Friday, 30 March 2018

MAHATHIR SEORANG PENDENDAM MAHU SEMUA KATANYA DITURUTI





Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunaikan permintaan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dendam kesumat apabila beliau bertindak menyerang pentadbiran Najib.

Permintaan itu membabitkan menswastakan Malaysia Airlines System (MAS) kepada salah seorang rakannya, memberi lesen judi sukan dan bantuan berbilion ringgit kepada Proton. Perkara ini didedahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See To menyatakan jika dilihat secara menyeluruh serang Dr Mahathir bermula apabila anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal merebut jawatan Pemuda UMNO pada 2008 dan Naib Presiden UMNO 2013.

Bermula dari detik itu hingga pemecatan Mukhriz sebagai Menteri Besar dendam itu tidak pernah padam maka dengan itu tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengangkat semula beliau sebagai Perdana Menteri.

See To berkata, berang dengan kekalahan anaknya dan menyalahkan Najib kerana tidak menyokong Mukhriz dan menuduh Najib menyokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menewaskan Mukhriz bagi jawatan terakhir Naib Presiden.

Malah katanya, secara terbuka Mukhriz menyatakan dia mahu dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namanya tidak disenaraikan pada pengumuman 30 November 2013.

“Najib berpendapat Mukhriz yang baharu sahaja diberikan jawatan Menteri Besar Kedah memerlukan lebih banyak pengalaman dan membuktikan dirinya.

“Malah selaku Menteri Besar, dia seharusnya turut serta dalam Mesyuarat Majlis Tinggi UMNO kerana jawatan yang disandang itu.

“Saya yakin Mahathir tidak akan gembira dengan apa yang berlaku di mana beliau menyatakan berulangkali “mereka terhutang budi kepada saya” dan yakin bahawa beliau adalah individu yang menaikkan Najib sebagai Presiden kerana Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, dan ‘budi’ yang sama perlu dikembalikan kepada Mukhriz,” katanya.

See To berkata, ketika hari pertama Perhimpunan Agung UMNO pada 2 Disember 2013, Mahathir membuat pengumuman bahawa beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas, dengan memberi alasan usia 88 tahun adalah terlalu uzur dan doktor turut menasihatkannya untuk mengundur diri atas faktor kesihatan.

Tambah pula, Lembaga Pengarah Petronas melapor terus kepada Perdana Menteri, dan selepas bercuti selama lima bulan Mahathir menjawat jawatan Pengerusi Proton Berhad pada Mei 2014.

“Proton sudah mengalami kerugian sejak DRB-Hicom, yang dimiliki rakan lamanya, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih syarikat itu dua tahun lalu, Proton tidak lagi milik kerajaan dan menjadi milik 100 peratus syarikat persendirian.

“Sebelum Mahathir dilantik sebagai pengerusi, kerajaan telah menolak beberapa permohonan dari Proton berjumlah berbilion ringgit sebagai bantuan kerana ia adalah sebuah syarikat persendirian.

“Selalu Pengerusi Proton beliau bertindak memberikan tekanan kepada kerajaan bagi menyalurkan geran berbentuk geran percuma RM3 bilion kepada Proton sebagai bantuan. Ini kerana dia berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya menolak permohonan itu,” katanya.

See To menjelaskan beberapa individu telah menyatakan Mahathir kecewa ekoran keengganan Petroleum Nasional Berhad dan kerajaan untuk memberi dana RM3 bilion bagi pelan transformasi Proton dan ini menyebabkan beliau memilih untuk memainkan peranan dalam syarikat pembuat kereta nasional itu menurut laporan The Edge ketika itu.

Mahathir sendiri berulangkali berkata Proton berhak menerima geran berkenaan dari kerajaan kerana ‘Proton memang berhak.

Bagaimanapun, kerajaan masih menolak permohonan itu yang turut menyebabkan Mahathir menulis mengenai keputusannya untuk tidak lagi menyokong Najib melalui satu tulisan pada 18 Ogos 2014.

MANA PILIHAN RAKYAT SELANGOR? EMPANGAN BANYAK AIR ATAU AIR TERAWAT


Isu air menjadi satu isu yang amat serius di Selangor kerana setiap kali berlaku masalah bekalan air, rakyat Selangor akan merasai kesengsaraannya. Kini hasrat rakyat Selangor untuk melihat krisis air diselesaikan sepenuhnya dibiarkan terawang-awangan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Penstrukturan semula industri air yang hanya dapat dimuktamadkan dengan pengambilan alihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dikatakan masih dalam proses rundingan antara Kerajaan negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi berkenaan. 

Seperti biasa Azmin Ali sempat juga menyalahkan Kerajaan Pusat dengan mendakwa kelewatan pengambilalihan ekuiti Splash adalah kerana Kerajaan Pusat masih belum mengemukakan laporan penilai bebas yang dilantik mereka. 

Sehingga kini, harga tawaran bagi pengambilalihan Splash masih belum dimuktamadkan oleh Kerajaan Negeri meskipun perjanjian berhubung penstrukturan industri air Selangor telah ditandatangani Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) pada September 2015. 

Malah, kenyataan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mencuri perhatian apabila memaklumkan kelewatan proses penstrukturan semula industri air Selangor yang akan menyebabkan rakyat negeri itu terpaksa menanggung beban RM2 bilion menerusi kenaikan kadar bayaran tarif air. 

Selain itu, kelemahan sistem infrastruktur bekalan air terawat dan perpaipan yang masih belum dinaik taraf menyebabkan negeri berkenaan masih lagi berisiko mengalami siri gangguan bekalan air yang berpanjangan. 

Setiap kali, Kerajaan Negeri Selangor hanya tahu menuding jari kepada pihak Kerajaan Pusat. Sebalinya jikalau Kerajaan Persekutuan dikatakan mengabaikan isu bekalan air di Selangor maka bagaimana pula dengan fakta pelaburan lebih RM22.3 bilion dibuat Kerajaan Pusat sepanjang 2010 hingga 2018 yang turut merangkumi pembiayaan skim penstrukturan semula industri air negeri berkenaan. 

Jalan penyelesaian kepada krisis bekalan air terawat di Selangor sebenarnya dari dahulu lagi berada di tangan Menteri Besar Selangor Azmin Ali, namun rakyat Selangor akan menjadi saksi sama ada Menteri Besar itu mempunyai keberanian politik atau masih lagi hendak menunjukkan kedegilan mempolitikkan setiap perkara. 

Rakyat Selangor perlu bersiap siaga untuk berhadap dengan masalah bekalan air di Selangor di masa depan yang dilihat tiada kesudahan dan jalan penyelesaian sehingga ke hari ini. 






LIM KIT SIANG BIADAP DAN BONGKAK TIDAK MENGHORMATI DEWAN PARLIMEN





Lim Kit Siang (LKS) dan DAP sememangnya sudah sinonim dengan gelaran rasis dan menentang keras sistem Raja berpelembagaan yang diamalkan oleh Malaysia. Golongan pemimpin DAP dari zaman pemerintahan komunis lagi sudah menampakkan tentangan mereka. Mereka telah lama memperjuangkan untuk menubuhkan kerajaan Malaysia for Malaysia untuk rakyat Malaysia. Slogan ini sering dimainkan dalam ceramah DAP secara halus.

LKS seorang yang keras kepala dan biadap malahan tidak menghormati sesiapa pun di Malaysia. Kita lihat sendiri kelakuan beliau dalam dewan yang mulia. Sanggup berkelakuan kebudak-budakkan dan digelar sebagai bapak komunis. Pada zaman komunis parti DAP dikaitan sebagai penyokong kuat mereka. Pernah menimbulkan isu ingin membawa abu mayat Chin Peng iaitu ketua komunis Malaya untuk ditanam di Malaysia. Namun kerajaan Malaysia tidak membenarkan dan menghalang kemasukan walau sebutir abu pun.

Orang melayu masih ingat bagaimana kesusahan yang mereka hadapi semasa zaman darurat dan mengakibatkan jumlah kematian yang banyak. Sejarah Bukit Kepong yang sehingga sekarang masih lagi menghantui setiap waris mangsa tragedi pembunuhan anggota polis Balai Bukit Kepong. Sentimen kebencian terhadap komunis tidak akan lenyap kerana meninggalkan kesan yang amat dalam terhadap masyarakat orang Melayu pada ketika itu.

