Tuesday, 30 January 2018

HEW KUAN YAU PERNAH KUTUK MAHATHIR KINI BERPURA-PURA BERI SOKONGAN PULA



Kuan Yau mengumumkan keluar DAP selepas kontroversi beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

Tapi sebenarnya dia tidak meninggalkan DAP 100%.

Kini dia dilantik menjadi menjadi tenaga pengajar di pejabat DAP Pusat dan Sekolah Demokrasi tajaan DAP untuk mengembangkan strategi jahatnya.

Selain itu tag line "SKREW MELAYU" yang dilaungkannya selama ini untuk menjatuhkan kaum Melayu dalam propaganda yang dilakukannya turut diteruskan apabila dia berpura-pura menyokong keberadaan Mahathir di dalam Pakatan Harapan.

Kuan Yau juga sebenarnya mahu mempergunakan Mahathir yang diangkat menjadi PM Interim PH bagi menyerang hak dan kepentingan orang Melayu yang dijaga rapi oleh Umno dan Barisan Nasional selama ini.

Perlu diingat sokongan DAP kepada Mahathir dan parti-parti Melayu yang berada di dalam PH adalah bersifat plastik dan bersifat kepura-puraan.

Monday, 29 January 2018

PPBM HANYA DIBERI 6 KERUSI DUN BERSTATUS “MALAP”



Pakatan Harapan telah mengadakan Konvesyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang diadakan di Seremban. Konvesyen yang turut dihadiri oleh Presiden PH, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng. Pada awalnya konvesyen tersebut berlansung dengan baik, namun setelah pengagihan kerusi di buat, situasi di dalam dewan tersebut menjadi kecoh.

Lebih kurang 40 orang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia melaungkan “pengagihan kerusi tidak adil“, ”boikot” dan “mana hak kami” sebaik sahaja Wan Azizah mahu menamatkan ucapannya.  Ahli-ahli PPBM tersebut telah menegaskan bahawa mereka menolak penjelasan yang telah dibuat oleh Mukhriz yang meminta mereka berkompromi dalam pengagihan kerusi yang akan ditandingi mereka pada PRU-14 nanti.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Saiffuddin Abdullah mengumumkan pengagihan 36 kerusi DUN iaitu 12 milik PKR, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh) dan PPBM (enam), manakala bagi Parlimen setiap parti mendapat dua kerusi.

PPBM hanya dijadikan sebagai eksperimen semata-mata. PPBM yang hanya diberikan 6 kerusi DUN yang dianggap sebagai kerusi berstatus “malap” kerana mereka sedar kesukaran untuk mencapai kejayaan hasil daripada keputusan PRU sebelum ini. "Semua kerusi yang diberikan iaitu Palong, Seri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang adalah 'kawasan hitam' iaitu kerusi yang tidak diinginkan parti lain. Kata Ketua Pemuda PPBM negeri, Mohd. S

harul Anuar Abu Samah.

Beliau juga berkata, keputusan berkenaan adalah berat sebelah dengan parti lain dalam gabungan pakatan pembangkang itu diagihkan dengan kerusi ‘lebih selamat’ meskipun ada antara DUN tertentu yang gagal dimenangi dalam tiga pilihan raya umum lalu.

Mohd Shahrul berkata, Mukhriz yang sempat berjumpa mereka bagi meleraikan kekecohan yang berlaku sebelum itu, Mukhriz telah memaklumkan kepada mereka yang pengagihan kerusi itu tidak akan berubah dan sudah muktamad. Mukhriz yang berada di dalam konvensyen itu pun tidak boleh beri sebarang kata putus. Mukhriz adalah pemimpin yang lemah. Beliau hanya menjadi pak turut sahaja seperti bapanya Mahathir.

Kesepakatan dalam sebuah organisasi adalah amat penting bagi menjamin keharmonian didalam organisasi tersebut. Disini kita boleh lihat bahawa PH tidak mementingkan aspek tersebut, apa yang dilakukan hanyalah semata-mata untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan politik masing-masing. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah memilih kerajaan yang mampu menjamin kesejahteraan Negara supaya negara Malaysia akan kekal menjadi negara aman dan makmur.


BARUA DAP AZIZ ISA : NEGARA HANCUR JIKA DI BAWAH BARISAN NASIONAL



Baru-baru ini barua DAP Aziz Isa membuat kenyataan kononnya negara akan hancur sekiranya rakyat terus mengekalkan pemerintahan UMNO-BN pada pilihan raya umum akan datang. 
Kenyataan Barua DAP Aziz Isa seolah-olah merujuk bahawa negara di bawah pentadbiran Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) semakin menuju kehancuran dan perlu diselamatkan dengan menukar kerajaan yang dipimpin dan ditadbir oleh Pakatan Harapan.

Rekod yang ada cukup membuktikan negara akan hancur dan musnah jika Najib dan Kerajaan Barisan Nasional kekal. Sedarlah rakyat janganlah kita memilih kerajaan korup kerana ia akan menyebabkan negara kita menghadapi masalah pada masa akan datang.

Kesimpulannya kita seharusnya sedar bahawa hanya apa yang diperkatakan oleh Barua DAP Aziz Isa ini semuanya hanyalah untuk menakut-nakutkan rakyat. Pastikan kita tidak terpedaya dan terpengaruh dengan Barua DAP ini. Pilihlah kerajaan yang betul-betul menjaga hak dan kebajikan rakyat, siapa lagi kalau bukan Barisan Nasional.

Friday, 26 January 2018

KETUA MENTERI DAN MENTERI BESAR PAKATAN HARAPAN TAK SAMPAI DUA PENGGAL MEMERINTAH DAH BANYAK MAKAN RASUAH


Banyak kali kita dengar penglibatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor yang dikaitkan dengan isu rasuah. Ada yang sedang dibicarakan dan ada kroni mereka yang sedang meringkuk di dalam tahanan kerana rasuah.

Tapi apabila kita mengungkap kata-kata Tun M yang menyatakan "Kalau lama sangat jadi Perdana Menteri nanti korup" ianya menjadi tanda tanya adakah pemerintahannya selama 22 tahun tiada satu pun kegiatan rasuah atau korup.

PM Najib baru menjawat jawatan nombor satu negara selama 9 tahun dan beliau sudah membuktikan bahawa dirinya mampu membawa Malaysia ke persada dunia. Hanya 9 tahun itu juga PM Najib terpaksa memperbetulkan pentadbiran negara akibat pentadbiran dan dasar yang tidak banyak menguntungkan negara.

Tidak perlu melihat jauh, tidak sampai dua penggal Ketua Menteri Pulau Pinang mentadbir Pulau Mutiara itu, dia sudah terpalit dengan gejala rasuah dan tadbir urus yang meragukan. Isu banglo dan isu terowong dasar laut menjadi tumpuan lensa sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Azmin Ali yang dilantik PAS sebagai Menteri Besar gantian pula sering melaksanakan dasarnya menggunakan proksi dan keluarga terdekat. Prinsipnya biar mereka yang ditangkap asalkan bukan dirinya. Azmin Ali sering terlepas dari pelbagai tuduhan rasuah walaupun netizen tahu perancangan tersebut bermula dan digerakkan oleh MB Selangor itu sendiri. Isu pasir Selangor amat dekat dihati pemerhati politik masa ini.

Kata-kata Tun M mengenai tempoh masa yang lama tidak perlu diukur selama 22 tahun. Hanya berpandukan 5 tahun sudah cukup menilai adakah pemimpin itu baik atau pemimpin yang dipilih itu hanya pandai main politik semata-mata. Kemudian pemimpin tersebut hanya pandai mengambil kesempatan harta benda kerajaan dan negara untuk kepentingan peribadi dan keluarga.

Tun M kena periksa orang disekelilingnya sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana orang disekelilingnya lebih teruk dari apa yang dia sangkakan selama ini.



