Thursday, 21 December 2017

TANYA TAN SRI MUHYIDDIN : KENAPA GADAI TANAH JOHOR KEPADA SINGAPURA SEWAKTU JADI MENTERI BESAR?


■ Public Utilities Board (PUB) iaitu Lembaga Awam Air Singapura membina Empangan Linggi pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman TS Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor. Ianya melibatkan tanah seluas 21,600 hektar (53373.6 ekar) untuk dijadikan kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik meter padu.

■ Kawasan yang begitu luas diberi kepada syarikat dari Singapura. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara. Empangan ini melibatkan 3 daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalam koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan.

■ Sejauh manakah jumlah hasil balak yang telah dikeluarkan?. Dan berapa nilainya tidak pernah diwartakan. Hasil balak tersebut amat bernilai kepada pembangunan negeri Johor dan amat bermanfaat kepada rakyat negeri.

■ Melalui Akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim, veteran UMNO Johor yang juga bekas pegawai kanan polis, beliau mendedahkan kes pengkhianatan dan salah laku TSMY kepada rakyat Johor sewaktu menjadi Menteri Besar Johor. TSMY adalah Menteri Besar Johor ke 13 berkuatkuasa dari 12hb Ogos 1986 sehingga 13hb May 1995.

■ Pada tahun 1988, kerajaan Johor di bawah TSMY telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 21,600 hektar (53,373.6 ekar) kepada kerajaan Singapura.

■ Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta. Sekiranya empangan yang dibina setinggi 193 meter pecah atau dipecahkan, seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara akan tenggelam.

■ Singapura menggunakan tanah tersebut untuk membina Empangan bagi membekalkan air kepada Singapura. Empangan tersebut telah menjadi wilayah 'autonomi' yang dikawal ketat dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya.

■ Status cukai tahunan ke atas tanah tersebut dan hasil jualan kayu balak yang bernilai BERBILION2 RINGGIT tidak diketahui kesudahannya.
■ Persoalan: Kenapa kerajaan negeri Johor perlu anugerahkan tanah yang begitu luas kepada syarikat dari Singapura?. Walhal loji Public Utilities Board Singapura (PUB) telah wujud puluhan tahun di Skudai, Tebrau, Ulu Choh dan Gunung Pulai?.

■ Siapa petualang dan penderhaka sebenar negara?. Mereka inilah Bughah yang seharusnya diperangi. Mereka jual negara, menjadi tali barut asing (singapura) dan telah bersubahat jahanamkan negara sendiri!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...