Friday, 8 December 2017

ORANG MUDA DALAM PAKATAN HARAPAN TIDAK SOKONG TUN DR MAHATHIR

Difahamkan semasa sesi retreat Pakatan Harapan baru-baru ini, Syed Saddiq Ketua Sayap Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengambil inisiatif untuk menjalankan satu 'undian tertutup' di kalangan Ketua-Ketua Pemuda Parti komponen Pakatan Harapan yang terdiri daripada parti PKR, AMANAH, DAP dan PPBM. Idea undian ini datangnya dari Ketua Sayap Armada Syed Saddiq itu sendiri.

DR MAHATHIR TIDAK POPULAR DI KALANGAN ORANG MUDA PH

Tujuan pengundian ini dibuat adalah untuk melihat dan memilih siapakah di antara 2 tokoh yang paling popular di kalangan anak-anak muda di dalam Pakatan Harapan. Pemimpin yang disenarai untuk pilihan anak muda dalam undi tertutup ini di antara Tun Dr Mahathir dan Azmin Ali. 

Hasil keputusannya yang diperolehi amat mengejutkan apabila keputusan diumumkan Azmin Ali telah memperolehi undian tertinggi manakala Tun Dr Mahathir hanya berjaya memperolehi undi yang sangat rendah. Keputusan ini mencerminkan bahawa Tun Dr Mahathir tidak disukai dan tidak popular di kalangan anak-anak muda di dalam Pakatan Harapan. Nampak gaya, generasi muda Pakatan Harapan juga menolak kepimpinan Tun Dr Mahathir!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...