JANGAN BERI PROJEK ATAU TENDER KERAJAAN KEPADA KRONI DAP


Dikatakan Taikun Koon Yew Yin yang mempunyai empayar perniagaan terbesar di Malaysia seperti IJM, MUDAJAYA dan GAMUDA penyumbang terbesar dana DAP di Malaysia.
Koon Yew Yin ini juga dikatakan menyumbang dana secara terus kepada DAP Perak dan parti Amanah Perak. Beberapa kali kenyataan yang dikeluarkannya kepada media cenderung kepada pembangkang.
Manakala kelibatnya pula seringkali hadir menyertai beberapa kempen dan aturcara Pakatan Harapan dengan memberi sumbangan secara terus atau secara berselindung kepada badan atau NGO yang berkaitan parti politik pembangkang di Perak dan Pulau Pinang.
Dulu semasa mereka mahu memulakan perniagaan, mereka mendapat tender dan kontrak terus dari kerajaan. Tetapi pada mereka meniti kejayaan dan sudah kaya kini mereka menghimpit kerajaan pula dengan menyalur dana kepada parti pembangkang terutamanya DAP.
Selepas ini kerajaan harus berhati-hati untuk memberikan projek atau tender kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan parti pembangkang. Kerajaan perlu menubuhkan suatu jabatan atau unit yang menganalisa maklumat perjalanan syarikat yang bakal diberi projek mega kerajaan agar tidak membawa kepada episod "tikam belakang" di kemudian hari.
Semoga apa yang berlaku akan menjadi iktibar dan taikun seperti Koon Yew Yin ini menjadi bilionaire pun disebabkan Tun M kerana bekas Perdana Menteri itu memang terkenal mengamalkan pentadbiran pilih kasih, kronisme dan nepotisme.
Pada zaman pemerintaha Tun M juga, beliau tidak mendahulukan kontraktor Melayu dan bumiputera kerana menganggap kontraktor Melayu malas dan tidak boleh berdikari serta tidak berdaya saing. Tun M lebih rela mengkayakan rakan perniagaan yang sedia ada dan bukan memberikan kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Thursday, 25 January 2018

SIAPA PERANGKAP SIAPA? TAWARAN PH DENGAN WARISAN MENGUNTUNGKAN SIAPA!


Isu tawaran kerusi Pakatan Harapan kepada Parti Warisan Sabah (WARISAN) jelas menunjukkan bahawa Pakatan Harapan mahu mendapatkan kerusi lebih banyak daripada WARISAN. Jika perkara ini menjadi kenyataan dan menguntungkan Pakatan Harapan maka WARISAN akan terus dikawal oleh Pakatan Harapan.

Sebagai tindak balas, WARISAN menyatakan keraguan terhadap kesahihan tawaran '60-40' Pakatan Harapan Sabah untuk kedua-dua parti pada Pilihan raya umum akan datang. Dalam hal ini, WARISAN ingin tahu sama ada formula 60-40 itu juga akan digunakan di kerusi kawasan bandar dan separa bandar, yang menurutnya merupakan kerusi yang dituntut DAP.

Jika formula 60-40 ini menguntungkan DAP dan komponen Pakatan Harapan yang lain maka ianya akan menjejaskan strategi WARISAN yang dilihat mahu menonjol dari Pakatan Harapan dan menguasai Sabah. Tidak mustahil juga WARISAN juga sebuah parti baru yang berselera besar dah inginkan kerusi yang banyak pada PRU akan datang.

Walau bagaimanapun, tawaran itu mengejutkan WARISAN kerana tiada perbincangan antara Pajatan Harapan dan WARISAN dibuat terlebih dahulu dan ianya diumumkan secara sepihak sahaja melalui media.

Wakil dari DAP, Stephen Wong, menyatakan bahawa Pakatan Harapan mahu WARISAN meletakkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka di 60 peratus kawasan kerusi di Sabah sementara memberi laluan kepada Pakatan Harapan meletakkan calon mereka di 60 peratus kerusi parlimen. Pendek kata, tawaran ini dilihat satu perangkap yang akan menjejaskan strategi WARISAN. Kita lihat siapa yang kena selepas ini jika WARISAN memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan!



POLISI EKONOMI MAHATHIR LEBIH MESRA KRONI & ANAK-BERANAK


Polisi ekonomi yang diguna pakai pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai tidak mencapai hasrat sebenar dalam membantu masyarakat Melayu untuk meningkatkan taraf hidup mereka ketika itu.

Polisi Dr. Mahathir lebih mesra kroni apabila projek-projek kerajaan diberikan kepada kroni-kroni dan anak beranaknya. Lihat saja kekayaan kroni-kroni Dr. Mahathir seperti Vincent Tan, YTL dan sebagainya. Anak-anak Dr. Mahathir juga kaya raya dan disenarai jutawan terkaya di Malaysia.

Tidak mustahil tindakan ini telah menyebabkan masyarakat Melayu terpinggir, sekali gus agenda untuk memperkasakan ekonomi Melayu dilupakan. Ini kerana polisi ekonomi Dr. Mahathir lebih menumpukan pada melahirkan jutawan serta globalisasi ekonomi dan bukannya memperkasakan golongan yang berpendapatan rendah dan bangsa Melayu. 

Berbeza pula apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah, beliau terpaksa membetulkan krisis yang dicipta oleh Dr. Mahathir itu dengan mengembalikan pelaksa­naan dasar pengstrukturan semula ekonomi bumiputera dalam Model Ekonomi Baharu (MEB). Jika Dr. Mahathir berkuasa kembali, tidak mustahil beliau akan mengembalikan polisi ekonomi yang beliau idam-idamkan untuk kepentingan kroninya dan anak-anaknya.




Wednesday, 24 January 2018

NAJIB DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERBAIK SEDIAKAN RUMAH KEPADA GOLONGAN SASARAN



Kita semua tahu memiliki rumah sendiri sudah pastinya menjadi impian dan harapan setiap orang. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu rakyat dari segenap lapisan golongan bagi memiliki rumah. Antara program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:

1. Program Perumahan Rakyat yang disewakan atau dijual pada harga amat rendah iaitu antara RM 35,000 hingga RM 42,000 dengan kos selebihnya dibiayai subsidi kerajaan terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah. 

2. Program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia disediakan dengan kerajaan membina rumah pada kos RM 65,000 iaitu subsidi kerajaan sebanyak RM 20,000 berserta subsidi-subsidi peratus kadar faedah pinjaman. 

3. Program Rumah Idaman Rakyat membina rumah atas tanah kurniaan kerajaan negeri atau persekutuan pada harga tidak melebihi RM 350,000 dengan jualan diutamakan yang diwujudkan bagi pembeli Orang Kelainan Upaya atau ibu tunggal. 

4. Bagi golongan berpendapatan sederhana (M40), kerajaan menyediakan projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA) yang dibina di kawasan strategik di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM 100, 000 hingga RM 400,000. 

5. Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang menyasarkan rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan yang ingin membeli rumah pertama mereka. Rumawip dijual pada harga daripada RM63,000 hingga RM300,00.

6. Kerajaan melaksanakan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), terutamanya penjawat awam berpendapatan rendah dan sederhana yang dijual pada harga antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit.
7. Kerajaan memperkenalkan pelbagai skim bagi membantu rakyat memiliki rumah, yang satu daripadanya ialah Skim Rumah Pertamaku bagi membantu golongan muda baru bekerja dengan pendapatan kurang RM5,000 untuk mendapat pembiayaan 100 peratus.

Kesimpulannya Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan program ini mencapai matlamatnya bagi membantu memastikan rakyat merealisasikan hasrat rakyat untuk memiliki rumah di seluruh negara.

SHAFIE APDAL, PRESIDEN WARISAN SABAH TELAH GURIS HATI 3 JUTA ANGGOTA RELA


Baru-baru ini tular di laman sosial, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Presiden Parti Warisan Sabah ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah, dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang didakwanya tidak mahir mengendalikan senjata api untuk penugasan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah itu telah menguris hati hampir tiga juta anggota Rela di seluruh ne­gara malahan dianggap menghina kredibiliti anggota sukarelawan tersebut.

Tindakan Mohd. Shafie mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan keupayaan serta peranan anggota-anggota Rela bukan sahaja dianggap tidak bertanggungjawab tetapi turut memperlihatkan bekas menteri Persekutuan itu seolah-olah tidak serius dalam memastikan keselamatan di Esszone.

Kini satu Malaysia heboh dan laporan Polis telah dibuat RELA satu Malaysia mendesak mendesak bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada jabatan berkenaan.

Jelas sekali apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie telah memberi impak tidak baik kepada Rela. Justeru, Jabatan Rela mendesak beliau untuk meminta maaf secara terbuka kepada Rela dan menarik balik kenyataannya yang didakwa sebagai menghina pasukan beruniform itu. Selain itu, Shafie Apdal juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua warga Rela kerana kenyataan biadapnya itu!




