Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya “Berani buat berani tanggung, tak usah nak mengaburi mata rakyat.”
Tindakan Anwar Ibrahim yang menghantar Peguam Hak Asasi Manusia dari AS, Kimberly Motley baru-baru ini adalah sebagai usaha yang sia-sia.
Bila peguamnya tidak dibenarkan bertemu dengan Perdana Menteri dan Timbalannya, Kimberly Motley dengan tanpa segan silu mengkritik pemimpin negara dan juga sistem perundangan serta sistem Penjara di Malaysia.
Kimberly Motley sebenarnya bersifat kurang ajar, sombong dan bongkak apabila mengkritik kepimpinan negara Malaysia. Beliau seharusnya diusir dari negara ini dan tidak perlu dilayan sebagai tetamu jika sikap dan keegoannya cuba mencabar kedaulatan negara.
Anwar Ibrahim juga sepatutnya sedar bahawa dia perlu menghabiskan tempoh tahanan penjaranya selama 5 tahun. Beliau tidak sepatutnya melibatkan rakyat seperti zaman Reformasinya kerana jenayah yang dilakukan adalah jenayah liwat. Ianya berbeza sama sekali.
Hanya orang yang buruk tingkah laku dan moralnya sahaja yang akan menjerit memberitahu dunia kononnya diri baik dan bersih.
No comments:
Post a Comment