Monday, 5 March 2018

AHLI PARTI KELUAR DAP! PUNCANYA TIDAK BOLEH TERIMA DR MAHATHIR SEBAGAI KETUA PAKATAN HARAPAN



Sebelum ini iaitu pada tahun lalu, DAP dikejutkan dengan tindakan 4 orang wakil rakyat DAP bersama ratusan ahlinya keluar parti di Melaka. Antara punca utama mereka keluar parti adalah atas sebab tidak berpuas hati dengan tindakan DAP bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dulunya merupakan musuh utama DAP.

Terbaru, seramai 38 ahli DAP Kampar dan Tapah bertindak keluar parti hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan tidak setuju dengan kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir.

Di antara mereka yang mengambil tindakan keluar parti itu adalah Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Leong Soon Fatt yang mendakwa mereka sukar menerima kerjasama dengan Dr Mahathir. Mereka yang keluar parti DAP tidak boleh menerima kerjasama itu apatah lagi untuk dipimpin bekas Perdana Menteri berkenaan yang dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, mereka juga kecewa dengan kepimpinan parti yang sudah menyimpang daripada matlamat asal sejak menyertai DAP 10 tahun lalu. Kebanyakan mereka yang memilih keluar parti tidak boleh menerima reality apabila DAP yang selama ini melihat Dr Mahathir sebagai musuh, namun kini memilih untuk bekerjasama.

Kemelut dalaman DAP semakin meruncing kebelakangan ini, suara-suara kritikan mula kedengaran dalam parti DAP ketika DAP memilih untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir. Jika bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh masih hidup lagi, sudah tentu beliau tidak mahu menjalin kerjasama dengan Dr Mahathir seperti pemimpin DAP lakukan ketika ini. 

Kelantangannya menentang Dr Mahathir dari dulu lagi sememang digeruni sesiapa sahaja. Apa yang pasti kata-kata ini akan diluahkannya, “Langkah mayat saya dahulu” kepada Dr Mahathir jika mahu sertai DAP! Keputusan bekerjasama dengan Dr Mahathir sememang disedari kebanyakan ahli DAP yang keluar parti kerana kerjasama ini akan membawa padah kepada DAP. Tunggu PRU-14 nanti, kita lihat kehancuran DAP selepas ini.



No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...