Tuesday, 23 January 2018

CELAKA MAHATHIR HINA GRADUAN



Mahathir tak habis-habis menghina siswazah yang jual nasi lemak dan pemandu uber, ada sahaja bahan yang ada pada pembangkang. Kenapa hendak buat semua penghinaan ini? Mahathir sedang jadi screw DAP dan Pakatan Harapan untuk mendapatkan undian dan sokongan Melayu, sehinggakan terpaksa menghina siswazah. Bolehkah dapat undian Mahathir ini dengan hanya menghina siswazah? Mahathir mendakwa kononnya kewujudan siswazah jual nasi lemak dan pemandu Uber petanda kegagalan kerajaan di negara ini. Kononnya siswazah yang menjual nasi lemak dan pemandu Uber menunjukkan keadaan negara yang memalukan kerana ada graduan terpaksa berniaga sebegitu rupa. 

Memang betul apa yang Mahathir katakan, kita bukannya mahu melatih siswazah jadi penjual nasi lemak ataupun pemandu Uber, tetapu ini perniagaan, nilai perniagaan Pemandu Uber dan penjual nasi lemak sangatlah menguntungkan. Ini satu perniagaan yang baik Mahathir, rasanya Mahathir tidak bodoh, tak akan tak tahu perkara berkenaan. Penjualan nasi lemak zaman Mahathir dan Najib sangat berbeza. Jual nasi lemak zaman dulu dan sekarang jauh berbeza, Kalau sekarang ini menjual nasi lemak akan mendapat pendapatan tinggi dan atas sebab itulah ramai yang berjinak-jinak dalam perniagaan jual nasi lemak. Pendapatan yang diperolehi juga lumayan. 

Jadi apa masalahnya kepada Mahathir jika graduan menjadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak? Kita ingat kalau kita ada segulung ijazah ataupun Master dari Institut Pendidikan Tinggi akan menjamin pekerjaan? Jawapannya tidak. Kalau kita memiliki segulung ijazah ataupun Master sekalipun kita tidak semestinya akan mendapat kerja. Malah ramai graduan di luar sana yang menganggur sedangkan mereka memiliki pendidikan tinggi. 

Kesimpulannya Mahathir seorang sahaja yang memperlekehkan graduan, mana tidaknya Mahathir perlekehkan graduan kerana anak-anak Mahathir sendiri tidak menjual nasi lemak dan jadi pemandu Uber. Bila sudah kaya dan jutawan, janganlah hina orang yang mencari rezeki yang halal dengan menjual nasi lemak dan jadi pemandu Uber.

PKR KATA PAS KHIANATI KERAJAAN SELANGOR BILA PAS MAHU TAWAN SELANGOR


PAS dianggap sebagai angkuh dan mengkhianati Kerajaan Negeri Selangor apabila menyatakan hasrat untuk memimpin negeri itu selepas PRU14 nanti. Bagi PKR kenyataan angkuh Presiden Parti PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dizahirkan di hadapan ratusan penyokong PAS pada himpunan Fastaqim di Shah Alam, bertujuan untuk menghancurkan keharmonian kerajaan yang telah terbina.

Kelmarin, Abdul Hadi memaklumkan bahawa PAS merancang untuk membentuk kerajaan di Selangor dan mengambil alih pemerintahan selepas PRU14 nanti. Sebagai reaksi balas kepada kenyataan ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membidas tindakan Abdul Hadi Awang yang menyebut tanpa selindung bahawa mereka ingin mengetuai pemerintahan kerajaan negeri Selangor selepas PRU14.

Tidakkah PKR Selangor sedar bahawa PAS sudah tiada hubungan politik dengan Pakatan Harapan (PH) kerana PKR sudah bersama gabungan parti yang diketuai DAP dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bagi PKR, Sudah sampai masanya PAS berundur secara terhormat daripada kerajaan negeri selepas Abdul Hadi menyatakan hasrat parti Islam tersebut.

Agak pelik dan janggal bahawa saranan AMK Selangor yang cuba menasihatkan PAS supaya mempertahankan pentadbiran sedia ada di Selangor selaras dengan hasrat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan keharmonian dan muafakat dalam kerajaan negeri itu. Ternyata desakan dan saranan itu menunjukkan PKR sangat terdesak kerana bukan saja menerima lawan UMNO malah akan berhadapan PAS pada PRU akan datang.



Monday, 22 January 2018

DAP MEMANG TIDAK PERNAH CUKUP, MINTA AMANAH GUNA LOGONYA DI JOHOR SEKIRANYA MAHU KERUSI LEBIH



DAP memang tidak boleh dipercayai dan mereka akan mempergunakan Melayu dan menghisap darah mangsanya sehingga tidak mampu bertahan.

Inilah yang berlaku di kem Pakatan Harapan di Johor. Amanah yang kita sedia maklum tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen di Johor yang dikatakan tidak adil dan berat sebelah. Amanah hanya diperuntukkan hanya 3 kerusi Parlimen di Johor berbanding rakan parti baru yang lain seperti PPBM yang mendapat jumlah kerusi yang lebih tinggi dari mereka.

Tindakan Amanah itu bukan sekadar kata-kata sahaja, wakil mereka diarahkan untuk memboikot Kongres Pakatan Harapan yang diadakan baru-baru ini di Shah Alam bagi menyuarakan bantahan mereka kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Kini Amanah Johor mungkin boleh tersenyum lebar kerana DAP telah menawarkan mereka beberapa kerusi Parlimen di Johor untuk Amanah bertanding dan meletakkan calonnya. Namun, DAP menetapkan beberapa syarat dan syarat yang sudah dijangka Amanah terpaksa menggunakan logo parti DAP untuk bertanding di kawasan tersebut.

Adakah ini semua taktik dan permainan DAP dalam mempengaruhi undi orang Melayu dan sekaligus membuat persediaan jika kerusi Perdana Menteri PH tidak mempunyai calon yang layak dikalangan pemimpin Melayu.

Amanah dilahirkan oleh DAP dan kini DAP mahu mencengkam parti serpihan PAS itu untuk dipergunakan untuk kepentingan politik mereka. Awas wahai orang Melayu Johor !!

KENAPA AZMIN PERLU 'DIMATIKAN' DALAM PH?



Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, Mohamed Azmin dilihat sebagai ‘racun’ dan perlu dikeluarkan daripada Pakatan Harapan kerana secara terang-terangan menunjukkan perbezaan pendapatnya terhadap Dr. Mahathir dan seterusnya kepada anak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau mendakwa, misi Mohamed Azmin untuk menyekat laluan Dr. Mahathir sekali gus menyekat karier politik Mukhriz melalui ke­nyataan-kenyataan tajamnya baru-baru ini menjadi punca mengapa Timbalan Presiden PKR itu perlu ‘dimatikan’ dalam Pakatan Harapan.

Walaupun kita tahu Azmin Ali adalah protege kepada mentornya Dr Mahathir, namun apabila memikirkan dia memang terkenal dengan tamak kuasa dan mahu menjadi PM lebih awal di dalam usia yang muda akan menjadikan perebutan jawatan PM serta serangan kepada keturunan Dr Mahathir semakin menjadi-jadi.

Minggu lalu, dua skandal lama melibatkan Mohamed Azmin dibangkitkan semula selepas Menteri Besar Sela­ngor itu membuat kenyataan tajam mengenai pencalonan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mohamed Azmin turut dilihat mempersenda Dr. Mahathir dengan menawarkan kerusi Parlimen Gombak kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Raja Petra turut mempersoalkan sama ada amaran itu adalah supaya beliau menjaga tindak-tanduknya dan adakah lebih banyak skandal akan terdedah jika Mohamed Azmin ingkar.

Jika kita merujuk kenyataan Rafizi Ramli yang telah mendedahkan beberapa maklumat Rasuah Seks Kerajaan Selangor kepada SPRM membuktikan bahawa MB Selangor itu adalah buas kaki perempuan dan sebagainya. 

Azmin Ali perlu ingat, dia mahu menyerang orang lain akan tetapi dirinya sendiri telah terpalit dengan tahi lembu kerana perbuatan buruknya yang tamak dan mengamalkan pentadbiran yang tidak adil selepas diangkat PAS menyandang jawatan tersebut.

