Friday, 22 December 2017

BAGI MENGHALALKAN PENAHANAN ISA KE ATAS ANWAR, MAHATHIR KATA ANWAR TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN DALAM NEGARA INI




Bila dilihat seruan Mahathir untuk memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim, desakan itu memperlihatkan Pakatan Harapan sebenarnya tiada modal untuk berkempen dalam pilihanraya akan datang.

Pada 1997 semasa kes liwat dan salah laku Anwar sedang hangat di siasat dan diperkatakan, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak boleh jadi pemimpin kepada rakyat Malaysia. Ditahan ISA dan sehingga mata lebam, Mahathir masa itu memang tiada sifat belas kasihan.

Itu memang kami setuju, kerana pada masa itu Anwar adalah pengkhianat dan tindak tanduknya menggambarkan dirinya pro Yahudi. Nasib baik Malaysia tidak meminjam wang dari tabung IMF, kalau tidak 7 keturunan kita akan menanggung hutang tersebut.

Tapi bila Mahathir ingin menggunakan kuasa rakyat dan saluran yang salah bagi membebaskan Anwar dari tahanan lebih awal dari tempoh yang sebenar, ia cukup menjijikkan. Jijik kerana cuba menafikan bahawa Anwar adalah pesalah liwat yang dilarang di dalam agama Islam dan menyalahi undang-undang serta tabi'i manusia yang normal.

Keduanya dapat kita saksikan jika Anwar dibebaskan awal, cita-cita Mahathir untuk memastikan anak dan kroninya berjaya dalam arena politik tanahair akan menjadi realiti.

Buat masa ini, Mahathir sendiri tidak yakin dengan dirinya untuk membawa Pakatan Harapan menjadi lebih baik dan disokong rakyat. Mahathir merupakan 'pembawa bala besar' kepada pakatan pembangkang kerana dirinya sudah tidak lagi berharga (tiada nilai) dalam arena politik negara.

Apa yang Mahathir tahu adalah memfitnah dan terus memfitnah. Sedikitpun kita tidak pernah dengar dalam ceramah umum mengatakan Pakatan Harapan atau partinya PPBM mahu membantu rakyat. Paling tidak disangka ahli akar umbi telah melabel PPBM sebagai parti yang kedekut dan mengamalkan kronisme dalam setiap hal.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...