Difahamkan akan ada satu lagi tangkapan yang akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat terhadap individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah.
Menurut sumber, individu yang merupakan keluarga terdekat pemimpin kerajaan negerii itu dipercayai menjadi orang tengah bagi berurusan dengan kontraktor-kontraktor untuk mendapatkan pelbagai projek daripada kerajaan negeri. Hasil siasatan mendapati, individu berkenaan hidup mewah walaupun hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi meneliti kesahihan dakwaan terhadap individu tersebut dan sejauh manakah penglibatannya dalam projek-projek kerajaan negeri sejak 2014. Khamis lalu, empat individu termasuk anak saudara kepada Menteri Besar direman tujuh hari kerana dipercayai terlibat melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor. Suspek anak buah Azmin Ali menjadi orang tengah bagi berurusan dengan agensi penguat kuasa dan kerajaan negeri supaya kegiatan haram itu tidak diganggu.
Jika benar dakwaan ini bahawa individu yang dikaitkan mempunyai hubungan keluarga dengan Menteri Besar Selangor itu melakukan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, maka Azmin Ali sudah pasti akan menerima tamparan kali ke dua selepas dikejutkan dengan isu rasuah anak buahnya baru-baru ini.
Ternyata apa yang diperjuangkan dan diuar-uarkan oleh Kerajaan PKR di Selangor sebagai kerajaan bersih dan telus hanyalah retorik dan kata-kata dusta mereka saja. Hakikatnya tidak dinafikan bahawa pakatan pembangkang lagi kuat salah guna kuasa dan rasuah! Ini kerana tidak sampai sepenggal Azmin Ali jadi MB Selangor, isu rasuah dan nepotism berleluasa di Selangor.
No comments:
Post a Comment