AZMIN ALI KINI JADI SASARAN DITUMBANGKAN KARTEL PRO DR MAHATHIR




Kita semua sedar bahawa krisis pemilihan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan membawa banyak reaksi di dalam kepimpinanan Pakatan Harapan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Harapan yang menolak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan jika mendapat mandat dari rakyat Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Akibat daripada kelantangannya itu, Azmin Ali kini menjadi sasaran kartel Pro Mahathir untuk dijatuhkan. Azmin Ali dilihat sebagai ‘racun’ dan perlu dikeluarkan daripada Pakatan Harapan kerana secara terang-terangan menunjukkan perbezaan pendapatnya terhadap Dr. Mahathir dan seterusnya kepada anak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Isu di sini amat mudah, misi Azmin Ali adalah untuk menyekat laluan Dr. Mahathir sekali gus menyekat karier politik Mukhriz. Beliau tidak boleh menerima Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara kerana ini akan menjadikan laluan Mukhriz untuk mengambil alih semakin besar dan mudah serta menyekatnya daripada mendapat peluang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Di samping itu, Azmin Ali turut dilihat mempersenda Dr. Mahathir dengan menawarkan kerusi Parlimen Gombak kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang mana semua tahu bahawa kawasan Gombak adalah kawasan kubu kuat parti PAS. Semestinya jika Dr. Mahathir diberi kerusi Parlimen Gombak maka beliau akan terdedah kepada risiko kekalahan kerana penyokong PAS tidak sukakannya.

Dalam twitter rasmi Azmin Ali juga, beliau juga menempelak Dr. Mahathir dengan kata-kata yang agak menjengkelkan iaitu "Sandiwara kelas pertama. Kah kah kah." Kenyataan ini semestinya ditujukan kepada Dr. Mahathir ketika beliau bersama Nurul Izzah hadir membuat lawatan ke atas Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Oleh itu, adalah tidak mustahil kartel Dr. Mahathir turut akan menyekat dan menjatuhkan Azmin Ali kerana tindakannya yang menolak kepimpinan Dr. Mahathir dalam Pakatan Harapan. Kini dua kartel bertemu siapa kuat dialah yang kuasai Pakatan Harapan.

TUN M PERLU BERTAUBAT DAN BELAJAR AGAMA UNTUK TEBUS SEMUA KESALAHANNYA



Dr Zamihan Mat Zin meminta Tun M bertaubat dan belajar agama bagi menebus kesalahan beliau sepanjang memerintah negara, dan bukannya terus sibuk berpolitik.

"Orang tua umur 93 tahun patut masuk pondok, mengaji kitab, zikir banyak-banyak, bertaubat. Minta maaf kepada semua manusia di atas kesilapan lalu dan buat amal jariah banyak untuk akhirat patutnya.

"Tak payah politiklah kalau tua bangka dekat nak mati ni," katanya dalam satu wawancara langsung di laman Facebook Watan Online.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu menjawab soalan mengenai cadangan Pakatan Harapan menamakan Tun M sebagai Perdana Menteri sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Dalam jawapannya itu, Zamihan turut menuduh Tun M sebagai pemimpin yang merasakan "dirinya saja dan orang lain semua salah" kerana katanya penglibatan bekas perdana menteri itu dalam politik hanyalah kerana mahukan kesenangan duniawi semata-mata.

"Sebab itu dia melihat orang lain bodoh belaka, dia seorang saja yang cerdik. Orang lain tak pandai, tak bijak, fikir selapis, mana boleh fikir begitu. Masa berkuasa dia buat macam-macam. Hingga sanggup keluarkan arahan yang melukakan hati rakyat, yang meragut nyawa rakyat.

"Tapi bila orang lain perintah kita kata tak setuju, tak maju. Kemudian nak buat 'comeback' balik pada masa penghujung usia sebab dulu kita berkuasa dengan niat tak betul. Hamba kepada dunia. Ini sesuatu yang tak patut bagi saya," kata beliau lagi.

Pakatan Harapan nampaknya semakin di kecam kerana Tun M. Nampaknya populariti PH semakin merudum dan berkecamuk apabila bekas Perdana Menteri itu yang menentukan hala tuju mereka.

SEKS MANIA ANINA AKUI PARTI BUNGA DITUBUHKAN HANYA UNTUK PECAHBELAHKAN KAUM MELAYU DAN MEMBALAS DENDAM TERHADAP NAJIB BUKAN MEMBELA NASIB RAKYAT



Seks Mania Anina berkata kini semua rakyat sudah boleh melihat wajah dan warna sebenar permainan Atok Madey dan PPBM. Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Atok Madey akan diserang. AGM Parti Bunga pula tiada agenda untuk rakyat, malah agenda mahu memperkasakan parti sendiri pun tiada. Dari mula sampai sekarang pun yang ada hanyalah agenda untuk gulingkan dan jatuhkan Najib semata-mata. Bagi sesiapa yang tidak suka pula akan digelar sampah. AGM parti bunga sendiri tidak ada mesyuarat cawangan, bahagian mahupun  mesyuarat sayap serta srikandinya. Tidak tahu dasar apa yang diperjuangkan jika mesyuarat tidak wujud.

Di mana dasar perjuangan parti bunga kepada rakyat? Apa agenda yang diperjuangkan parti bunga? Sesungguhnya kita semua tertipu dan terpedaya dengan retorik penubuhan Parti bunga dulu, Indah khabar dari rupa, cakap tak serupa bikin parti bunga ini. Seks Mania Anina berkata untuk pengetahuan semua pihak begitu ramai ahli parti bunga keluar parti dan meninggalkan parti bunga tidak pernah didedahkan, kalua didedahkan sekalipun, hanya segelintirnya sahaja. Sedangkan ahli-ahli parti bunga mereka sudah meninggalkan parti bunga secara beramai-ramai. Di Kedah, Perak, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan beberapa lagi negeri. Mereka semua rasa tertipu pada parti yang sebenarnya tiada arah tuju yg sebenar. 

Kesimpulannya agenda untuk parti pun tiada apatah lagi agenda mahu membela nasib rakyat. PPBM Munge ini cuma sebuah parti terdesak. Didalamya hanya ada manusia yang terdesak serta tertubuh hanya berpaksikan kepada rasa kecewa dikalangan pemimpinnya dan untuk membalas dendam sahaja. Tak lebih dari itu pun.

Friday, 19 January 2018

SIAPA SEBENARNYA YANG MELABEL BELIAU DIKTATOR! DR MAHATHIR PERLU CERMIN DIRI



‘The Dictator’ itu adalah istilah terbaik buat Dr Mahathir Mohamad yang telah berkuasa sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 Oleh itu, tidak mengejutkan kita semua bila Dr. Mahathir memberi reaksi balas kepada istilah The Dictator yang diberikan padanya! 

Dengan tidak segan silu, Dr Mahathir memberi jawapan ini sebagai tindak balas isu diktaktor ‘jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya, tiada lain melainkan benar’. 

Perlu diingatkan di sini, yang sebenarnya mereka yang menggelar ‘Mahathir diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan kini menjadi terlampau kaya melalui rasuah’ adalah mereka yang berada dalam Pakatan Harapan.

Dr Mahathir mungkin lupa suatu perkara penting bahawa mereka itu kini adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang atau tidak tahu perkara ini.

APA SUDAH JADI? PKR CABANG JELUTONG PILIH KELUAR PARTI KERANA KECEWA DENGAN PERJUANGAN PKR


Apa sudah jadi dengan PKR? Ramai ahlinya memilih keluar parti kerana sudah kecewa dengan perjuangan parti yang semakin mengarut dan bersifat peribadi.

Kecewa dengan perjuangan PKR yang disifatkan tidak konsisten dan sudah hilang arah telah mendorong kira-kira 200 ahli PKR Cabang Jelutong di sini mengambil keputusan me­ning­gal parti itu dan menyertai Parti Bersama Malaysia (MUP).

Tindakan keluar parti itu diketuai Timbalan Pengerusinya, Lee Boon Miin, mereka menye­rahkan borang keanggotaan kepada parti baharu, MUP di bawah pimpinan Presiden MUP, Tan Gin Theam. 

MUP ditubuhkan ia­itu sebagai platform untuk rakyat menyuarakan sebarang rasa tidak puas hati mereka khususnya kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Pakatan Harapan. Oleh kerana itu, mereka memilih menyertai MUP.

Selain tertekan dengan pentadbiran DAP di negeri ini yang disifatkan menindas wakil rakyat PKR, mereka juga kecewa dengan perbalahan sesama pembangkang dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP seperti yang berlaku di Selangor.

