Thursday, 8 February 2018

PAS KETANDUSAN PEMIMPIN TEMPATAN BERWIBAWA KATA PAN


PAN dan PAS sememangnya dua seteru politik yang sentiasa bertikam lidah, bermusuhan antara satu sama lain dan sering kali mencari salah parti. Terkini PAN menganggap PAS ketandusan pemimpin tempatan yang berwibawa apabila memutuskan mengambil calon 'import' untuk bertanding di negeri Kelantan. 

Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah menjelaskan bahawa jika benar khabar angin kononnya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di Kelantan itu terbukti benar, maka perkara itu adalah sesuatu yang malang bagi PAS Pahang. Bagi PAN, Tuan Ibrahim boleh dianggap bukan seorang pejuang kerana meninggalkan tempat asal dan memilih kawasan selamat seperti Kelantan untuk bertanding.

Menurut PAN, Tuan Ibrahim pernah menyatakan bahawa beliay hendak mempertahankan Kelantan. PAN mempersoal tindakan Tuan Ibrahim dengan mempertikai bagaimana pula dengan nasib PAS di Pahang dan bagaimana PAS Pahang hendak menang jika bertanding di tempat lain? Bagi PAN adalah malang sekali buat pemain utama Pahang pergi mencari tempat selamat dan bertanding di Kelantan.

Walaupun PAS Kelantan masih belum mendedahkan calon yang akan bertanding di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerana timbul khabar angin kononnya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di Parlimen Kubang Kerian. Bagi PAN sekarang bukan masanya untuk membawa masuk pemain import ke negeri lain. PAS Kelantan sekarang seperti patah kaki dan sudah kehabisan calon serta pakar politik.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...