Friday, 15 December 2017

PERINGKAT BAWAH PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA TIDAK WUJUD, BAGAIMANA PARTI INI BOLEH ADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNANNYA?


Salah satu sebab Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya sebagaimana dikehendaki oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) adalah disebabkan peringkat cawangan dan bahagian parti itu masih belum berbuat demikian.

Sehingga ke hari ini Majlis Presiden Parti PPBM itu belum memberi sebarang arahan kepada peringkat bawahan parti untuk mendaftar ahli bagi mewujudkan struktur pentadbiran cawangan dan bahagian dalam parti itu. Jelas sekali perkara ini menunjukkan bahawa parti ini hanya cakap besar dan mereka sebenarnya tidak sehebat mana yang disebut-sebut parti ini. Parti ini ibarat tin kosong dan strukturnya cuma di peringkat pusat tapi di bawahnya 'KOSONG'!

PPBM IBARAT PARTI TIN KOSONG

Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menepis dakwaan ini dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah bagi mengalihkan isu ini. PPBM perlu menerima hakikat bahawa parti ini tidak mempunyai struktur dan ahli-ahli di peringkat bawah. 

Mana ahli-ahli yang digembar gembur oleh PPBM, sampai sekarang mereka belum mengadakan mesyuarat masing-masing. Amat mustahil jika Pengerusi PPBM dengan bangga mengatakan bahawa mereka telah banyak menarik ahli menyertai parti ini tetapi mengapa tidak ada mesyuarat perwakilan di peringkat bawah? Sehingga ke hari ini masih hal ini masih belum dijawab dan diselesaikan parti ini. PPBM parti yang penuh kekalutan dan hanya indah khabar dari rupa.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...