Perangai LKS seakan sama dengan komunis dan Dato Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim secara lantang dalam dewan memanggil LKS sebagai komunis. DAP dan pemerintahannya di Pulau Pinang secara halus cuba menghalau masyarakat Melayu yang berada dalam pulau. Dapat dilihat sepanjang pemerintahan DAP sudah banyak penempatan orang Melayu dihalau dan dibangunkan dengan rumah bertingkat. Rumah-rumah yang dibangunkan ini dijual dengan harga yang tinggi yanga mana orang Melayu hanya mampu tengok dan bukannya mampu beli. Janji untuk menyediakan rumah mampu beli seperti dalam manifesto PRU 13 sehingga sekarang tidak mampu dilaksanakan.

Golongan melayu semakin terpingir dari bandar dan dapat dilihat semuanya tertumpu di kawasan Balik Pulau sahaja. Namun semua kawasan bandar telah dimonopoli oleh kaum  cina walaupun hanya terdapat sekelompok kecil kawasan kampong orang Melayu di Sg Pinang. Ramai peniaga golongan Melayu yang dihalau dari tapak mereka mencari reski selama ini.

Sikap LKS dan DAP menunjukan memang ada niat untuk memecah belahkan kaum Melayu. Tun Mahathir yang sebelum ini memaki hamun DAP sebagai cina bukit sekarang telah berkerjasama dengan LKS untuk memusnahkan kelompok orang Melayu. Bangkitlah wahai golongan Melayu lihat apa yang akan terjadi sekiranya tokong dapat mengawal pemimpin Melayu nanti. Bayangkan macam mana kehidupan orang Melayu nanti bila tokong berjaya memerintah Malaysia. Adakah kehidupan kita sekarang dengan kerajaan yang aman atau kembali ke zaman darurat. Kita sebagai orang Melayu haruslah berfikir dengan matang jangan sampai kepala kita dipijak oleh Lim Kit Siang DAP.

"KALAU SAYA TUHAN” PATUTKAH AHLI PARLIMEN PAN GUNA PERKATAAN INI?


Isu perdebatan di Parlimen Malaysia terus mencuri tumpuan khususnya dari kalangan rakyat apabila seorang Ahli Parlimen Pembangkang menggunakan perkataan 'Kalau saya Tuhan' yang menyebabkan kekecohan berlaku di dalam Parlimen. 

Dalam isu ini, Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin tetap mahu menggunakan perkataan ‘kalau saya Tuhan’, meskipun menerima kritikan hebat Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam sidang Parlimen. 

Keegoan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN)ditunjukkan lagi apabila beliau tidak mahu menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya itu dan mempertahankan kenyataannya itu dengan mengatakan bahawa ia tidak bermaksud beliau Tuhan sebab menggunakan perkataan ‘kalau’. 

Malah, beliau dengan angkuh menolak nasihat daripada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali. Adakah ini caranya seorang umat Islam? Cuba mengeluarkan kata-kata begini yang jelas menyesatkan akidah Islam. 

Hanipa juga mencabar mereka untuk mengemukan dalil untuk menyangkal apa yang dikatakannya itu. Namun itu apabila Ahli Parlimen PAS, Khairuddin menyahut cabaran Hanipa untuk mengemukakan dalil berhubung perkara itu tetapi ditolak ianya Hanipa. 

Ini menunjukkan sikap angkuh dan bodoh sombong Hanipa dalam hal ini. Hanipa yang jelas angkuh dan berbangga dengan kenyataan yang dibuat bertegas tidak mahu menarik balik kenyataanya itu walaupun didesak. Lebih menarik ketika perdebatan isu berkenaan tidak ada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang yang bangkit membela Hanipa seolah-olah bersetuju dengan perbuatannya itu.

Thursday, 29 March 2018

KERANA KEBODOHAN KIT SIANG, BELIAU TELAH DIGANTUNG SELAMA 180 HARI DARI PARLIMEN





Lim Kit Siang iaitu Ahli Parlimen Gelang Patah sekali lagi berkelakuan biadap dan kurang ajar di Dewan Rakyat. Beliau telah mengingkar arahan Speaker Dewan Rakyat iaitu Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia. 

Oleh kerana sikap Kit Siang yang tidak mahu menghormati Speaker Dewan Rakyat dan juga ahli-ahli yang lain, beliau telah digantung dari parlimen selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta. Usul penggantungan Kit Siang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman. 

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mengambil tindakan itu mengikut Peraturan 44(3) Peraturan Mesyuarat Parlimen selepas Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP enggan mematuhi arahan supaya berhenti mengganggu perjalanan persidangan. 

Kekecohan bermula apabila Kit Siang berterusan mengganggu sidang ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu membentangkan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya. 

Pandikar juga menangguhkan sementara sidang sehingga kekecohan reda. Beliau juga telah mengumumkan keputusan dimana sebanyak 80 Ahli Parlimen tidak bersetuju dengan usul berkenaan manakala 129 lagi bersetuju mengenai usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya. 

Kebiadapan Kit Siang itu bukanlah suatu kejadian yang aneh kerana semua sedia maklum bahawa Menteri DAP sering berkelakuan biadap ketika bersidang di Parlimen. Bayangkan jika mereka memerintah Negara nanti, pasti huru-hara Negara ini kerana Undang-Undang pun mereka tidak mahu hormat. 

Oleh itu, pemimpin-pemimpin sebegini tidak layak untuk menjadi menteri dan memerintah Negara. Seorang pemimpin yang baik seharusnya perlu menunjukkan contoh yang baik pada rakyat kerana tanpa sokongan rakyat siapalah anda.

KEHADIRAN MUHYIDDIN YASSIN KE HIMPUNAN BERSIH BUKAN TIKET PAKATAN HARAPAN MENANG DI JOHOR





Kehadiran tidak diundang Muhyiddin Yassin ke Himpunan Bersih 6 di hadapan Parlimen adalah sangat menjengkelkan. Walaupun dia hadir ke demonstrasi itu, tapi dirinya masih dipandang sepi oleh beberapa pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan di sana.

Muhyiddin Yassin yang sebelum ini lebih terkenal dilabelkan ahli parti sebagai seorang yang kedekut dengan sikap egonya dan hanya mementingkan diri sendiri, dilihat hanya sebagai pelengkap majlis sahaja. Ini berikutan kedudukannya sebagai Pengerusi PPBM yang sehingga kini masih berstatus haram kerana belum disahkan pendaftarannya oleh RoS.


Dalam himpunan semalam, pemimpin yang lantang bersuara sahaja dijemput untuk berucap di atas pentas, akan tetapi layanan yang berbeza diberikan kepada Muhyiddin Yassin yang selama ini menjadi "PAK TURUT" seperti "LEMBU DICUCUK HIDUNG" oleh mentornya Mahathir.

Namun angan-angan Mat Jenin Muhyiddin Yassin untuk menawan Johor sangat tinggi. Tapi macam tidak layak pula slogan menawan Johor keluar dari mulut pemimpin yang lembik dan tiada wawasan sepertinya.

Perjalanan politik Muhyiddin Yassin dari awal hingga ke hari ini ditentukan oleh Mahathir dengan menggunakan kuasa kroni dan wang untuk mereka terus kekal berkuasa walau sudah dipecat dalam UMNO dan BN.

Diharap rakyat Johor dapat menilai sejauhmana keupayaan Muhyiddin untuk menjadi pemimpin di Johor semula. Ini kerana sebelum ini banyak tanah dan harta rakyat Johor tergadai kerana sifat rakus anak kepada Tok Guru Agama terkenal di Muar Johor ini.

Rakyat Johor, memilihlah dengan bijak pada PRU-14 nanti agar masa depan bangsa Johor akan terus dipertahankan serta terpelihara dari anasir DAP.

PENEROKA DI IJOK BANGKIT MAHU SAMAN AZMIN ALI


Ekoran tindakan saman pe­neroka pada 13 Mac lalu, lebih ramai peneroka bangkit dan berani menampilkan diri untuk me­nuntut hak mereka. 

Tindakan ini diambil berikutan tindakan 113 peneroka di mukim Ijok yang menyaman Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kerajaan negeri berhubung skandal penjualan 880 hektar tanah di kawasan itu, pada awal bulan ini menyebabkan lebih ramai peneroka mengambil langkah sama. 

Setakat hari ini dianggarkan seramai 250 peneroka telah menyertai untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azmin Ali dan angka itu dijangka akan meningkat kepada 500 orang dalam tempoh terdekat. 

Sebelum ini mereka tidak sedar ada unsur kecuaian dan penipuan dalam penyelesaian itu serta tidak berani kerana bimbang kehilangan hak mereka. 