Perjuangan politik pemim­pin PKR kini bukan lagi kerana kepentingan ahli-ahli parti sendiri, sebaliknya menyokong penuh keangkuhan pemimpin DAP dan lebih mengecewakan mereka apabila PKR kini menjalin kerjasama de­ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kerjasama itu jelas menunjukkan perjuangan PKR kini semakin tersasar kerana asas penubuhannya adalah untuk menentang apa yang didakwa sebagai kezaliman yang dilakukan Dr. Mahathir ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendek kata, ketidaksefahaman yang wujud dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP memperlihatkan se­­olah-olah pembangkang kini hanya wujud pada nama semata-mata. Asas perpecahan semakin ke­tara dalam Pakatan Harapan dan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan mereka pula akan dikenakan pelbagai tekanan. 

Pakatan Harapan sebenarnya goyah dan tidak menentu kerana pemimpin parti komponennya masing-masing mempunyai agenda peribadi. 





DAP DAKWA TELUS TETAPI TIDAK BERANI DEDAH SUMBER PEMBIAYAAN POLITIK PILIHAN RAYA UMUM



DAP tidak mahu partinya mendedahkan sumber dana politik wajar dipersoalkan ketika mereka begitu lantang mengkritik UMNO yang sering kali didakwa makan rasuah. Inilah yang mendukacitakan apabila perkara yang melibatkan dana politik ia sesuatu yang sangat sensitif dan atas sebab itulah DAP seharusnya lebih telus dalam mendedahkan sumber pendapatan dan dana yang digunakan bagi membiayai aktiviti politik pilihan raya umum mereka. 

Apa sahaja yang melibatkan aktiviti DAP sudah pasti akan menerima jumlah peruntukan dana yang besar dan selama ini pun DAP sememangnya menerima dana haram untuk membiayai parti politik pada pilihan raya umum di negeri yang mereka perintah. Tetapi lihat sahajalah mereka parti DAP tidak pernah mendedahkan sumber dan jumlah dana yang mereka perolehi selama ini. 

Mereka begitu takut mendedahkan jumlah dan sumber dana yang mereka perolehi sedangkan inilah perkara wajib yang mereka perlu lakukan sebagai satu manifestasi kepada ketelusan, amanah dan keyakinan rakyat terhadap parti sebagaimana yang didokong oleh UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menjawab dari mana datangnya sumber dana maka pelbagai persoalan-persoalan yang timbul dan berbangkit.

Kesimpulannya rakyat boleh menilai sendiri Kerajaan DAP sekiranya mereka telus dan amanah mereka akan memperjelaskan dan mendedahkan dari mana datangnya sumber wang yang mereka perolehi dan bukannya mendiamkan diri seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada diketahui umum.

Thursday, 18 January 2018

KEMPEN SECARA SENYAP "ASALKAN BUKAN MAHATHIR" TELAH BERMULA DIKALANGAN PENYOKONG PAKATAN HARAPAN



Ada sekumpulan orang yang tidak suka dengan Barisan Nasional (BN) tetapi pada masa yang sama mereka benci Dr Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, mereka enggan menyokong Pakatan Harapan (PH) walaupun sebelum ini kebanyakan mereka merupakan pengundi pembangkang.

Ada antara mereka kini yang berkempen supaya rakyat memboikot atau merosakkan undi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Walaupun bilangannya kecil, suara mereka lantang di media sosial.

Bagi mereka, walaupun Dr Mahathir kini bersama PH, sukar untuk mereka melupakan dosa-dosa politik beliau sewaktu menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981.

Bagi mereka, tiada maaf bagi Dr Mahathir yang dianggap diktator sewaktu era Malaysia bangkit sebagai kuasa ekonomi Asia Tenggara sepanjang 1990-an tetapi dipenuhi dengan pelanggaran hak asasi manusia.

Bagi mereka, dalam PRU akan datang ini, segala-galanya adalah “asalkan bukan Dr Mahathir”. Golongan ini yang kebanyakannya menganggap diri mereka pejuang demokrasi seolah-olah tidak peduli lagi sama ada Perdana Menteri Najib Razak kekal berkuasa bersama BN jika PH gagal menumbangkan rejim tersebut.

Yang penting bagi mereka, tolak Dr Mahathir. Biarlah sesiapa pun memegang kuasa, asalkan bukan Dr Mahathir. Mantan Perdana Menteri itu terlibat dalam proses yang mencacatkan demokrasi dan melumpuhkan kebebasan serta menyekat peluang saksama untuk semua rakyat.

Walaupun kononnya detik PRU-14 ini menjadi penentuan bagi membuka lembaran baru untuk Pakatan Harapan, namun kehadiran Dr. Mahathir dalam kelompok pembangkang semakin menghuru harakan mereka. Wujud juga wira yang mengajak penyokong pembangkang, sama ada memboikot PRU, merosakkan undi atau memburukkan PH.

Semuanya semata-mata mereka membenci Dr Mahathir, si tua yang amat mereka takuti kembali berkuasa dan bakal menggerakkan semula rejimnya yang dulu.

Terima kasih kepada penyokong pembangkang kerana menolak Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Interim kamu.

RAKYAT MALAYSIA BANGGA JIKA ADA ANAK MUDA DAN GRADUAN YANG BERDIKARI UNTUK MEMAJUKAN DIRI SENDIRI



Sebagai seorang negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya memperlekehkan usaha anak muda yang menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam perniagaan walaupun hanya menjual nasi lemak kerana ia juga mampu menjana pendapatan lumayan.

Mereka ini adalah penyumbang kepada peningkatan ekonomi negara walaupun perusahaaan yang mereka lakukan adalah secara kecil-kecilan.

Perkara itu sekali gus menolak tanggapan negatif pihak tertentu bahawa graduan universiti yang menjual nasi lemak adalah sesuatu yang memalukan dan tidak boleh dibanggakan. Mereka sekurang-kurangnya berusaha dan bekerja keras untuk mencari rezeki.

Perkara ini adalah sesuatu yang bagus kerana ia memupuk sikap graduan untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang akhirnya mampu membuatkan mereka menjana pendapatan sendiri.

Rakyat Malaysia juga berbangga kerana mempunyai anak muda dan graduan yang mahu keluar dari kepompong selesa mereka semata-mata mahu memajukan diri mereka sendiri. Ini sekaligus dapat mengelak daripada mereka terjerumus dari gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah, maksiat dan aktiviti yang tidak bermoral.

Masyarakat sepatutnya memberikan galakan dan bukannya hanya pandai menuding jari sebagaimana Tun M nyatakan di dalam ceramahnya tempoh hari. Selain menghina golongan ini, Tun M berkata pekerjaan yang dilakukan graduan tersebut menunjukkan kurangnya kerja berpendapatan tinggi.

Usah dilayan kata-kata dari Tun M kerana ianya akan meruntuhkan semangat anak muda Malaysia yang mahu maju membina empayar perniagaan mereka sendiri.

INSIDEN TAMPAR POLIS FARID KAMIL, JIKA ANAK JANTAN "PULANG KEMBALI" ANUGERAH DATUK YANG DITERIMANYA!


Negara kita telah disensasikan dengan insiden seorang artis Malaysia dan penyokong kuat Dr Mahathir iaitu Farid Kamil yang telah menampar seorang anggota Polis dan orang awam ketika membuat laporan kemalangan di sebuah Balai Polis di Petaling Jaya. 

Farid Kamil kini dihadapkan dengan 4 pertuduhan, termasuklah mendatangkan cedera dan menggunakan kekerasan jenayah pada anggota polis dan orang awam. Beliau juga didakwa berkelakuan tidak senonoh. Namun Farid mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM12,000. 

Di samping itu juga, semua orang tahu bahawa Farid Kamil juga baru menerima anugerah 'Datuk' dari Kerabat DiRaja Pahang baru-baru ini bersama artis Aaron Aziz. Isu Farid Kamil ini telah menyebabkan Pemangku Raja Pahang berasa duka cita terhadap perkara ini kerana ia sedikit sebanyak telah menyebabkan penganugerahan Datuk kepada Farid Kamil tercemar.

Sebagai reaksi balas kepada insiden berkenaan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata “terpulang” kepada artis tersebut untuk memulangkan anugerah tersebut. Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik.

Tanpa menyebut nama, pemangku Raja Pahang berasa dukacita dengan tindakan pelakon itu yang dituduh menampar polis dan menendang orang awam.

Menurut Kerabat Diraja berkenaan, semua individu yang mendapat gelaran Datuk telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk layak memakai gelaran itu. Difahamkan Kerabat Diraja Pahang itu sangat dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

Namun, baginda enggan menghukum mana-mana invidu yang dianugerahkan pingat, sebaliknya menyifatkan mereka sebagai “tersalah langkah” tetapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik. 

