Monday, 18 December 2017

SOKONG DAP MELAYU MEREMPAT!!!



Pemimpin pembangkang DAP mempamerkan tingkah laku mereka yang sebenarnya dan perilaku kuku besi apabila rakyat tidak dibenarkan bersuara. Disebabkan perkara itu jugalah ramai ahli dan pemimpin DAP keluar parti kerana tindakan akan diambil ke atas mana-mana ahli dan pemimpin DAP yang bersuara. Selama ini kononnya DAP mendakwa  menyuarakan pandangan dan pendirian adalah kebebasan bersuaraitu  hak rakyat menyatakan pendirian mereka. Tetapi tengok sahajalah apabila DAP berkuasa di Pulau Pinang, DAP tidak dapat menerima pandangan dan hak kebebasan bersuara rakyat Pulau Pinang. DAP sendiri tidak dapat menerima apa yang mereka sendiri laungkan.

Ini membuktikan sikap DAP yang mengamalkan fahaman komunis. Komunis di sini fahaman di mana kuasa pemutus bukan ditentukan oleh rakyat tetapi ia diputuskan oleh siapa yang memerintah.. Rakyat hanya dianggap sebagai manusia kelas bawahan yang tidak boleh menyuarakan sebarang pandangan, menentang mahupun membantah. Hukuman akan dikenakan kepada rakyat jika mereka bertindak sedemikian rupa. Pemerintah pula akan berfahaman komunis, mereka boleh lakukan apa sahaja tanpa dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuklah di kalangan ahli mereka. Mereka akan menggunakan apa yang ada pada diri mereka, kuasa, pangkat dan pengaruh demi kepentingan mereka. Ini termasuklah menggunakan kongsi gelap, kaki pukul, ancaman, kekerasan dan penindasan serta kekejaman terhadap rakyat. 

Ramai Melayu yang sanggup mengorbankan diri untuk menghidupkan kebenaran fitnah dan menentang kerajaan sendiri. Keamanan yang dinikmati sebelum ini, sejak puluhan tahun telah hancur musnah dalam sekelip mata,. Contoh terbaik apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang.Walaupun kita orang Melayu merintih, melutut mahupun bersujud  DAP fahaman komunis mereka tidak akan ada belas kasihan dan nilai kemanusiaan. DAP akan terus berkuasa melakukan apa sahaja yang mereka mahukan. Janji manis, pembohongan dan penipuan itu semuanya ada dalam DAP. DAP akan menggunakan media sosial untuk menyebarkan dakyah dan fitnah mereka untuk menipu dan membohongi rakyat.

Antara media yang menjadi saluran utama DAP untuk menyebarkan dakyah dan fitnha mereka antaranya media kawalan antarabangsa kawalan Amerika seperti Newsweek, International Herald Tribune , Asia Wall Street Journal, Financial Times, Time, Far Eastern Economic Review, Asiaweek , Sarawak Report, Malaysiakini, Malaysiainsider berbagai lagi lidah dusta Yahudi telah menjadi saluran hayat penting kepada penyebaran dakyah pembohongan dan maklumat palsu. Fitnah dan berita-berita sensasi ini dicipta sendiri oleh mereka untuk menimbulkan keresahan dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan. Fitnah bertebaran laju memasuki setiap rumah di seluruh dunia sehingga hancurnya negara negara Arab akibat fitnah yang dilakukan oleh yahudi melalui proksinya. Sama sahaja keadaannya apa yang berlaku di Indonesia dan Malaysia.

Kesimpulannya Orang Melayu seharusnya bersatu hati, tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan mainan politik DAP yang hanya mahu memecahbelahkan bangsa kita Melayu. Sedarlah orang Melayu jangan sampai kita merempat di tanah air kita sendiri gara-gara termakan pujuk rayu dan fitnah serta tipu daya DAP.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...