Apaa yang pasti penyelesaian ta­nah di mukim Ijok yang dikendalikan kerajaan negeri jelas me­rugikan peneroka. 

Difahamkan apa yang peneroka tuntut ialah faedah lewat siap rumah yang dianggarkan sebanyak RM230,000 bagi setiap peneroka yang tidak disebut dalam penyelesaian itu. 

Peneroka juga mahu menuntut baki kira-kira 400 hektar tanah mereka di kawasan itu yang turut tidak dinyatakan dalam perjanjian penyelesaian itu. 

Tindakan mahkamah itu diambil kerana kecuaian kerajaan negeri dalam perjanjian penyelesaian sehingga menyebabkan peneroka kehilangan hak mereka. 

Di samping itu juga, perjanjian penyelesaian juga didapati berat sebelah dan hanya berpihak kepada satu pihak sahaja yang mana peneroka menerima kerugian yang besar berbanding keuntungan besar pihak pembeli tanah berkenaan. 

Jesteru itu, tindakan saman ini adalah satu tindakan proaktif peneroka bagi menuntut semula hak mereka yang diketepikan oleh Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH! SEBENARNYA 'SHAFIE APDAL' LAH YANG TAKUT BINI



Baru-baru ini dalam satu siri ceramah yang dibuat Presiden Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal di Sabah, pemimpin parti itu dipercayai telah membuat satu kenyataan sinis berkaitan dengan perdana menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dengan Datin Sri Rosmah Mansor.

Seperti kebiasaanya, Shafie Apdal akan menggunakan modal politiknya dengan memperlekehkan pemimpin kerajaan dan memainkan isu semasa negara setiap kali beliau memberi ceramah. Baru-baru ini isu hangat yang dimainkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah itu adalah berkaitan dengan isu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Shafie memperlekehkan tugas RELA apabila kerajaan mencadangkan penglibatan RELA untuk membantu kawalan keselamatan di ESSZONE Sabah. Beliau mempertikai tugas pasukan RELA yang tidak mempunyai sebarang kemahiran bersenjata dan hanya tahu menjaga majlis kenduri kahwin sebagai pengawal trafik lalulintas.

Terbaru, Shafie membuat kenyataan panas lagi apabila membuat kenyataan dalam ceramah dengan mengata orang lain tanpa melihat kepada kelemahan dirinya terlebih dahulu. Beliau memberitahu dalam ceramahnya bahawa Najib takut kepada isterinya Rosmah dan setiap keputusan yang diambil perlu dirujuk kepada Rosmah dahulu.

Tetapi hakikatnya, kenyataannya itu seolah-olah ditujukan khas kepadanya sendiri tanpa beliau sedari. Realitinya Shafie Apdal yang sebenarnya takut kepada 'bini'. Mengapa Shafie dilabel penakut? Ini jawapannya, Shafie membuat keputusan berkahwin dengan Zahidah Rafik pun secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isterinya Datin Seri Shuryani Shuaib. Jelas di sini Shafie takut 'bini'.

Shafie Apdal hanya pandai mengata orang bak kata pepatah melayu, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih! Walhal, realitinya apa yang dikatanya itu terkena batang hidungnya sendiri.

Wednesday, 28 March 2018

PROJEK MEGA PULAU PINANG ADAKAH LGE TERLIBAT DENGAN RASUAH?








Kes perbicaraan Ketua Menteri Pulau Pinang sedang berjalan di mahkamah yang mana beliau mengaku tidak bersalah dalam kes pembelian rumah banglow di jalan Pinhorn dari ahli perniagaan Phang Li Khoon sebanyak RM2.8 juta. Nilai sebenar rumah yang pada awalnya disewa oleh LGE adalah RM6.5 juta. Rumah tersebut telah dibeli dengan harga RM2.5 juta serta telah menjalani proses ubah suai biasa dan tidak mempunyai kolam renang. Pembelian di bawah nilai pasaran hartanah ini telah wujudnya unsur rasuah yang mana antara LGE dan penjual Phang Li Khoon. 

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mendakwa Lim terlibat dengan rasuah. Bertitik tolak dari laporan tersebut SPR telah menjalankan siasatan dan membuat tangkapan terhadap LGE dan Phang Li Khoon kerana terdapat unsur rasuah dalam urusniaga pembelian rumah banglow tersebut. 

Belum pun reda dengan isu rasuah pembelian rumah, LGE terpalit pula dengan isu pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang yang melibatkan kos sebanyak RM4.63 bilion. Pembinaan projek ini adalah melibatkan perjanjian antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kontraktor Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd. Terowong dasar laut adalah merupakan satu projek mega kerajaan negeri yang mana termasuk juga pembinaan tiga lebuhraya Pulau Pinang yang melibatkan keseluruhan kos RM6.3 bilion. 

Satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap projek pembinaan terowong dasar laut yang mana telah melibatkan penahanan berberapa kenamaan berpangkat Dato. Ramai yang mengaitan LGE terlibat sama dan mengetahui segala perjalanan transaksi dan kemajuan projek ini. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang beliau adalah terlibat secara langsung. Namun terdapat banyak fakta yang bercangah dikeluarkan oleh LGE dan menteri beliau berkaitan dengan keseluruhan perlaksanaan projek ini. 

Pembinaan kos lebuhraya yang terlalu tinggi berbanding dengan projek yang dijalankan oleh kerajaan pusat. Kita dapat lihat iatu kos pembinaan Penang Pan Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5 kilometer adalah berjumlah RM7.5 bilion atau RM385 juta setiap kilometer, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Gurney Drive sepanjang 4 kilometer dengan kos RM800 juta atau RM200 uta setiap kilometre dan lebuhraya Tun Lim Ching Eu ke jalan Air Hitam sepanjang 5.7 kilometer pula memerlukan kos bernilai RM897 juta untuk dibina atau RM157 juta setiap kilometer. 

Berbanding dengan lebuhraya di lembah kelang yang jauh lebih rendah kos pembinaannya. Ini dapat dilihat dengan pembinaan Lebuhraya SUKE sepanjang 59 kilometer dengan kos pembinaan sebanyak RM5.3 billion atau RM90 juta per kilometer. Lebuhraya DUKE 3 (kini dinamakan sebagai Lebuhraya Setiawangsa Pantai) sepanjang 35 kilometer dengan kos pembinaan RM3,74 billion atau RM107 juta per kilometer. Lebuh raya DUKE 2A sepanjang 75.2 kilometer yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kapar dengan kos pembinaan sebanyak RM6.32 bilion atau RM84juta per kilometer. 

Jumlah pebelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang sangat melampau dan hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan jumlah kos setiap projek yang dijalankan. Keadaan ini telah mengakibatkan berlaku banjir besar di kawasan Pulau Pinang. Segala bencana alam ini terjadi adalah kerana kerakusan pemimpin DAP untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan serta akibatnya terhadap rakyat. Dalam membuat pembangunan jangan dilupa kehidupan dan keselesaan penduduk di setiap kawasan projek. Jangan hanya belumba mewujudkan projek mega yang akhirnya menyusahkan rakyat negeri Pulau Pinang.

APA DAH JADI DENGAN PKR! BARU-BARU INI AHLI PKR DI SELANGOR KELUAR PARTI, KALI INI DI KELANTAN PULA




Belum sampai pun 2 minggu 250 ahli PKR di Klang, Selangor memilih untuk keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada parti kini timbul pula tindakan keluar parti 80 ahli di Kelantan secara mengejut. 

Keretakan PKR ini mulai memperlihatkan parti ini yang semakin goyah menjelang pilihan raya umum ke-14 dan ahli-ahli yang keluar parti memilih untuk menyertai parti Barisan Nasional ataupun PAS. 

Terbaru seramai 80 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Gua Musang mengumumkan keluar parti dan menyertai PAS dengan alasan hilang keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan. 

Timbalan Ketua PKR Cabang Gua Musang, Syed Azhar Syed Alwi dan 80 ahli PKR di Kelantan memilih keluar parti kerana PKR kini sudah hilang hala tuju lebih-lebih lagi selepas kemasukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan. 

Selain itu mereka kecewa dengan sikap parti-parti dalam Pakatan Harapan yang terus bercakaran dan berebut kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selain sikap buruk PAN yang gemar menabur fitnah di Kelantan. 

Kemasukan Tun Dr. Mahathir Mohamad serta parti baharunya ke dalam PH dilihat tidak menguntungkan politik Melayu bahkan kepentingan Islam itu sendiri. 