Pendek kata, semua pihak yang menerima gelaran Datuk perlulah menjaga tingkah laku mereka kerana mereka juga merupakan contoh dan ikon kepada rakyat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tingkah laku buruk padahnya!

BARISAN NASIONAL TERUS MENANG PADA PRU-14 DAN AKAN TERUS MENTADBIR PUTRAJAYA



Kajian dari Politweet pada 11 Januari 2017, mengesahkan lagi kajian yang pernah dijalankan sebelum ini bahawa Barisan Nasional akan terus menang dan mentadbir Putrajaya. Jadi tidak perlulah pembangkang hendak bercita cita hendak jadi PM sementara, itu akan tinggal angan angan semata mata.

Dalam kajian Politweet yang terbaru itu, didapati 45% pengundi menyokong Barisan Nasional, manakala PPBM dan PAN akan kalah teruk pada PRU14.

Ini bukan kali pertama Politweet membuat kajian yang memihak kepada BN. Pada Julai 2017, Politweet menyatakan 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.

Sebelum ini lagi, banyak kajian yang meramalkan Barisan Nasional akan terus menang pada PRU14. The Economist Intelligence Unit pada awal Januari 2017 juga menyatakan perpecahan dalam pembangkang memberi kelebihan kepada BN untuk menang pada PRU14.

14 Ogos 2016, South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong juga menyatakan Najib umpama “bank yang terlalu besar” dan sukar untuk gagal. Biarpun dilanda badai serangan Mahathir dari segenap penjuru, Najib masih tetap utuh berdiri.

Pada 24 Mac 2017, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, pemegang kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) turut meramalkan BN akan terus menang dan Datuk Seri Najib akan kekal sebagai PM.

Pada 17 April 2017, Prof Hoo Kee Ping, penganalisis politik dari Singapura juga meramalkan keputusan PRU14 akan memihak BN kerana pertandingan tiga penjuru dan kelembapan ekonomi dunia yang akan membuatkan pengundi Cina memilih BN untuk kestabilan ekonomi.

Malah kajian Invoke oleh Rafizi Ramli pada 6 Februari hingga 23 Mei 2017, menunjukkan 31% responden memilih Datuk Seri Najib sebagai PM. Peratusan tertinggi berbanding semua pemimpin pembangkang yang lain.

Pada penghujung tahun 2017, The Economist Intelligent Unit sekali membuat ramalan Datuk Seri Najib akan memimpin Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Menurut The Economist, biarpun mendapat cabaran sengit daripada pakatan pembangkang, namun kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang adalah sudah pasti.

Ramalan firma firma penyelidikan luar negara tentang pertumbuhan ekonomi negara dan kedudukan ringgit ternyata tepat. Hari ini, pertumbuhan ekonomi negara adalah antara yang terbaik di dunia dan ringgit semakin mengukuh kepada RM3.95 berbanding dollar.

Dalam kajian yang dibuat oleh Politweet itu, mereka mendapati parti PPBM adalah yang paling teruk bakal menerima kekalahan nanti. Dalam analisis Politweet yang dibuat berdasarkan keputusan PRU13 pada 2013, DAP dikatakan akan menang paling banyak iaitu 31 kerusi, hanya kalah 4 kerusi sahaja, PAN diramalkan dapat 18 kerusi manakala PPBM diramalkan menang 6 sahaja.

Kalau tengok pada trend pada PRU13, DAP menang 31 kerusi daripada 36 kerusi. Kemenangan DAP pada ketika itu ialah 86.1 peratus, hanya kalah 5 kerusi. Analisis Politweet menunjukkan PPBM mungkin menang 6 sahaja dari 52 kerusi yang mereka bertanding dengan peratusan 11.5 peratus sahaja.

Di atas kertas, PAN diramal dapat 18 dan PPBM dapat 6 kerusi. Itu jumlah yang terlalu banyak. Sebenarnya di peringkat bawah, hendak dapat 18 kerusi dan 6 kerusi itu pun belum tentu bagi PAN dan PPBM. Silap silap, PAN dapat 2 kerusi dan PPBM dapat 2 kerusi sahaja. Faktor calon PAS belum diambil kira oleh Politweet.

Dengan parti PAN tidak puas hati dengan pembahagian kerusi di beberapa buah negeri ini membuatkan lagi peluang pembangkang untuk menang sukar kerana mungkin disabotaj penyokong sendiri. PAN di Wilayah Persekutuan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat sebarang kerusi untuk bertanding pada PRU14 selepas kerusi Titiwangsa diberikan kepada PPBM.

PAN Johor bengang kerana hanya dapat dua kerusi di Pulai dan Parit Sulong sedangkan mereka mahu bertanding di kerusi Simpang Renggam. Penyokong PAN di Perak juga tidak berpuas hati apabila mendapat empat kerusi sahaja iaitu di Parit, Bukit Gantang, Parit Buntar dan Lumut.

Jika ramalan kemenangan itu berlaku, Politweet meramalkan PH hanya boleh mendapat 83 kerusi sahaja dan tetap gagal membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan. Bermaksud Barisan Nasional akan menubuhkan kerajaan dengan 139 kerusi parlimen, ramal Politweet.

Ramalan Politweet ini akan membuatkan pembangkang semakin gelabah untuk berebut kerusi yang selamat dan boleh menang untuk mereka. Azmin Ali sendiri pun sudah hendak lari dari Gombak, begitu juga Nurul Izzah mahu lari dari Lembah Pantai, begitu juga dengan Kit Siang mahu lari ke Alor Setar. Bila jadi ahli parlimen dan tidak beri khidmat pada rakyat, siapa lagi yang mahu percaya dengan pembangkang.

Pembangkang hanya mahu jawatan semata mata. Sesudah dapat jawatan, mereka lari dari kawasan dan sibuk berpolitik 24 jam. Ini sebab utama kenapa rakyat tolak mereka. Berbeza dengan Barisan Nasional yang terus fokus menjaga dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Kajian Politweet ini menguatkan lagi hujah bahawa pembangkang akan kalah teruk pada PRU14 nanti.

LEBUHRAYA YANG DIRANCANG 2014 & DIBAYAR DAP PULAU PINANG MASIH TIDAK BERMULA HINGGA KINI


Kerajaan DAP Pulau Pinang terus dipersoal berkenaan dengan pembangunan infrastruktur di negeri berkenaan. Isu terowong dasar laut dan projek jalan utama ini menimbulkan banyak persoalan kepada rakyat. 

Mengapa sehingga kini belum ada tanda-tanda permulaan kerja-kerja pembinaan tiga lebuh raya yang dirancang di negeri ini yang sepatutnya sudah bermula pada 2014.

Penangguhan beberapa kali projek itu menimbulkan tanda-tanya kerana kajian reka bentuk terperinci sudah siap selain pembayaran sebanyak RM208 juta juga sudah dibuat.

Persoalan timbul sama ada konsortium projek tersebut berdepan masalah me­lantik kontraktor pelaksana setelah Beijing Urban Construction Group (BUCG) menarik diri dan tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam konsortium tersebut.

Sebaliknya rakan kongsi utama Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. sekarang adalah hanya sebuah syarikat pembuatan pakaian yang tiada pengalaman atau rekod dalam projek pembinaan berskala besar.

Selain itu, satu lagi masalah yang timbul di sini di mana iaitu sudahkah Kerajaan DAP Pulau Pinang melaksana dan menyelesaikan pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat dengan cadangan jajaran jalan-jalan berkenaan.

Sekiranya proses itu belum dilaksanakan atau diselesaikan, kerja-kerja pembinaan jalan-jalan tersebut tidak dapat dimulakan sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kerajaan negeri benar-benar serius untuk melaksanakan projek tersebut atau sebaliknya.

Ternyata Kerajaan DAP hanya lah sebuah kerajaan yang hanya pandai berkata-kata. Projek-projek Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang hanyalah indah dari khabar dan rupa-rupanya projek mereka satu habuk pun tiada. 

Jika dibanding dengan Kerajaan BN, projek Lebuhraya PAN BORNEO sudah berjalan dan beberapa projek jalanraya turut disiapkan antaranya seperti RAWANG-BYPASS.

Kredibiliti Kerajaan DAP ini semakin dipertikaikan dari masa ke semasa kerana mereka gagal melaksanakan tugas mereka. 

PENJAWAT AWAM DIBUANG KERJA JIKA PAKATAN HARAPAN AMBIL ALIH NEGARA.



