Friday, 9 March 2018

HANIPA SEMAKIN TERSASAR DARI ISLAM SELEPAS MEMBINA JALAN UNTUK KE SYURGANYA SENDIRI




Nama Hanipa Maidin tiba-tiba sahaja menjadi panas selepas beliau mencetuskan kontoversi di dalam Dewan Rakyat. Beliau yang juga Ahli Parlimen Amanah-Sepang telah menyatakan bahawa beliau sanggup mati di dalam keadaan sedang melawan Barisan Nasional (BN). 

Kekecohan ini bermula apabila beliau telah ditegur oleh Timbalan Speaker, Ronald Kiandee yang telah menasihat beliau supaya mengawal emosi beliau semasa berucap kerana bimbang dengan keadaan kesihatan Hanipa. Hanipa ditegur setelah beliau berucap dengan suara yang agak lantang dan keras. 

Hanipa mempunyai sejarah tersendiri apabila pernah pengsan ketika sesi parlimen pada dua tahun yang lalu. Oleh itu, beliau seharusnya bertindak lebih bijak untuk mengawal emosi beliau supaya tidak memberi kesan kepada kesihatannya. 

"Tuan Speaker, saya tiada masalah, tuan Speaker. Saya sakit ke apa ke, tetap akan cakap macam in, sebab bagi saya ini benda yang saya kena cakap. Saya tiada masalah. Sakit ke, hatta saya mati sekalipun saya puas hati sebab saya cakap lawan BN”. 

"Kalau malaikat tanya kenapa mati? (Saya jawab) mati lawan BN. Saya rasa lega betullah," katanya semasa membahaskan usul titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. 

Jika dilihat semula mengapakah Hanipa Maidin sanggup berkata sedemikian sedangkan majoriti Ahli Barisan Nasional adalah beragama Islam. Adakah beliau dengan semudahnya mendakwa bahawa ahli yang beragama Islam di dalam Parti Barisan Nasional adalah kafir? 

Beliau seharusnya lebih bijak untuk menilai Islam atau Kafir kerana secara umum tahu bahawa parti yang beliau perjuangkan sekarang iaitu Amanah kini sebumbung dengan sebuah parti Anti-Islam iaitu DAP. Bagaimana beliau sanggup mendakwa Kerajaan BN yang jelas menjadikan Islam sebagai agama rasmi sebagai “Musuh Islam” ? 

Sebagai seorang Islam kita seharusnya berjuang untuk menegakkan Agama rasmi kita iaitu Islam supaya tidak ditindas oleh pihak lain. DAP yang lebih jelas menunjukkan bahawa mereka adalah sebuah parti yang Anti-Islam apabila sering menjadikan hukum-hukum Islam sebagai mainan politik mereka. Kita mestilah menyokong parti yang jelas tidak bercanggah dengan Islam. 

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...