Monday, 5 March 2018

DR MAHATHIR KINI IBARAT LEBIH DAP DARIPADA DAP SEHINGGA SANGGUP JADI UMPAN KEPADA PAKATAN HARAPAN


Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah seorang pemimpin yang disifatkan sebagai lebih ‘DAP daripada DAP’ walaupun pernah dikecam habis-habisan sepanjang 22 tahun pe­merintahannya sebagai Perdana Menteri oleh DAP dan parti pembangkang yang lain. 

Dr. Mahathir kini sanggup menjadi umpan bagi meraih undi Melayu untuk pakatan tapi hakikat sebenar, Dr. Mahathir bukannya menjadi umpan pakatan tersebut untuk meraih undi orang Melayu sebaliknya beliau menjadi umpan DAP bagi mendapatkan kepercayaan orang Melayu. 

Kesanggupannya menjadi um­pan demi mendukung perjua­ngan DAP sememangnya sesuatu yang amat janggal dan tidak boleh diterima sama sekali oleh orang-orang Melayu. Dahulunya bukan main lagi Dr. Mahathir kata DAP sebagai parti cauvinis, rasis dan sebagainya tetapi kini Dr. Mahathir sudah berubah pendirian serta mendombakan parti DAP. 

Portal berita propembangkang, Malaysiakini melaporkan, Dr. Mahathir bersedia menjadi umpan bagi Pakatan Harapan diketuai DAP meraih undi orang Melayu biar pun usianya sudah menghampiri 93 tahun. 

Pendek kata bagi merealisasikan agendanya, Dr. Mahathir dilihat sanggup berbuat apa sahaja demi untuk melempiaskan agenda murahannya itu bagi mendapatkan kuasa semula. Jesteru itu, Dr. Mahathir dilihat sanggup mengadai maruah dan harga diri kepada DAP dan Pakatan Harapan semata-mata kerana matlamat peribadinya.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...