Masih adakah penjawat awam yang mahu sokong Pakatan Harapan? Kalau ada sekalipun, maka elok sajalah penjawat awam berhenti kerja sahaja. Penjawat awam lebih suka tengok kakitangan awam hidup susah dan merana sebagaimana zamannya dahulu. 

Kononnya Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP membuat kenyataan akan menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat awam kepada 1.9 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan. 

Penjawat awam akan dibuang kerja jika DAP dan Pakatan Harapan berjaya menguasai dan mengambil alih pentadbiran negara. Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali sekiranya Pakatan Harapan mengambil alih negara kita.

Banyak manfaat penjawat awam perolehi di bawah Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Ini belum termasuk insentif lain termasuk perumahan, penambahbaikan jawatan kontrak ke jawatan tetap dan struktur gaji penjawat awam yang lebih baik. Banyak yang penjawat awam nikmati zaman Datuk Seri Najib.

Oleh itu kenapa hendak sokong perjuangan DAP untuk buang kakitangan awam? Bagi mereka yang masih menyokong Pakatan Harapan terutama yang berkerja sebagai penjawat awam, maka mereka sebenarnya tidak ubah seperti sedang 'menggali lubang kubur sendiri'.

Mereka tolong cangkul sekarang. Bila DAP datang nanti, terus DAP dan Pakatan Harapan tolak masuk dalam kubur. Akan kena timbus hidup hidup sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam jika DAP berkuasa.

Kesimpulannya banyak lagi agenda DAP yang mahu buang kakitangan awam ini. Bagi mereka yang masih menyokong Pakatan Harapan terutama yang berkerja sebagai penjawat awam, maka mereka sebenarnya tidak ubah seperti sedang 'menggali lubang kubur sendiri'.

BARISAN NASIONAL TERUS MENANG PADA PRU-14 DAN AKAN TERUS MENTADBIR PUTRAJAYA



Kajian dari Politweet pada 11 Januari 2017, mengesahkan lagi kajian yang pernah dijalankan sebelum ini bahawa Barisan Nasional akan terus menang dan mentadbir Putrajaya. Jadi tidak perlulah pembangkang hendak bercita cita hendak jadi PM sementara, itu akan tinggal angan angan semata mata.

Dalam kajian Politweet yang terbaru itu, didapati 45% pengundi menyokong Barisan Nasional, manakala PPBM dan PAN akan kalah teruk pada PRU14.

Ini bukan kali pertama Politweet membuat kajian yang memihak kepada BN. Pada Julai 2017, Politweet menyatakan 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.

Sebelum ini lagi, banyak kajian yang meramalkan Barisan Nasional akan terus menang pada PRU14. The Economist Intelligence Unit pada awal Januari 2017 juga menyatakan perpecahan dalam pembangkang memberi kelebihan kepada BN untuk menang pada PRU14.

14 Ogos 2016, South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong juga menyatakan Najib umpama “bank yang terlalu besar” dan sukar untuk gagal. Biarpun dilanda badai serangan Mahathir dari segenap penjuru, Najib masih tetap utuh berdiri.

Pada 24 Mac 2017, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, pemegang kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) turut meramalkan BN akan terus menang dan Datuk Seri Najib akan kekal sebagai PM.

Pada 17 April 2017, Prof Hoo Kee Ping, penganalisis politik dari Singapura juga meramalkan keputusan PRU14 akan memihak BN kerana pertandingan tiga penjuru dan kelembapan ekonomi dunia yang akan membuatkan pengundi Cina memilih BN untuk kestabilan ekonomi.

Malah kajian Invoke oleh Rafizi Ramli pada 6 Februari hingga 23 Mei 2017, menunjukkan 31% responden memilih Datuk Seri Najib sebagai PM. Peratusan tertinggi berbanding semua pemimpin pembangkang yang lain.

Pada penghujung tahun 2017, The Economist Intelligent Unit sekali membuat ramalan Datuk Seri Najib akan memimpin Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Menurut The Economist, biarpun mendapat cabaran sengit daripada pakatan pembangkang, namun kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang adalah sudah pasti.

Ramalan firma firma penyelidikan luar negara tentang pertumbuhan ekonomi negara dan kedudukan ringgit ternyata tepat. Hari ini, pertumbuhan ekonomi negara adalah antara yang terbaik di dunia dan ringgit semakin mengukuh kepada RM3.95 berbanding dollar.

Dalam kajian yang dibuat oleh Politweet itu, mereka mendapati parti PPBM adalah yang paling teruk bakal menerima kekalahan nanti. Dalam analisis Politweet yang dibuat berdasarkan keputusan PRU13 pada 2013, DAP dikatakan akan menang paling banyak iaitu 31 kerusi, hanya kalah 4 kerusi sahaja, PAN diramalkan dapat 18 kerusi manakala PPBM diramalkan menang 6 sahaja. 

Kalau tengok pada trend pada PRU13, DAP menang 31 kerusi daripada 36 kerusi. Kemenangan DAP pada ketika itu ialah 86.1 peratus, hanya kalah 5 kerusi. Analisis Politweet menunjukkan PPBM mungkin menang 6 sahaja dari 52 kerusi yang mereka bertanding dengan peratusan 11.5 peratus sahaja.

Di atas kertas, PAN diramal dapat 18 dan PPBM dapat 6 kerusi. Itu jumlah yang terlalu banyak. Sebenarnya di peringkat bawah, hendak dapat 18 kerusi dan 6 kerusi itu pun belum tentu bagi PAN dan PPBM. Silap silap, PAN dapat 2 kerusi dan PPBM dapat 2 kerusi sahaja. Faktor calon PAS belum diambil kira oleh Politweet.

Dengan parti PAN tidak puas hati dengan pembahagian kerusi di beberapa buah negeri ini membuatkan lagi peluang pembangkang untuk menang sukar kerana mungkin disabotaj penyokong sendiri. PAN di Wilayah Persekutuan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat sebarang kerusi untuk bertanding pada PRU14 selepas kerusi Titiwangsa diberikan kepada PPBM.

PAN Johor bengang kerana hanya dapat dua kerusi di Pulai dan Parit Sulong sedangkan mereka mahu bertanding di kerusi Simpang Renggam. Penyokong PAN di Perak juga tidak berpuas hati apabila mendapat empat kerusi sahaja iaitu di Parit, Bukit Gantang, Parit Buntar dan Lumut.

Jika ramalan kemenangan itu berlaku, Politweet meramalkan PH hanya boleh mendapat 83 kerusi sahaja dan tetap gagal membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan. Bermaksud Barisan Nasional akan menubuhkan kerajaan dengan 139 kerusi parlimen, ramal Politweet.

Ramalan Politweet ini akan membuatkan pembangkang semakin gelabah untuk berebut kerusi yang selamat dan boleh menang untuk mereka. Azmin Ali sendiri pun sudah hendak lari dari Gombak, begitu juga Nurul Izzah mahu lari dari Lembah Pantai, begitu juga dengan Kit Siang mahu lari ke Alor Setar. Bila jadi ahli parlimen dan tidak beri khidmat pada rakyat, siapa lagi yang mahu percaya dengan pembangkang.

Pembangkang hanya mahu jawatan semata mata. Sesudah dapat jawatan, mereka lari dari kawasan dan sibuk berpolitik 24 jam. Ini sebab utama kenapa rakyat tolak mereka. Berbeza dengan Barisan Nasional yang terus fokus menjaga dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Kajian Politweet ini menguatkan lagi hujah bahawa pembangkang akan kalah teruk pada PRU14 nanti.

Wednesday, 17 January 2018

DAP PERGUNAKAN PARTI KOMPONEN PH UNTUK BERPERANG PRU14


DAP kini ibarat sebuah parti yang hanya pandai menyelamatkan diri mereka sahaja apabila menggunakan strategi 'ambil kesempatan' ke atas parti-parti komponen yang lain dalam Pakatan Harapan (PH) seperti PPBM, PKR dan AMANAH.

Lihat sahaja, tindakan DAP yang hanya menyelamatkan diri mereka sahaja apabila hanya bertanding di kerusi-kerusi selamat mereka iaitu di kerusi-kerusi yang hanya dimenangi mereka. 

Sebanyak 35 kerusi akan dipertandingkan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti dan berdasarkan kepada rekod PRU13 lalu sebanyak 30 kerusi yang telah dimenangi DAP. 5 kerusi tambahan adalah kerusi-kerusi yang akan cuba dirampas DAP dari Barisan Nasional (BN).