Dr. Mahathir sebagai penyebab utama wujudnya PKR, ditentang kerana pelbagai langkah zalim beliau suatu ketika dulu, kini diangkat pula sebagai calon Perdana Menteri. Detik hitam ini tidak sepatutnya berlaku dan ramai lagi ahli PKR akan memilih untuk meninggalkan parti tersebut. 




PAKATAN HARAPAN TANPA FITNAH IBARAT CACING YANG SEDANG KEPANASAN






Sudah menjadi lumrah dan juga asam garam politik di Malaysia apabila pihak pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) akan cuba untuk memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN). PH akan melakukan 1001 cara untuk menumbangkan BN supaya mereka berjaya untuk memerintah Negara. 

Salah satu cara yang dilihat begitu berkesan dan berjaya PH mainkan adalah dengan melancarkan fitnah secara berleluasa terhadap BN khususnya Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak. Mereka akan melancarkan fitnah dan juga menyebarkan berita palsu dengan pelbagai cara. 

Antara medium yang menjadi kegemaran untuk melancarkan fitnah mereka adalah melalui social media, akhbar, web portal dan termasuk juga menggunakan kuasa campur tangan Negara asing. Ia sekaligus dilihat akan mempengaruhi dan menguasai minda rakyat supaya membenci kerajaan BN. 

Politik kebencian yang dibuat-buat oleh PH ini telah menunjukkan bahawa PH sangat ketandusan idea dan begitu terdesak untuk mereka mendapatkan kuasa politik supaya boleh memerintah Negara. PH sepatutnya perlu berusaha sendiri untuk menyaingi kerajaan BN dengan bersaing untuk menjadi yang lebih baik dari BN, bukan dengan membuat fitnah terhadap BN semata-mata untuk menjatuhkan mereka. 

Terbaru Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar telah pun diluluskan oleh Kabinet. Ia seolah telah merencatkan sedikit moral dan keyakinan PH untuk menang pada PRU akan datang. 

Kelihatan ramai sekali pemimpin-pemimpin PH sudah tidak senang duduk dengan berita ini. Antaranya ialah Lim Kit Siang dan Mat Sabu. Mat sabu berkata RUU Antiberita Tidak Benar ini adalah seperti ISA yang telah diwujud dan dilaksanakan pada zaman era pemerintahan Tun Mahathir. 

Jika diteliliti semula RUU Antiberita Tidak Benar ini adalah jauh sekali perbezaannya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri( ISA). RUU yang dicadangkan ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada lambakan berita yang tidak benar dan pada masa yang sama bertujuan untuk memastikan hak kebebasan bercakap dan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan dihormati. 

Penggubalan undang-undang baharu ini bagi mengekang penyebaran berita palsu tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyekat kebebasan bersuara dan tahanan tanpa bicara. 

RUU Antiberita Tidak Benar ini juga telah mendapat sokongan oleh Agung iaitu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berkenan menzahirkan sokongan untuk menggubal undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial. Baginda bertitah, media sosial amat berpengaruh dalam membentuk nilai dan budaya sesuatu masyarakat di negara ini. 

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita harus memperkukuhkan jati diri kita supaya kita tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang. Kita perlu lebih saling hormat-menghormati di antara satu sama lain supaya Negara Malaysia akan kekal aman dan makmur.

HIMPUNAN KUNING GAGAL LAGI!


"Himpunan Rakyat Tolak Penipuan SPR" yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mac pagi ini di perkarangan Bangunan Parlimen Malaysia didapati kurang mendapat sambutan dan hambar sepanjang berlangsungnya program ini. 

Ini kerana hadirin yang hadir dalam perhimpunan ini tidak mencapai sasaran seperti mana yang penganjur mahukan apabila tidak sampai 1,000 orang peserta yang menyertai perhimpunan berkenaan. 

Kehadiran hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Harapan dan segelintir kecil penyokong tegar PH yang jelas menjadikan himpunan ini sebagai platform untuk 'cari makan' dan perhatian ketika pilihan raya yang bakal diadakan dalam masa terdekat. 

Boleh disimpulkan di sini, program ini merupakan program yang hambar dan lesu kerana tidak mendapat sambutan dari rakyat. 

Walaupun, sudah berbagai cara digunakan Pakatan Pembangkang bagi mempromosikan 'Himpunan rakyat tolak penipuan SPR' dalam media alam maya namun respon yang diberikan amat menduka citakan. 

Himpunan ini dibuat semata-mata mahu membantah usul Rang Undang-Undang Persempadanan semula yang bakal dibentangkan oleh kerajaan di parlimen. 

Pendek kata, petanda ini adalah satu mesej jelas dari rakyat yang menolak untuk hadir perhimpunan ini dan tidak mengendahkan saranan yang dibuat oleh pakatan pembangkang kerana rakyat sudah jemu dengan pakatan pembangkang yang hanya sibuk berpolitik daripada memperjuangkan masalah rakyat.

Tuesday, 27 March 2018

SKANDAL BANGLO TANPA KOLAM LIM GUAN ENG PENUH TANDA TANYA!






Isu banglo Lim Guan Eng di Jalan Pinhorne, Georgetown, Pulau Pinang kembali hangat apabila perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng bersama dengan peniaga Phang Li Khoon mula dibicarakan isnin lalu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. 

Rakyat sebenarnya mahu tahu hal sebenar kerana khuatir wujudnya penyelewangan kuasa dalam urusan jual beli rumah berkenaan. Sudah tentu rakyat juga tidak mahu seorang pemimpin yang menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadinya. 

Malah seorang penilai hartanah mengesahkan ahli perniagaan, Phang Li Koon membeli lot tanah dan banglo di No. 25, Jalan Pinhorn di sini dengan harga yang munasabah RM2.5 juta. 

Rumah yang terletak di George Town itu kemudiannya menjalani proses ubah suai yang menelan belanja yang besar, ianya telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun 2009. 

Lim Guan Eng melalui laman sosial Twitternya sudahpun mengaku membeli 10,150 sq. ft. tanah berserta binaan rumah banglo. 

Lim Guan Eng turut mendakwa harganya murah disebabkan tiada kolam renang dan rumahnya lama. Sama ada adanya kolam renang ada tidak seperti dakwaannya tidak menjadi persoalan. Begitu juga jualan ‘subsale’ tidak bermakna harga jualan menjadi lebih murah daripada harga pasaran. 

Malangnya Lim Guan Eng sebenarnya terlupa dengan fakta di bawah: 

1. Harga tanah sebanyak RM270 sq. ft. di tanah utama Pulau Pinang adalah tidak masuk akal dan terlalu murah. 

2. Rumah yang telah mengalami proses pengubahsuaian oleh pemilik asal dijual dengan lebihan RM300,000 sahaja berbanding harga asal pada 2008 iaitu RM2.5 juta. 

3. Semakan rambang mendapati harga nilaian rumah berkenaan untuk harga jualan adalah senang-senang boleh dapat sekitar RM6.5 juta. 

Jika Mantan Menteri Besar Selangor dipenjara setahun akibat membeli rumah banglo yang harganya di bawah harga pasaran, jesteru itu, dalam hal ini juga sepatutnya tidak ada sikap pilih kasih untuk tidak mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang ini. 

Apa yang jelas melalui perbicaraan yang diadakan ini lebih banyak maklumat dan pendedahan akan terungkai sekaligus membuka pekung di dada Lim Guan Eng! 

JANGAN GADAI KEAMANAN NEGARA KEPADA PAKATAN KERANA NEGARA AKAN HANCUR DALAM TEMPOH 2 TAHUN




Malaysia dijangka akan hancur dalam tempoh dua tahun sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP mengambil alih pemerintahan negara.

Andaian tersebut dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk manifesto gabungan pembangkang itu yang tidak memberi penekanan terhadap visi negara.

Lihat sahaja kepada manifesto Pakatan Harapan sudah cukup. Manifesto itu tidak menekankan kepada visi negara mahupun membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. Banyak perkara yang bercanggah dan berkaitan kepentingan peribadi.

Apakah tujuan sebenar Pakatan Harapan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri selama ini? Bukankah ia dilihat bersifat dendam dan marah!.

Sebenarnya, sebarang kesilapan sepatutnya diperbetulkan menerusi cara yang tidak menghancurkan masa depan negara. Kita sudah mendapat kesenangan, bukankah kita patut memberi kesenangan yang lebih banyak kepada cucu-cicit?.

