Adakah Mahathir hanya terikut-ikut atau merujuk kepada ungkapan yang selalu keluar dari ustaz-ustaz PAN yang selalu berceramah bersamanya?
Adakah selama ini kerajaan Barisan Nasional mengajak rakyatnya ke arah kemungkaran? Jika Mahathir bermaksud demikian, bagaimana pula Islam di Malaysia ini boleh terus berkembang dan tiada larangan dari kerajaan untuk beribadah dan sebagainya.
Mungkinkah juga pesanan "Amar makruf nahi mungkar" itu ditujukan kepada Farid Kamil (kini Datuk) yang dilihat masih kurang islamik dalam kehidupan sehariannya?
Mengajak kebaikan ialah mengajak manusia kepada Allah atau mentaati perintah Allah. Amar makruf nahi mungkar ialah amalan Sunnah Nabi yang Fardhu.
Sunnah bererti - apa yang Nabi lakukan setelah menerima wahyu untuk memenuhi kehendak Allah yang mahu semua manusia beriman kepadaNya. Amalan ini adalah sunnah kesemua para Nabi dan merupakan amalan atau tuntutan Rukun Islam pertama yang dijalankan secara berjemaah (Fardhu Kifayah) mahupun bersendirian (Fardhu Ain).
Munkar atau Maksiat yang paling besar ialah manusia tidak Mengucap 2 Kalimah Syahadah. Bagaimana pula Mahathir mahu mengaitkan pemimpin Islam di dalam negara kita tidak mengucapkan 2 kalimah syahadah?
Munkar dan Maksiat pula akan berlaku setelah seseorang itu mengucapkan 2 Kalimah Syahadah. Kemudian orang itu tidak memberi masa melakukan kerja Mengajak kepada Kebaikan, Mencegah Kemunkaran dan tidak menjaga Solat Fardhu berjemaah.
Fahami dulu apa yang kamu ungkapkan wahai Mahathir. Jangan main tangkap muat dan hanya terikut-ikut dengan apa yang orang lain ungkapkan. Nanti jauh terpesong akhlak kamu.
No comments:
Post a Comment