Manakala PPBM diagihkan 52 kerusi, PKR 51 kerusi dan AMANAH 27 kerusi jelas menunjukkan bahawa DAP sengaja membiarkan parti komponennya berperang dengan lawan BN dan PAS. 

Hakikatnya PPBM dan AMANAH merupakan parti baru yang belum memberi sebarang impak kepada politik negara.

Tindakan ini seolah-olah seperti menghantar askar-askar ke medan perang tanpa senjata. Ini yang sedang berlaku dalam PH dan DAP sengaja menggunakan taktik ini untuk keuntungan mereka sahaja. Apa yang kita lihat sekarang DAP kini sedang menggunakan taktik 'play safe' untuk PRU14. Kita lihat siapa yang kena PRU14 nanti!



AZMIN ALI CUBA GAGALKAN FASTAQIM 2.4 SELANGOR DENGAN MENGUBAH TEMPAT PENGANJURAN DEMI MEMBERI LALUAN KEPADA ACARA HIBURAN



Dikhabarkan Fastaqim 2.4 Pas Selangor yang dirancang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor disabotaj Azmin Ali pada saat akhir. Pemberitahuan pembatalan majlis tersebut disampaikan sendiri oleh pihak tertinggi Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kepada urusetia penganjuran.

Apa yang paling menyedihkan ahli PAS, penolakan tersebut semata-mata mahu memberi laluan kepada Pesta Zumba, Karaoke, Live Band, Auto Show dan Cabutan Bertuah di tempat dan tarikh yang sama. 

Pemilihan stadium tertutup oleh PAS adalah demi mengelak dari cuaca yang tidak menentu pada masa ini kerana aturcara yang bakal diadakan di sana adalah pelancaran jentera pilihanraya PAS peringkat negeri Selangor.

Namun kerajaan Selangor memberi solusi dengan memberi tempat yang baharu iaitu di Stadium JKR Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam. Mungkin MB Selangor ditekan oleh puak-puak DAP yang tidak sukakan PAS. 

Namun, tempat tersebut didapati tidak sesuai kerana stadium tersebut berkonsepkan stadium terbuka. Jika cuaca hujan dan majlis diadakan pada sebelah malam ia akan merumitkan pergerakan pengunjung yang ramai dalam sesuatu masa. Mungkin akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan tempat duduk para pengunjung.

Nampaknya kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya terasa aura beribu-rubu penyokong PAS yang bakal hadir dalam Fastaqim 2.4 tersebut. Ini berikutan penganjuran Fastaqim sebelum ini mendapat sambutan hangat dari ahli dan penyokong PAS. Manakala jumlah yang hadir mencecah hampir ratusan ribu orang.

Ditambah pula dengan isu beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen PAS Selangor yang dikatakan akan lompat parti menyertai Pakatan Harapan dan akan bertanding sebagai calon PH pada PRU-14 akan datang.

Kita tunggu gelombang apa yang bakal terjadi kepada PAS selepas penganjuran Fastaqim 2.4 ini. Adakah ada pertukaran barisan kepimpinan PAS di Selangor?

RAKYAT BENCI PEMBOHONGAN PAKATAN HARAPAN YANG DIPIMPIN MAHATHIR



Pakatan Harapan sudah tiada harapan dan pastinya tahu bahawa permainan politik mereka sudah pun berakhir. Tak kiralah sama ada Mahathir, Kit Siang, Guan Eng, Mat Sabu, Wan Azizah, Muhyiddin, Tony Pua, Ambiga, Maria Chin mereka sama sekali masih tidak dapat meraih sokongan dan undian rakyat. Kegagalan Pakatan Harapan ini amat memalukan kerana rakyat sudah tahu siapa mereka yang sebenarnya. 

Kegagalan yang amat memalukan kerana rakyat sudah tahu siapa mereka sebenarnya. Apabila terlalu banyak sangat berbohong dan anggota gabungan mereka berterusan melanggar prinsip sendiri bekerjasama dengan kleptokrat terbesar, akan menyebabkan kehilangan sokongan.

Siapa boleh terima apabila mesej "Ubah" telah tiba-tiba berubah daripada menghapuskan Mahathir dari berkuasa kepada "Selamatkan Malaysia" dengan meletakkan semula Mahathir berkuasa untuk "Selamatkan Malaysia"? Tanda-tanda sudah ada sebelum ini. Kehadiran BERSIH tahun lepas menurun berbanding 2015 dan 2012. Perhimpunan anti-GST Mei tahun lalu amat menyedihkan mereka sehingga tidak berani mengadakan perhimpunan yang sama tahun ini.

Semua ini juga cerminan. kejatuhan drastik dalam kecenderungan terhadapPakatan di mana populariti BN di FB kini meningkat sekali ganda berbanding pembangkang.Ia bertukar menjadi kesilapan strategik yang serius untuk mengadakan perhimpunan hari ini yang begitu dekat dengan Pilihan Raya Umum - di mana kelemahan dan kekurangan sokongan untuk lebih menonjol tetapi kini sangat memalukan.

Kesimpulannya situasi dapat dilihat dengan jelas gerombolan pakatan harapan sudah berada di ambang maut dalam satu pertarungan politik berikutan mereka menipu dan hipokrit terhadap rakyat dan negara.

DAP TIDAK AKAN BERI LALUAN MUDAH KEPADA TUN M UNTUK MENANG


Bekas Setia­usaha Organisasi DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, DAP tidak akan memberi kerusinya kepada Dr. Mahathir kerana parti itu lebih suka sekiranya beliau bertan­ding di kawasan Melayu.

Menurut beliau, DAP lebih suka keadaan itu kerana akan membuatkan orang Melayu bergaduh sesama sendiri dan menguntungkan DAP.

Jika Dr. Mahathir kalah, maka sampai sini sahajalah pera­nan beliau, kalau menang pun, maka beliau harus dengar dan patuh arahan DAP.

Menurut Razali lagi, sekiranya mereka memberi Dr. Mahathir kerusi ‘selamat’ mereka, secara automatik kerusi itu menjadi tidak selamat kerana DAP bertanding di kawasan majoriti kaum Cina.

DAP sebelum ini telah mendoktrin seluruh kaum Cina di Malaysia dengan pelbagai gelaran keji dan hina kepada Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dulu.

Jadi belum tentu Dr. Mahathir ‘selamat’ untuk menang apabila bertanding di kubu kuat DAP. Pertandingan 3 penjuru dan juga sabotaj dari pihak dalaman juga perlu diambil kira sebelum mereka meletakkan mantan PM tersebut di kerusi selamat DAP.

BEGITU BERANINYA AKTIVIS SOSIAL MELAYU INI MENGAKU DIRINYA TIDAK BERAGAMA



Aktivis sosial, Hishamuddin Rais perlu beristighfar sekiranya percakapannya dalam Forum ‘Adakah Mahathir Solusi untuk Malaysia yang Lebih Baik?’ baru-baru ini benar-benar bermaksud dia hanya dilahirkan dalam Islam tetapi tidak memeluk agama itu.

Perkara itu ditegaskan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman selain menggesa Hishamuddin menjelaskan maksud kata-katanya itu sama ada merujuk dirinya adalah bukan mualaf atau sebaliknya.

“Mungkin dia nak maksudkan dia bukan mualaf yang peluk Islam. Kena tanya (maksud) sebenarnya pada dia, kalau begitu (merujuk beliau bukan mualaf) tidak salah.

“Kalau dia cakap saya dilahirkan Islam tetapi bukan Islam, itu dia kena istighfar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kelantangan Hishamuddin yang menyatakan ‘Tentang RUU itu saya tidak ada pandangan kera­na saya tidak memeluk agama Islam tapi saya dilahirkan Islam’ semasa disoal tentang Rang Undang-Undang (RUU) pada Forum ‘Adakah Mahathir Solusi untuk Malaysia yang Lebih Baik?’.

Sementara itu, Pe­ngerusi Gerakan Pem­bela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad berharap Hishamuddin mendapatkan panda­ngan serta pemahaman tentang Islam daripada mufti-mufti kerana di­bimbangkan ucapannya itu mempunyai im­plikasi akidah.

Jelas beliau, orang yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam secara automatik menganut agama itu dan tidak boleh mempersoalkan atau mengeluarkan kenya­taan yang bercanggah kerana dikhuatiri mayatnya tidak di­uruskan dengan baik seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan umat bukan Islam bahawa Hishamuddin tidak mewakili pemikiran atau ajaran Islam.

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...