AZMIN LAYAK DIGELAR “BACUL” KERANA CUMA MEMILIH MEDIA” PENJILAT” PH UNTUK HADIRI SESI TAKLIMAT KES TANAH IJOK





Pada 26 Mac 2018 telah diadakan satu sesi taklimat berkenaan kes skandal rasuah tanah di Ijok. Ianya telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diketuai sendiri oleh Menteri Besar Selangor iaitu Azmin Ali. 

Sebelum bermulanya sesi taklimat tersebut telah berlakunya satu insiden dimana ada segelintir pihak media yang tidak dibenarkan untuk menghadiri sesi taklimat itu. Antara pihak media yang telah diusir keluar ialah News Straits Times Press (NSTP), Utusan Malaysia, RTM, TV3 dan juga BERNAMA. 

Hal ini secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa mereka hanya membenarkan media-media Pro-Pembangkang sahaja untuk hadiri sesi taklimat tersebut. Sinar Harian, The Star, The Sun, Malay Mail, The Edge dan juga Astro Awani adalah antara media yang telah dibenarkan masuk. 

Ia sekaligus menunjukkan Azmin Ali adalah seorang Menteri yang “bacul” kerana beliau tidak berani untuk berdepan dengan media yang tidak sehaluan dengannya. Beliau seolah takut pada bayang-bayangnya sendiri. 

Jika kebenarannya adalah anda tidak terlibat di dalam skandal kes tersebut dan anda tidak bersalah, mengapa anda seolah-olah mahu berselindung seperti takutkan segala tipu helah anda bakal dihidu di kemudian hari nanti. 

Kejadian ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa salah satu manifesto Pakatan Harapan(PH) iaitu bakal mengamalkan konsep media bebas tidak akan dilaksanakan oleh PH sekiranya mereka memerintah Negara nanti. Ternyata PH hanya membentangkan manifesto-manifesto mereka untuk dijadikan gula-gula serta janji-janji manis yang mereka tidak akan tunaikan. 

Berkemungkinan besar juga janji 100 hari pertama pakatan seperti yang telah di hebohkan sebelum ini hampir pasti akan gagal. Ini kerana PH seperti tidak serius dan tidak ada usaha untuk merialisasikan janji-janji tersebut sementara mereka masih lagi sibuk untuk memburuk-burukkan kerajaan. 

Sebagai seorang Menteri Besar beliau sepatutnya lebih bersifat lebih terbuka serta perlu lebih profesional. Beliau perlu menjaga reputasi beliau sebagai seoarang menteri dan juga ahli politik dengan baik kerana rakyat telah memberi mandat kepada beliau untuk mentadbir Selangor dengan baik dan telus. 

Tindakan Azmin juga bakal membuatkan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadapnya kerana mereka malu dan kecewa kerana memiliki seorang Menteri Besar yang pengecut. Kes Tanah Ijok ini sepatutnya mendapat liputan yang luas oleh media kerana ia adalah antara isu-isu yang telah mendapat perhatian bukan sahaja di Selangor malah di seluruh Malaysia. 

Seorang pemimpin yang baik perlu mempunyai jiwa yang besar dan kental dalam menghadapi apa jua kritikan dari rakyat. Sebagai contoh yang baik adalah Datuk Seri Najib Razak dimana pembangkang cuba untuk menjatuhkannya dengan fitnah-fitnah yang hebat beliau tetap menjalankan tanggunjawab beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Ternyata kecekalan hati beliau telah membuahkan hasil apabila telah banyak pembaharuan yang telah beliau lakukan terhadap Negara kita Malaysia. 

AZMIN ALI MENTERI BESAR PALING GAGAL DALAM ERA PENTADBIRAN SELANGOR






Krisis yang melanda Selangor sejak kebelakangan ini jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran PKR di bawah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang gagal melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Besar dengan baik. 

Lihat saja krisis bekalan air terawat yang telah menjejaskan kira-kira 2.5 juta rakyat di kawasan Lembah Klang baru-baru ini. Krisis ini dianggap antara kegagalan terbesar dalam tempoh 10 tahun pentadbiran PKR Selangor. 

Malah kegagalan kerajaan ne­geri menyelesaikan proses pengambilalihan Splash (Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd.) kerana didakwa membuat tawaran harga berlebihan daripada kos sebenar terus menghantui rakyat Selangor. 

Selain itu, 9 lagi kegagalan Menteri Besar Selangor dalam mentadbir Selangor adalah membabitkan soal pendidikan, kedudukan agama Islam, perumahan rumah rakyat, amalan tadbir urus yang baik, pengurusan anak-anak syarikat, kos sara hidup, pembangunan belia, kesihatan dan sosial rakyat. 

Dalam isu pendidikan sebagai contoh, kerajaan negeri Selangor gagal melaksanakan janji pendidikan percuma kepada rakyat, sama ada melibatkan Sekolah Agama Rakyat ataupun institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti Universiti Selangor (UNISEL). 

Institut pengajian tinggi milik kerajaan negeri difahamkan berhadapan dengan masalah kewangan, menanggung beban hutang selain gagal menarik jumlah kemasukan pelajar yang ramai. Begitu juga dengan nasib serta kebajikan guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) yang masih gagal dibela sepenuhnya oleh kerajaan negeri. 

Sedangkan janji pendidikan percuma itu terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan janji sama sekali lagi diulangi dalam manifesto Pakatan Harapan untuk PRU-14 yang dilancarkan pada 8 Mac lalu. Di sini jelas, Pakatan Harapan cuba mengaburi rakyat dengan mengulangi manifesto yang tidak pernah mereka tunaikan selama ini. 

Lebih dasyat lagi, Kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin juga gagal menunjukkan contoh pelaksanaan tadbir urus yang baik apabila sehingga kini masih takut untuk melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Sebaliknya, pentadbiran kerajaan negeri kini terpalit dengan pelbagai skandal termasuk isu tanah di Kampung Sungai Yu, penjualan 880 hektar tanah di mukim Ijok dan pengendalian dana di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang semuanya kini dalam siasatan SPRM. 

Kegagalan sama turut berlaku dalam soal penyediaan perumahan mampu milik kepada rak­yat. Bagaimana kerajaan negeri khususnya Menteri Besar boleh mendabik dada kononnya berjaya menyelesaikan masalah itu sedangkan 9 projek di bawah Skim Perumahan Sela­ngorKu sebelum ini terpaksa dibatalkan? 

Kerajaan negeri juga gagal memastikan penyelenggaraan kemudahan perumahan rakyat sehinggakan KPKT (Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) tampil dan campur tangan dalam menyelesaikan sebahagian besar masalah penduduk yang terlibat di Selangor. 

Realitinya inilah cara dan gaya pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Azmin Ali yang hanya indah khabar dari rupa. Selama ini Azmin Ali hanya pandai memomokkan cerita-cerita bahawa Selangor adalah negeri terbaik di bawah Pakatan Harapan. Hakikatnya kelemahan dan kegagalan pentadbiran Azmin Ali sebenarnya ditutup pemimpin mereka sendiri yang tidak mahu mendedahkan hal sebenar kepada rakyat. 

Jelas sekali kerajaan Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali merupakan kerajaan yang paling gagal setakat ini berbanding dengan pencapaian Menteri-Menteri Besar terdahulu termasuk Bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Monday, 26 March 2018

GUAN ENG BAKAL HABISKAN SISA HIDUPNYA DI PENJARA DAN HILANG KELAYAKAN BERTANDING DI PRU-14 NANTI





Lim Guan Eng iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang bakal menghadiri perbicaraan kes skandal rasuah bangalo mewah yang dimiliki olehnya. Ia akan diadakan selama 23 hari di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang akan dimulakan pada 26 Mac sehingga 25 Mei. 

Tentu sekali keputusan kes ini sangat dinanti-nantikan oleh banyak pihak kerana skandal ini telah menjadi isu yang hangat di seluruh media sebelum ini. 

Perbicaraan itu membabitkan pertuduhan terhadap Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, berhubung pembelian banglonya yang didakwa di bawah harga pasaran dan penukaran sebidang tanah. Seramai 40 saksi akan dipanggil pihak pendakwaan, dengan sekurang-kurangnya lima saksi dipanggil dalam satu hari. 

Jika Lim Guan Eng disabitkan kesalahan maka beliau akan dipenjarakan. Ia sekaligus akan menafikan hak beliau untuk bertanding pada PRU-14 yang bakal berlansgsung tidak lama lagi. Namun situasi ini pasti akan digunakan oleh pihak pembangkang untuk memanipulasi keadaan ini sebagai satu sabotaj pihak kerajaan terhadap pembangkang untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap mereka. 

