Di sebalik Aishah memenangi program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) timbul beberapa fakta berkenaan kemenangan beliau memandangkan Aishah adalah ahli PAN (Parti Amanah Negara). Fakta-fakta berkenaan adalah seperti berikut:
1.Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad menyatakan bahawa PAN boleh memanfaatkan kemenangan penyanyi berkenaan untuk meningkatkan imej parti.
2. Tidak seperti DAP dan PKR, termasuk juga PPBM yang baru ditubuhkan, PAN tidak mempunyai imej yang kukuh selain daripada parti boneka DAP.
3. Oleh itu PAN terpaksa mencari kaedah untuk meningkatkan imej parti tersebut.
4. Oleh itu kemenangan Aishah di dalam Gegar Vaganza dilihat dapat menarik pengundi-pengundi muda dan atas pagar.
5. Khalid Samad membayangkan bahawa Aishah akan turut serta di dalam usaha parti berkenaan.
6. Khalid Samad juga memberi pandangan bahawa PAN menyokong usaha berhibur sesama lelaki dan perempuan untuk menunjukkan Islam adalah agama yang sederhana serta rahmat kepada semua. Beliau menolak bahawa PAN menyokong hiburan sesama sebagai liberal.
Kegelisahan PAN mengenai kedudukan parti berkenaan sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. PAN dengan tidak malunya menjaja nama allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dengan mendakwa tokoh PAS berkenaan akan menyokong mereka sekiranya masih hidup. Jadi, meng’halal’kanlelaki dan perempuan sama-sama berhibur sudah tentu sesuatu yang tidak perlu dihairankan lagi.
No comments:
Post a Comment