Maria Chin Abdullah (Mary Chin Cheen Lian). Berkahwin dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 . Yunus Lebai Ali dan Hishamuddin Rais adalah aktivis berfahaman sosialis Universiti Malaya pada tahun 1970-an yang sama-sama melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap polis.
Maria Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan terlibat dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity). NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections).
Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro kepada LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Antaranya; WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS(Sister In Islam), antara aktivis SIS adalah MARINA MAHATHIR.
Maria juga merupakan aktivis yang lantang melaungkan ‘Bersih’ dan menjadi pengerusi bersih bertujuan untuk membersihkan pilihanraya. Perhimpunan bersih yang dianjurkan oleh Maria dan kuncu-kuncunya dikatakan memperjuangkan keadilan dalam pilihanraya. Berbagai tuduhan dilemparkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya yang dikatakan tidak telus dan menyokong kerajaan.
Maria Chin Abdullah pernah mengakui mendapat dana dari National Democratic Institute, NED dan OSI. Pengakuan Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah itu membuktikan mereka ada mengambil dana asing untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan. Terdahulu, semasa BERSIH 4.0 yang lalu Maria hanya membuat alasan akan menjawab di mahkamah mengenai dana RM2.4 juta yang diterima, namun tidak menafikan.
Sebanyak lima siri himpunan bersih yang di adakan di Kuala Lumpur. Pada permulaannya mendapat sambutan luar biasa sehingga memenuhi segala pelusuk jalan di kota raya. Menurut sumber facebook Maria, perhimpunan ini dikatakan memperolehi dana dari badan luar yang mahu melihat kerajaan tumbang. Mereka dikatakan menyalurkan dana sebanyak RM2.4 juta bagi membiayai perhimpunan. Pembiayaan berkenaan bukan sahaja diberikan kepada portal propembangkang, malah BERSIH dan Merdeka Center yang turut menerima sumbangan berkenaan atas alasan ke arah pilihan raya “yang bebas dan adil” di Malaysia.
Seorang bekas pegawai CIA, Philip Agee telah mendedahkan NAMFREL dan ANFREL merupakan alat CIA di sebalik slogan yang dilaungkan sebagai ‘kuasa rakyat’. Sepertimana himpunan baju merah dan kuning yang diadakan di Thailand. Bagaimanapun badan ini telah diambilalih oleh badan baru dinamakan NED (National Endiwment For Democracy).
Ternyata bersih yang selama ini diperjuangkan oleh Maria bersama Ambiga merupakan kuda tunggangan bagi pembangkang dalam menghuruharakan kerajaan. Maria dan Ambiga menyuarakan ingin bertanding dalam pilihanraya kali ini. Kalau pilihanraya ini tidak adil seperti yang dilaungkan mengapa sekarang ingin pula menjadi calon bebas dan menyokong Pakatan Harapan. Mereka bijak memainkan peranan dalam NGO dalam memperjuangkan apa yang dikatakan tidak adil bagi mereka.
Inilah Maria Chin yang berjaya memanipulasi pemikiran rakyat dalam menyokong apa yang dilaungkan mereka selama ini. Rakyat yang tertipu dengan perjuangannya yang jelas menunjukan selama ini mereka adalah penyokong pembangkang dan bukanya berpaksikan kepada badan NGO demi kepentingan peribadi mereka semata-mata.
No comments:
Post a Comment