Friday, 15 December 2017

SAIFUL BUKHARI KESAL, TUN DR MAHATHIR POLITIKKAN ISU LIWATNYA


Isu kes liwat melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi hangat apabila diungkit kembali oleh Tun Dr Mahathir. Walaupun kes itu sudah diputuskan mahkamah dan diadili dari sudut perundangan, Dr Mahathir tetap mempolitikkan perkara itu.

Saiful berasa sangat kesal apabila Tun Dr Mahathir terus mempolitikkan kes liwat membabitkan dirinya dengan bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seolah-olah tidak menghormati undang-undang. Kekesalannya itu diluahkan melalui media sosial Facebook yang berbunyi; "I express my regret that Tun Mahathir chose to mischievously politicise a criminal case that has already been decided by the court of law. I urge Tun Mahathir to respect the court's decision. As the former Prime Minister, Tun Mahathir should know better. I am the real victim of Anwar Ibrahim's CRIMINAL ACT."

SAIFUL KESAL DENGAN TINDAKAN DR MAHATHIR
POLITIKKAN ISU LIWATNYA
Sebagai bekas Perdana Menteri, beliau sepatutnya perlu tahu lebih baik dan mengetahui bahawa Saiful adalah mangsa perbuatan jenayah Anwar Ibrahim. Justeru, Tun Dr Mahathir sepatutnya menghormati keputusan mahkamah dan bukannya mempolitikkannya. Ini kerana mahkamah telah memutuskan hukuman mengikut saluran undang-undang yang ditetapkan maka isu ini sepatutnya tidak diungkitkan lagi.

Jelas sekali, betapa mudah pemimpin itu melupakan prinsip dan makna keadilan semata-mata didesak kepentingan politiknya. Pada Oktober 2014, Tun Dr Mahathir menyatakan simpatinya terhadap saya. Ketika itu saya bersama isteri dan anak yang baru lahir, melawat beliau di Putrajaya. Setelah bersama Pakatan Harapan, pendirian Tun Dr Mahathir terus berubah dari bersimpati dengan Saiful dan kini mempolitikkan semula isu kes liwatnya itu.

Tindakan Tun Dr Mahathir mempolitikkan kembali isu ini jelas mengembalikan sejarah hitam buat Saiful. Tun Dr Mahathir seperti tidak kisah mahu memperbesarkan semula isu ini dan tidak mahu menjaga perasaan mangsa, Saiful. Benar kata orang dalam politik, tiada kawan sebenar atau musuh, yang ada hanyalah minat. Namun dek kerana kepentingan, boleh menjadikannya lebih buruk, menodai keadilan atau kebenaran jika lebih berkuasa!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...