Tuesday, 19 December 2017

PAS AKUI DR MAHATHIR SUDAH TIDAK RELEVAN UNTUK JADI PM SEMULA

Isu cadangan calon Perdana Menteri terus menjadi bualan hangat di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang dan rakyat memandangkan isu jawatan nombor satu negara itu masih menjadi tanda tanya kepada orang ramai. Namun begitu, ada ura-ura yang mengatakan bahawa Tun Dr Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan mahu menjawat jawatan Perdana Menteri itu semula selepas jawatan itu ditinggalkannya pada tahun 2003.

Sebagai reaksi balas kepada isu ini, PAS menyifatkan Tun Dr. Mahathir sudah tidak relevan untuk diangkat semula menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Banyak faktor yang mengukuhkan pendirian PAS itu di mana, banyak peristiwa tidak baik berlaku ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri itu seperti tragedi Memali, krisis raja-raja Melayu,  isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelbagai lagi perkara lain.

Rekod Buruk 22 tahun Dr Mahathir

Malah menurut PAS, disebabkan Pengerusi Pakatan Harapan itulah, kerajaan pada masa kini terpaksa membersihkan pelbagai 'penyakit kronik' yang berpunca ketika zaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Oleh itu, bagi PAS ianya tidak relevan untuk memberikan semula kepercayaan kepada Tun Dr. Mahathir yang dijangka kembali menghancurkan negara. Adakah rakyat mahu mengembalikan nostalgia kesengsaraan yang dibawa oleh beliau lagi dengan melantiknya semula sebagai Perdana Menteri.

Orang seperti Dr. Mahathir ini boleh berubah pada bila-bila masa dan sering melakukan 'U-turn'. Ini termasuk pendirian terbaharunya yang mahu Anwar dibebaskan daripada penjara sedangkan beliau sebenarnya yang bertanggungjawab menyingkirkan Anwar! Jadi, Dr. Mahathir wajib ditolak dan langkah Pakatan Harapan menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri semula juga membuktikan gabungan tersebut tidak mempunyai tokoh yang boleh dijadikan sebagai rujukan.



No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...