Terbaru Guan Eng telah membuat kenyataan bahawa beliau sangat bimbang pada keluarganya sekiranya beliau akan disabitkan kesalahan nanti. Hal ini secara tidak langsung telah menguatkan spekulasi bahawa beliau mengakui telah terlibat didalam kes skandal rasuah ini. 

Bagi pertuduhan pertama, beliau telah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, untuk mendapatkan kepentingan kepada diri sendiri dan isterinya dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem Sdn Bhd bagi menukar tanah pertanian menjadi tanah kediaman. 

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. 

Bagi pertuduhan kedua pula, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah di Jalan Pinhorn daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, yang berada di bawah nilai pasaran hartanah berjumlah RM4.27 juta. 

Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Kebenaran pasti akan muncul dan jika beliau disabitkan kesalahan adalah kerana kesilapan beliau sendiri bukanlah kerana campurtangan pihak kerajaan didalam menjatuhkan hukuman. Kita perlu mengelakkan diri dari memberi sokongan kepada parti yang tidak pernah putus dengan kes rasuah kerana ia secara tidak langsung bakal memberi kesan terhadap Negara.

PAKATAN HARAPAN KETANDUSAN MODAL POLITIK & KINI JADI BADUT POLITIK




Pakatan Harapan ter­nyata sudah ketandusan modal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Setelah manifesto tidak mendapat sambutan rakyat, pendaftaran pula jadi kelam kabut manakala dua negeri di bawah pemerintahan mereka berhadapan dengan pelbagai skandal maka mereka terpaksa mengungkit isu basi bagi menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Mereka bukannya mahu membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat tetapi sudah kemaruk kuasa. PRU-14 adalah peluang terakhir untuk mereka memerintah Malaysia. Sebab itulah mereka bersedia menjadi manusia hipokrit dan sanggup melakukan apa saja demi survival politik mereka. 

Kalau benarlah pemimpin Pakatan Harapan terlalu mengambil berat soal berkaitan integriti, ra­suah dan salah guna kuasa serta sanggup menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kenapakah tindakan yang sama tidak dilakukan dalam kes-kes di Pulau Pinang dan Selangor? 

Paling melucukan apabila melihat gelagat Tony Pua dan Rafizi Ramli yang bagaikan ‘badut’. Begitu seronok ­menyerang kerajaan dalam isu 1MDB, Felda dan Tabung Haji tetapi terus kecut perut untuk bercakap soal skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang dan penjualan tanah di Ijok. Begitu juga portal-portal berita pro mereka. 

Oleh itu, tidak perlulah kita menghabiskan masa apatah lagi termakan umpan yang dilemparkan oleh ‘badut-badut politik’ dalam Pakatan Harapan. Biar sahaja mereka ‘meroyan’ siang dan malam dengan mempolitikkan isu berkaitan negara dan kerajaan. 

Di Pulau Pinang dan Selangor pun terdapat isu dan skandal berkaitan kepentingan rakyat, kenapa tidak bersuara? Tidak payah berbelit-belit bercakap soal 1MDB sedangkan dalam ‘rumah tangga’ sendiri penuh dengan skandal, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa. 

Tidak dapat dinafikan bahawa terlalu ramai ‘badut politik’ dalam Pakatan Harapan yang membangkitkan sesuatu isu bukan kerana menegakkan kebenaran tetapi sekadar mahu meraih sokongan politik memandangkan mereka sudah benar-benar ter­desak untuk memenangi PRU-14. 

Apabila mereka tahu laluan semakin sukar akibat kerjasama mereka yang cacamarba dan tiada arah tuju, mereka membangkitkan pula soal BN akan menipu dalam PRU-14. Kalau betul BN mahu menipu, kenapa perlu tunggu PRU-14 sedangkan situa­si PRU 2008 dan 2013 lebih getir termasuklah politik perkauman yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan? 

Ia bukan soal menipu atau tidak, tetapi soal pakatan tersebut tidak ada kredibiliti, integriti dan maruah politik. Kalau mereka ada kredibiliti, mereka tidak akan menerima Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kerana ini membuktikan mereka tidak memiliki pemimpin berwibawa menduduki jawatan itu. 

Tetapi itulah politik. Apabila perasaan kemaruk pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan untuk berkuasa sudah tidak mampu dikawal maka yang bertaraf negarawan pun bersedia menjadi ‘badut politik’ bersama pemimpin pakatan pembangkang demi untuk merealisasikan impian masing-masing.


Friday, 23 March 2018

SIFAT DENDAM DAN DENGKI AZMIN ALI TERSERLAH, KALI INI LENGAHKAN PENGAMBILALIHAN TANAH PEMBINAAN ECRL






Kerajaan negeri Selangor digesa memberi kerjasama segera berhubung pengambilalihan tanah untuk mempercepatkan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sudah dimulakan sejak November tahun lalu.

Perkara ini timbul setelah terdapat kesulitan bagi pembinaan projek itu di Selangor kerana ia melibatkan pengambilan tanah di kawasan padat penduduk serta bernilai tinggi. Walau bagaimanapun pihak kerajaan pusat sedia berunding bagi menjayakan pembinaan landasan ECRL tersebut.

Namun, apa yang kita tahu sikap Azmin Ali yang kerap berpolitik dalam beberapa isu sehingga menyusahkan orang lain adalah perkara yang selalu kita dengar. Namun kali ini, dia bukan hanya menyusahkan rakyat Selangor sahaja, akan tetapi Menteri Besar Selangor itu sebenarnya cuba menghalang kemajuan di 3 buah negeri di pantai timur Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Azmin Ali berdendam dengan Kerajaan Kelantan dan Terengganu kerana tidak mahu memberi muka kepada partinya untuk bertanding dan bekerjasama dengan Kerajaan PAS.

Pada masa yang sama Azmin Ali juga merasa terancam jika ECRL itu beroperasi kelak kerana dia tidak mahu hasil cukai dan pelaburan mereka yang mewah selama ini berkurangan kerana ECRL akan membuka banyak pelaburan di kawasan 3 negeri tersebut.

Nilailah sendiri bagaimana kedudukan rakyat Malaysia sekiranya sikap pembangkang seperti Azmin Ali ini memegang tampuk pemerintahan. Dia sudah tidak tahu menilai mana satu kepentingan peribadi, politik dan kebajikan untuk rakyat.

MISI 'KAMIKAZE' DAP BUAT ZAID IBRAHIM DI JB?


Ramai di antara kita sedar dan tahu latar belakang Zaid Ibrahim yang kini ahli DAP adalah seorang yang tidak berprinsip dan tiada pendirian.

Malah Zaid Ibrahim juga sudah tidak mendapat tempat dalam kalangan orang-orang Melayu kerana sikapnya yang liberal terhadap Islam dan kecenderunganya untuk bersikap biadap apabila mengeluarkan sesuatu isu.

Buat masa ini, Zaid Ibrahim sebenarnya hanya diperlukan DAP sebagai alat untuk mengaburi mata orang Melayu, kononnya DAP parti mewakili pelbagai kaum. DAP juga tahu bahawa Zaid Ibrahim hanya akan mendatangkan masalah kepada parti itu sendiri untuk jangka masa panjang.

Jesteru itu, tidak mustahil bagi parti DAP untuk meletakkan Zaid Ibrahim di Johor Bahru pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti kerana DAP mahu menjadikannya sebagai bahan uji kaji DAP di negeri Johor.

Dikhabarkan bahawa parti DAP mahu meletakkan Zaid Ibrahim di Parlimen Johor Bahru nanti untuk berdepan dengan penyandang Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad pada PRU-14 nanti.

Jelas sekali, ini adalah misi "kamikaze" DAP yang bertujuan untuk memperjudikan nasib calon Melayu DAP dengan meletakkan Zaid Ibrahim di kawasan yang tidak selamat manakala kerusi-kerusi selamat pula diberikan kepada pemimpin-pemimpin DAP utama mereka.

Pendek kata, orang Melayu dalam DAP hanyalah sebagai syarat untuk memenuhi keperluan parti itu bagi memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti DAP parti yang memperjuangkan hak pelbagai kaum.

Hakikatnya ianya bukan begitu, sebenarnya DAP hanyalah menjaga kepentingan dan hak kaum mereka sahaja oleh itu hanya kerusi selamat sahajalah yang akan diberikan kepada pemimpin-pemimpin kesayangan mereka sahaja.

