Entah benar ataupun tidak wujudnya jembalang tanah di dalam dunia ini. Namun sebagai umat Islam, kita perlu yakin bahawa jin dan syaitan itu wujud kerana mereka juga adalah makhluk Allah swt.
Tapi yang peliknya, bekas Naib Presiden PAS yang kini menyandang jawatan Naib Presiden AMANAH yang misinya jelas untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan seterusnya bercita-cita menjadi MB Kelantan selepas Dato Haji Ahmad bin Yaacob, menuduh PAS tidak melayan dirinya dengan baik.
Perlu diingat, Husam bukan lagi darah daging PAS dan PAS juga tiada liabiliti untuk mengangkat namanya kecuali menghormati dirinya sebagai saudara sesama Islam. Jika Husam terasa dengan layanan buruk rakan-rakan dalam PAS dan kakitangan kerajaan Negeri Kelantan, itu memang berpatutan dan wajar diterimanya sebagai manusia yang di cap sebagai pengkhianat perjuangan parti serta perjuangan Islam.
Sejarah perjuangan dirinya bersama PAS suatu ketika dahulu sudah tidak relevan lagi lagi kerana sejarah kebaikan yang dilakukan untuk PAS dan Kerajaan Kelantan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kerosakan yang telah dilakukannya sepanjang menjadi Exco Kelantan dan Naib Presiden PAS.
Husam sepatutnya menggunakan strategi yang lebih Islamik dan mungkin juga tidak perlu memburukkan nama sesiapa di dalam PAS ataupun di dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan kerana rakyat Kelantan sudah menganggap dirinya sebagai musuh yang telah bersekutu dengan DAP yang sering menindas agama Islam dan Melayu.
Rakyat Kelantan sebenarnya lebih bijak memilih dan berpolitik dari rakyat negeri lain. Kelantan lah satu-satunya negeri yang telah banyak kali bertukar kerajaan negeri dan rakyatnya juga terkenal dengan kaedah berpolitik di kedai-kedai kopi sehingga sesebuah kerajaan itu boleh tumbang dan digantikan dengan sebuah kerajaan yang dianggap mereka baik buat rakyat Kelantan.
Namun penolakan PAS untuk memasuki dan bertanding di Kelantan amatlah baik dan usaha penolakan tersebut harus dikekalkan kepada parti sekutu Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan PPBM.
No comments:
Post a Comment