Wednesday, 20 December 2017

RCI FOREX DAPAT PERKENAN TUANKU UNTUK MENJALANKAN SIASATANNYA, KENAPA TUN M NAK SAMAN?



Keputusan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar 1990-an, telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 13 Okt 2017 yang lalu.

Namun, Tun M tidak berpuas hati dengan RCI tersebut dan membuat saman pemula bagi mengiktiraf keputusan hasil siasatan berkenaan sebagai tidak sah.

Dalam samannya itu, Tun M menamakan kerajaan Malaysia dan ahli panel yang terlibat dan institusi yang terbabit dalam RCI sebagai defenden. Tapi apa yang pelik, kenapa Tun M cuba mempertikaikan arahan penubuhan RCI tersebut yang telah diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong pada 18 Jul 2017 yang lalu dan memberi tempoh selama 3 bulan untuk RCI menyelesaikan siasatan mereka.

MENGAPA TUN M TIDAK SAMAN YDPA?

Disebalik usaha songsang Tun M itu, rakyat tahu mantan Perdana Menteri itu sebenarnya tidak mahu hasil siasatan RCI tersebut tersebar kepada umum. Jika maklumat siasatan RCI Forex itu tersebar kepada umum, imejnya akan tercalar dan kemungkinan segala rahsia selama 22 tahun dirinya memerintah juga bakal terbongkar.

Dari sudut lain pula, Tun M dilihat manusia yang mempunyai ego yang tinggi. Sebelum ini titah Sultan Selangor tidak diendahkan malah memulangkan darjah kebesaran Sultan Selangor akibat dari isu penghinaan keturunan Bugis. Tapi kini Tun M cuba cari pasal dan mungkin cuba mencabar titah YDPA bagi menyelamatkan karier politiknya yang kian senja dan kehilangan taring.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...