Monday, 2 April 2018

PKR IBARATKAN PAS SEBAGAI PARTI PEROSAK NEGARA


Bak kata pepatah Melayu, 'Habis madu sepah dibuang'. Ini adalah perumpamaan yang paling sesuai digunakan ke atas parti PKR yang jelas menampakkan sikap parti itu yang tidak kenang budi.

Suatu ketika dahulu PAS banyak membantu PKR khususnya dari segi jentera ketika menghadapi pilihan raya sebelum ini. Kini, PKR tidak mengenang budi malah menghina parti PAS dan perjuangan parti itu yang kini menentang Pakatan Harapan.

PKR kini seolah-olah melupakan segala jasa PAS selama ini, dalam satu siri ceramah Pakatan Harapan sempena Himpunan Jelajah Pakatan Harapan Perlis di Gunung Medan, Utan Aji Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam ceramahnya sanggup menghina parti Islam itu.

Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan menasihatkan dan memberitahu rakyat supaya jangan bersama parti yang merosakkan negara iaitu PAS.

Kata Wan Azizah, PKR terhutang budi pada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan PAS yang banyak menolong. Sekarang jangan lagi bersama mereka (PAS) yang merosakkan negara.

Dalam ceramah tersebut, Wan Azizah merayu kepada seluruh rakyat untuk menolak parti yang menentang Pakatan Harapan.

Perbuatan Wan Azizah seolah-olah bagaikan meludah ke langit dan terkena muka sendira apabila beliau seolah-olah melupakan apa yang dilakukan Dr. Mahathir terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata disebabkan kepentingan politik.

Kini Wan Azizah sanggup bersekongkol dengan musuh tradisinya demi politik dan sanggup menentang parti PAS yang suatu ketika dahulu membantunya. PKR kini lebih selesa berurusan dengan DAP dan PPBM pimpinan Dr. Mahathir berbanding PAS yang kini bagaikan sampah buat Wan Azizah.









No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...