Wednesday, 27 December 2017

AZMIN ALI MEMBISU SKANDAL KAMPUNG SUNGAI YU




Sikap membisu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap lima saranan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkaitan skandal tanah di Kampung Sungai Yu.

Meskipun sudah hampir sebulan disahkan berlakunya penyelewengan, namun Azmin Ali dan barisan Exconya masih membisu dan mendiamkan diri. Ini telah mencetuskan pelbagai persoalan daripada pihak media dan juga rakyat terutamanya kerana mereka ingin tahu situasi sebenar.

Azmin Ali didesak untuk membuktikan kete­lusan pentadbirannya berhubungan skandal di Sungai Yu dengan melaksanakan semua lima saranan Selcat, terutama menggantung proses pemberimilikan tanah sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik selain mengesahkan semula kelayakan para pemohon.

Azmin Ali juga dikatakan telah berjanji dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini seandainya terbukti berlaku penyelewengan dalam skandal berkenaan, proses pemberian tanah tersebut akan dibatalkan tetapi sehingga kini, tiada sebarang tindakan yang menjurus ke arah itu (pembatalan) dibuat oleh kerajaan.

Siasatan dari pihak SPRM telah dijalankan dan kes itu berasaskan wujudnya pelbagai skandal dalam proses pemberian tanah di Kampung Sungai Yu. Antara perkara yang pelik wujud dalam skandal tersebut adalah bagaimana 18 individu yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh melepasi tapisan kerajaan negeri sehingga diberikan kelulusan memiliki tanah.

Kerajaan Azmin Ali didesak agar telus dan bertanggungjawab dengan segala tindakan yang telah dilakukan di Selangor. Tempoh penyelesaian yang terlalu lama membuatkan rakyat akan hilang pertimbangan dan marah dengan kedangkalan tindakan barisan Exco dan anak buahnya.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...