Thursday, 22 March 2018

RAKYAT SELANGOR PERLU HUMBAN AZMIN ALI KE DALAM EMPANGAN KERANA TIDAK MAMPU BEZAKAN AIR MENTAH DAN AIR TERAWAT






Azmin Ali seolah telah memalukan diri sendiri apabila hujah-hujah beliau berkenaan margin simpanan air di Selangor dilihat begitu jahil kerana kurangnya ilmu. Kenyataan yang telah dibuat oleh Azmin itu sekaligus telah menunjukkan bahawa “pintu keluar” untuknya semakin terbuka luas.

Situasi Azmin kini seolah-olah beliau telah termasuk ke dalam jerat sendiri apabila sering memutar belit fakta akhirnya beliau sendiri termakan dengan kata-kata beliau. Fakta yang beliau berikan lansung tidak menjawab kepada segala persoalan yang telah dibuat kepadanya.

Berbalik kepada persoalan yang ditujukan kepada Azmin bahawa berkenaan margin simpanan air di Selangor adalah 0%? Ini dilihat adalah antara punca mengapa Rakyat Selangor sering mengalami masalah gangguan air. 

Apa yang dimaksudkan dengan margin simpanan air kosong peratus ialah air terawat yang dihasilkan menerusi loji rawatan air yang hanya cukup-cukup untuk diagihkan kepada pengguna menerusi paip. Tidak ada stok air lebihan untuk disimpan dalam tangki besar di kawasan perumahan atau perindustrian.

Azmin dengan yakin telah mengajak semua Menteri-Menteri dan KSU untuk melihat empangan air di Selangor yang margin airnya adalah 90% ke atas. Secara logik akalnya, siapa yang mahu minum air empangan? Air di kesemua empangan yang dinyatakan Azmin adalah air mentah yang masih belum dirawat.

Yang rakyat mahu tahu adalah margin air yang telah dirawat, bukan air empangan. Jelas sekali margin air terawat di Selangor masih lagi “Sifar” . Azmin didalam kenyataannya lagi, beliau mahu menghumban semua Menteri-Menteri dan juga KSU ke dalam empangan tersebut kerana menurutnya margin air bagi fahamannya bukanlah kosong peratus.

Menteri Besar Selangor ini sebaiknya terus terjun ke dalam empangan tersebut kerana beliau telah gagal menguruskan bekalan air di Selangor dengan sebaiknya. Sebagai seorang Menteri Besar anda seharusnya lebih bijak dalam melemparka kata-kata atau mengeluarkan fakta. Jelas Azmin tidak mampu untuk berbuat sedemikian.

Satu demi satu kegagalan yang telah dikecapi oleh Azmin Ali sebagai contoh yang paling dekat adalah skandal tanah di Ijok yang jelas beliau sebagai Menteri Besar telah menipu rakyatnya. Semoga pada PRU-14 nanti Selangor akan dikembalikan kepada Barisan Nasional yang jelas adalah sebuah kerajaan yang paling diyakini di Malaysia.






BURUK PADAHNYA PERCAYA KEPADA DAKYAH & BERITA NEGATIF. MENGAPA PERLU ADANYA AKTA CEGAH BERITA PALSU!


Suatu ketika dahulu, isu Tabung Haji menjadi satu isu hangat di negara ini disebabkan dakwaan negatif seorang pemimpin pembangkang terhadap tahap kewangan dan prestasi perbadanan berkenaan. 

Tindakan membabi buta pemimpin pembangkang tersebut telah menjejaskan reputasi perbadanan itu sehingga menyebabkan ramai pendeposit mengeluarkan wang mereka secara mendadak yang akhirnya meninggalkan kesan kepada para pendeposit itu sendiri. 

Pemimpin berkenaan telah menyampaikan fakta yang tidak tepat dan boleh mengelirukan serta menakutkan para pendeposit. Seramai 3,954 pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menutup akaun mereka pada 2016 berpunca daripada berita negatif yang disebarkan secara 'online'. 

Lebih membimbangkan, seramai 3,105 daripada jumlah itu hilang kelayakan menunaikan haji serta tahun giliran menunaikan haji. Ini semua disebabkan kerenah seorang individu tidak bertanggungjawab yang sering ‘menyerang’ Tabung Haji. 

Tohmahannya itu menyebabkan harapan lebih 3,000 umat Islam menunaikan ibadah haji hancur begitu sahaja. Dimaklumkan akibat tindakan itu, pendeposit perlu mendaftar semula jika ingin menunaikan haji dan perlu menunggu tempoh lebih lama. 

Sudah pasti perkara ini merupakan satu isu yang sangat merisaukan. Mengapakah mereka mudah terpengaruh dengan berita-berita negatif sebegitu dan menutup akaun di Tabung Haji. Bukankah ibadah haji itu jauh lebih penting daripada fitnah yang menimbulkan persepsi tentang keselamatan simpanan di Tabung Haji? 

Bukankah simpanan di Tabung Haji itu berlandaskan konsep Al-Wadiah Yad-Dhamanah iaitu simpanan pendeposit dijamin 100 peratus oleh kerajaan? Haruskah kita mengabaikan tanggungjawab sebagai Islam oleh kerana mudah mempercayai mainan politik? 

Amat sedih apabila melihat Tabung Haji dijadikan mainan politik. Tabung Haji sepatutnya dilihat sebagai sebuah institusi mulia yang dikagumi masyarakat antarabangsa. Jangan mudah terpengaruh dengan berita-berita palsu dan negatif. Kaji dan nilai dahulu setiap berita-berita yang diperolehi untuk memastikan kesahihannya agar ianya tidak mendatangkan mudarat kepada kita. 



Wednesday, 21 March 2018

AURA REFORMASI PKR MAKIN TENGGELAM, PKR SEMAKIN LESU DI SELANGOR!




Seramai 250 ahli PKR di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang mengumumkan keluar parti hari ini kerana tidak berpuas hati dan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti. 

Kumpulan berkenaan diketuai bekas Naib Ketua Cabang PKR Klang, Mohd Fuzi Abd Ranee. Mereka yang rata-ratanya penduduk setempat menyifatkan usaha dilakukan sejak menyertai parti itu tidak dihargai oleh kepemimpinan parti. 

Tindakan keluar parti ini dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dengan pelbagai karenah birokrasi parti. Lebih malang lagi ada di antara mereka terpaksa menggunakan dana sendiri dengan meminjam daripada mereka yang berniaga, semata-mata untuk membantu parti memenangi pilihan raya. 

Jelas di sini, walaupun PKR sudah menjadi kerajaan negeri di Selangor, ramai lagi masih tidak nampak keseriusan Kerajaan Negeri PKR dalam membantu meningkatkan taraf hidup penduduk khususnya orang Melayu di Selangor. 

Ramai yang memilih untuk keluar parti PKR kerana sudah tawar hati dengan parti itu. Segala usaha mereka pada dua pilihan raya sebelum ini dianggap sia-sia. 

Mereka yang berjuang bermati-matian bagi membolehkan dua calon PKR menang di kawasan itu sejak tahun 2008, namun kedua-dua mereka gagal memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 

Kali ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mereka nekad untuk tidak membantu PKR kerana kekecewaan mereka terhadap parti itu sudah terlalu tinggi. Kumpulan yang keluar parti ini sudah tiada jiwa lagi untuk membantu PKR,. 

Tindakan sedemikian dibuat menjadi bukti jelas bahawa kerajaan negeri gagal menangani beberapa isu membabitkan masalah rakyat sehingga menyebabkan ahli parti itu sendiri hilang kepercayaan. 

Tiga isu utama di Selangor iaitu air, perumahan dan sampah masih gagal ditangani di negeri ini, ia benar-benar membawa malapetaka kepada rakyat dan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap corak kepimpinan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dalam membangunkan Selangor. 

PENDEKATAN INDONESIA MEMERANGI AKTIVITI LGBT BOLEH DICONTOHI MALAYSIA






Rimas apabila kita melihat perilaku pondan, mak nyah dan lelaki lembut berlegar-legar di ruang media sosial, kaca TV dan dikhalayak ketika kita sedang beristirehat atau bersiar-siar bersama keluarga.

Pemandangan kita akan tertumpu kepada sikap dan gerak geri transgander ini walau sebenarnya kita sebagai rakyat patut menegur mereka untuk kembali ke pangkal jalan untuk menjalani lumrah kejadian Allah s.w.t.

Mungkin pendekatan yang digunakan oleh Kerajaan Indonesia patut dicontohi Kerajaan atau pihak berkuasa Malaysia terutamanya JAKIM. Di Indonesia, mereka segala tayangan dari segi filem dan drama yang mempunyai unsur-unsur LGBT dilarang penontonannya di kaca TV.

