6 March 2018

“CARROT” DAN KUDA-KUDA MAHATHIR



Baru-baru ini Mahathir menarik perhatian kerana cuba menjadikan modal politik pemakanan diet quinoa yang diamalkan oleh Najib sebagai makanan kesihatan. Tetapi, Najib dengan selambanya memulangkan buah paku keras dengan mengatakan bahawa hobi Mahathir menunggang kuda adalah lebih mahal dari hobi Najib yang bermain golf. 

Kerana terkesan, Mahathir dengan bengangnya menyatakan bahawa kuda beliau makan “carrot.”

Apabila dicongak-congak berdasarkan kiraan tersebut, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz berkata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad membelanjakan lebih RM55,000 sebulan untuk makanan 40 ekor kudanya.

Sebagai tindak balas, media Pakatan Harapan tergesa-gesa mengeluarkan hujah dungu untuk mempertahankan “top dog” Pakatan : 

1. Kuda Tun di Malaysia makan “carrot” yang dibeli dalam negara yang dibeli dengan murah – Cuba anda bayangkan, kuda Mahathir diberikan carrot yang paling murah ataupun hampir expired. Ingat, kuda-kuda Mahathir ini, walaupun diberikan secara percuma, bukanlah kuda yang sebarangan. Sekurang-kurangnya “carrot” middle grade. Paling murah pun RM 3.00 sekilo, ataupun RM 30 sehari. Sebulan, RM 900.00. Sekarang, cuba tanya anda sendiri: berapa ringgit yang anda belanjakan untuk makan seorang diri sebulan?

2. Kuda Tun tidak makan “carrot” sepenuhnya dan makan rumput. Mahathir yang mengesahkan bahawa kuda-kuda beliau makan carrot, bukannya Najib atau mana-mana orang lain. Jadi mengapa perlu pertikaikan kata Mahathir? Tapi katakanlah Mahathir menipu (seperti biasa) dan kuda-kuda beliau diberi pelbagai campuran makan termasuk dedak. Kajian pasaran mendapati kos makanan kuda yang murah adalah sekitar RM 450 sebulan manakala makanan tambahan bagi kuda lumba boleh mencecah sehingga RM 3000 sebulan. Persoalannya, adakah Mahathir akan memberikan makanan murah sahaja untuk kuda-kuda beliau? Sudah tentu tidak. Sekurang-kurangnya, makanan kuda-kuda tersebut telah diperkayakan dan jauh lebih tinggi.


3. Kuda-kuda beliau di Argentina pula memakan carrot yang ditanam sendiri. Mungkin ada orang yang cukup bodoh bahawa “carrot” di Argentina adalah “carrot” ajaib berbanding “carrot-carrot” negara-negara lain. “Carrot” Argentina sudah tentunya  boleh tertanam tersendiri, dibaja dan disiram secara sendiri dan apabila cukup masa boleh keluar dari tanah, ‘mandi’ untuk mencuci kesan tanah dan masuk ke dalam bakul untuk diberikan kepada kuda-kuda Mahathir. Malangnya, menanam “carrot”, terutamanya di dalam kuantiti besar untuk diberikan kepada kuda-kuda memerlukan tenaga buruh yang sudah tentunya tidak percuma dan perlu diambil kira di dalam pengiraan kos. 

4. Kuda Mahathir diletakkan di kandang milik DBKL dan Lembaga Kemajuan Langkawi (KADA).  Pernyataan yang dikeluarkan oleh media Pakatan Harapan ini agak mengelirukan. Adakah mereka  cuba mengatakan bahawa Mahathir mengambil kesempatan dengan memberi kuda-kuda beliau makan menggunakan peruntukan dari wang rakyat? Bukankah itu mendedahkan pekung di dada?

Baru cerita pasal “carrot” Mahathir dan rakan-rakan sudah panik; belum lagi cerita pasal ke Argentina menaiki jet peribadi hasil kontrak-kontrak kroni semasa pemerintahan beliau. Lain kali, Mahathir, jangan baling batu sembunyi tangan kalau tidak senang menerima kritikan.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...