Thursday, 7 December 2017

TANGAN GHAIB DAP KAWAL SELANGOR, MB SELANGOR PKR HANYA BONEKA MELAYU

DAP adalah "tangan ghaib" yang mengawal pentadbiran kerajaan negeri Selangor biarpun Menteri Besarnya adalah daripada PKR. Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran pakatan pembangkang sebenarnya dimomokkan dengan gelaran "kerajaan Rakyat" yang dipimpin oleh PKR selepas mereka menawan negeri itu sebenarnya dikawal secara senyap oleh DAP.

Setelah dua penggal memerintah, terbukti DAP adalah tangan ghaib yang mengawal pentadbiran dan pembangunan di Selangor. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor digugurkan kerana sering kali tidak memberi kelebihan dan faedah kepada DAP dan beliau sukar dikawwl. Azmin Ali yang dipilih menggantikan Khalid Ibrahim pula dijadikan sebagai calon Menteri Besar tetap telah menjadi boneka dan kuda tunggangan kepada DAP kerana mudah dikawal walaupun dipilih PAS.


Lihat saja contoh ketara, cara Speaker Dewan Undangan Negeri, Hannah Yeoh, daripada DAP yang telah menolak usul berkenaan memperkasakan mahkamah syariah di Selangor. Orang yang sama juga menolak usul kemurkaan Sultan Selangor terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir. Apa yang Azmin buat? Ibarat pekak tiada gegendang, ibarat bisu tidak berlidah. Azmin langsung tidak mempertahankan Sultan Selangor dan tidak berdiri teguh di belakang Sultan Selangor.

DAP sememangnya berkuasa di Selangor namun ianya tidak nampak secara terbuka tetapi secara ghaib. Bayangkan pandangan DAP seakan 'mengawal' Dewan Undangan Negeri. Memang betul Menteri Besar Selangor daripada PKR tetapi cuba lihat siapa yang menjadi Speaker? Dengan kuasa yang ada pada DAP ini kita boleh melihat bagaimana DAP melayan 'kehendak Melayu dan Islam'.

Selangor hari ini berada dalam keadaan yang sangat bergelora dan ini lah masanya untuk parti Barisan Nasional mengambil kesempatan ini untuk mengambil alih pemerintahan pakatan pembangkang yang penuh tipu daya dan merampas kembali Selangor bagi mengembalikan kegemilangan Selangor.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...