Tidak cukup dengan itu, pihak berkuasa Indonesia juga melarang slot program dan iklan yang memaparkan tingkahlaku puak-puak LGBT ini daripada disiarkan di mana-mana medium pengiklanan. Alhamdulillah dengan cara ini mereka dapat mencegah dan mengelakkan anak-anak muda dari terpengaruh dengan budaya songsang tersebut.

Sebenarnya Kerajaan Indonesia begitu teliti apabila menguatkuasakan sesuatu dasar. Mereka juga memadamkan emoticon atau icon yang terkandung di dalam aplikasi Whatsapp yang mempunyai ciri-ciri LGBT seperti gambar dan lambang atau logo yang sering digunakan oleh golongan LGBT ini bila bersosial antara mereka.

Perkara yang penting dicontohi oleh Kerajaan Malaysia adalah menyekat laman web yang menyiarkan pornologi dan aplikasi Thumblr yang cukup famous menyiarkan gambar bogel remaja serta perlakuan seks secara bebas anak-anak Melayu dan seluruh dunia.

Jika merujuk kepada potongan hadith:-

Ibn Mas’ud mendengar seorang lelaki berkata, “Binasalah sesiapa yang tidak menyuruh kepada kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran.” Lalu Ibnu Mas’ud berkata, “Binasalah sesiapa yang tidak mengenali makruf dan mungkar dengan hatinya.”

Seseorang yg tidak mampu mencegah kemungkaran dgn tangan dan lisannya kerana kelemahan iman, maka dia terlepas dari kewajiban sekiranya dia mencegah dengan hatinya.

Ibn Mas’ud berkata lagi, “Akan ada dikalangan kamu mereka yang panjang umurnya dan sempat melihat kemungkaran yang tidak mampu diubahnya kecuali Allah mengetahui bahawa hatinya benci kepada kemungkaran tersebut.”

MASA DEPAN PENJAWAT AWAM LEBIH TERJAMIN BERSAMA KERAJAAN SEDIA ADA


Baru-baru ini gempar dalam satu forum yang dihadiri oleh Mukhriz Mahathir, beliau ada menjelaskan bahawa jika Pakatan Harapan memerintah antara perkara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pemerintahan mereka adalah dengan memecat pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang sedang berkhidmat.

Antara yang menjadi sasaran beliau adalah Ketua Polis Negara, Panglima ATM, KSU, Ketua-Ketua jabatan dan penjawat awam yang berkhidmat dengan parti Barisan Nasional selama ini.

Ini adalah kali kedua pemimpin Melayu mengancam untuk memecat dan mengurangkan penjawat awam. Sebelum ini Nurul Izzah juga pernah memberi amaran bahawa penjawat awam akan dikurangkan jumlahnya sekiranya Pakatan Harapan memerintah.

Mereka yang terlalu lantang mengkritik penjawat awam ini sebenarnya lupa atau tidak sedar bahawa bangsa Melayu lah yang banyak memegang jawatan penting di dalam sektor awam selama ini. Mereka ini jugalah yang menggalas tanggungjawab untuk melaksanakan dasar kerajaan dan sanggup membanting tulang bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Adakah Mukhriz dan Nurul Izzah mahu merealisasikan hasrat DAP yang mahu menukar semua pegawai tertinggi kerajaan terutamanya ketua bahagian keselamatan iaitu dari PDRM dan ATM dengan bangsa Cina yang berideologikan pemerintahan DAP?

Tony Pua, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin DAP memang jelas matlamat mereka mahu mengurangkan jumlah penjawat awam dengan alasan jika jumlah penjawat awam terus dikekalkan, kerajaan akan terus terbeban seterusnya meningkatkan perbelanjaan negara.

Adakah kewujudan penjawat awam membebankan selama ini? Adakah mereka boleh jadi kaya raya kerana makan gaji?

Adakah bangsa lain selain bangsa Melayu sanggup bersusah payah menggadaikan nyawa, menghabiskan masa serta tenaga mereka untuk memastikan segala urusan rakyat dapat diselesaikan dengan mudah dan teratur?

Kalau ada bangsa lain pun hanya dalam jumlah yang kecil dan merekalah yang sebenarnya permata yang rakyat perlukan bagi memenuhi kuota non bumiputera untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

Tuesday, 20 March 2018

BUDAYA PARTI DAP, SUKA LOMPAT KAWASAN SETIAP KALI PILIHAN RAYA!


DAP adalah sebuah parti yang hanya pandai bermain mulut dan mengambil kesempatan ke atas sesuatu isu dan perkara. Tidak mustahil juga amalan tradisi untuk melompat dari satu kawasan ke kawasan baru setiap kali pilihan raya berlangsung akan dipratikkan oleh wakil rakyat DAP. 

Perkara ini bagaikan 'tradisi turun-temurun' DAP yang menjadi amalan mereka sejak dahulu demi memastikan hayat politik calon-calon mereka terus bernyawa selama mungkin. 

Belum sempat sejuk berita Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin akan 'berubah angin' bertanding di Johor untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang, timbul lagi berita melibatkan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim yang dikhabarkan akan bertanding di Kuala Kubu Bharu dan Sungai Pelek. 

Ada-ada sahaja pemimpin DAP yang suka 'lari' apabila mendapati mereka tidak berjaya berkhidmat dengan baik di kawasan masing-masing, jadi sebelum mereka 'dihukum', lebih baik mereka beredar segera. 

Mereka cuba membaca pemikiran politik pengundi Cina. Mereka fikir pengundi Cina akan pangkah mana-mana sahaja calon yang membawa logo DAP, sebab itu mereka berani tukar kawasan dengan kerap. 

Sebenarnya mereka terperangkap dalam permainan politik mereka sendiri. Semasa berkempen mereka beri bermacam-macam janji tetapi setelah menang, mereka tidak berjaya untuk lunaskan semua. Maka sebagai jalan pintas, mereka lari ke kawasan lain. 

Jelas di sini amalan ini merupakan warisan daripada permainan 'politik sarkas' Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Lim Kit Siang sendiri suka bertukar-tukar kawasan. Bak kata pepatah melayu, "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari". 



SHAFIE APDAL MENGAKU BAHAWA ISU GST DIGUNAKAN PEMBANGKANG HANYA UNTUK MELANCARKAN POLITIK KEBENCIAN TERHADAP KERAJAAN






Isu GST sering dimainkan dan dijadikan modal oleh pihak pembangkang untuk melahirkan sifat benci terhadap kerajaan. Hal ini kerana isu sebegini adalah yang paling dekat dengan rakyat oleh kerana pembangkang akan cuba membuat spekulasi bahawa kos sara hidup di Negara ini telah naik mendadak adalah kerana perlaksanaan cukai GST. 

Antara nama pembangkang yang dilihat begitu lantang bersuara mengenai isu GST adalah Mohd. Shafie Apdal iaitu Presiden Parti Warisan Sabah. Beliau cuba memainkan isu GST ini berulang kali dengan menyatakan bahawa kerajaan melaksanakan cukai GST hanya untuk mencuri duit rakyat. Hal ini sekaligus membuatkan rakyat beranggapan bahawa GST ini hanyalah sebagai beban kepada mereka. 

Namun, jika dilihat kembali semasa Shafie Apdal masih memegang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau telah mengakui bahawa GST ini adalah langkah bijak kerajaan untuk terus memacu ekonomi Negara ke arah Negara yang setaraf dengan dengan Negara – Negara maju luar. 

Beliau juga mengakui bahawa pembangkang akan memainkan isu GST ini berulang kali hanya untuk memupuk sifat membenci kerajaan sahaja. Mereka akan mengatakan rakyat akan terus terbeban dengan wujudnya GST di Negara ini. Semasa beliau masih bersama UMNO beliau juga percaya GST mampu meningkatkan pendapatan Negara kerana GST bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia malah lebih 160 buah Negara telah melaksanakannya di Negara mereka. 

Apa yang menghairankan adalah selepas sahaja Shafie Apdal menjadi pembangkang kepada kerajaan, beliau telah melakukan perkara yang sama seperti yang telah beliau nyatakan sebelum ini. Secara tidak langsung ini membuktikan isu GST hanyalah dakyah pihak pembangkang untuk terus mengelirukan rakyat. 

Kita seharusnya sedar bahawa Negara kita di dalam landasan terbaik untuk menjadi antara Negara maju di dunia di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Razak. Kita jangan sesekali mudah terpedaya dengan agenda pihak pembangkang yang hanya mahu mengelirukan rakyat sahaja. Semoga Malaysia akan terus maju di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...