Malang sekali Dr. Mahathir yang disanjung sebagai negarawan dan terlalu banyak jasanya dalam membangunkan negara akhirnya memilih ‘jalan gelap’ dalam mengakhiri karier politik beliau. Segala-galanya berlaku kerana Dr. Mahathir mahu kehendaknya sentiasa dituruti dan akan menentang sesiapa sahaja yang membantah kemahuannya.
Dalam hal ini, apa yang akan berlaku kepada pakatan pembangkang apabila Dr. Mahathir membawa masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai pakatan itu sebenarnya akan membawa situasi yang sama semasa Dr. Mahathir menguasai negara suatu ketika dahulu.
MAHATHIR TERUS MAHU BERKUASA |
Dr. Mahathir akan meminta itu dan ini kerana beliau kini ialah Pengerusi Pakatan Harapan. Oleh itu, jangan terkejut jika Dr. Mahathir menawarkan diri sebagai calon untuk pilihanraya akan datang dan memasang hajat untuk menjadi Perdana Menteri Semula. Semua tahu, Dr. Mahathir adalah seorang yang keras kepala dan bersikap opportunis! Beliau mahu berkuasa kembali dan menguasai segalanya seperti mana 22 tahun beliau berkuasa.
Kini, PPBM sudah menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan. Persoalannya siapakah dalam Pakatan Harapan yang akan berani menegur Dr. Mahathir? DAP, PKR, atau AMANAH! Apapun dunia politik ‘akan terus meriah’ dengan gelagat politik Dr. Mahathir dalam politik negara. Sudah pasti, dunia politik Pakatan Harapan akan jadi kacau bilau, bila Dr. Mahathir yang baru dalam Pakatan Harapan sudah pandai meminta-minta untuk jumlah kerusi pilihanraya dan isu jawatan Perdana Menteri PH!
Biarlah apapun beliau hendak lakukan dan katakan, yang penting bagi kerajaan sedia ada ialah terus membela nasib rakyat dan tidak perlu membuang terlalu banyak masa untuk melayani seorang individu berusia 92 tahun yang tidak puas-puas lagi berpolitik hanya disebabkan kehendaknya terhalang. Buat Pakatan Harapan, bersedialah menerima gelora dalam parti kerana parti anda kini bakal berdepan dengan pemimpin ini yang sukar ditangani dan keras kepala kerana sejarah sudah membuktikannya!
No comments:
Post a Comment