Calon yang terbaik untuk pembangkang untuk mencabar Najib di Pekan sudah tentulah seseorang yang paling kuat dan mantap untuk menumbangkan dan menumpaskan Najib nanti. Hasrat Ezam mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya umum akan datang, mendapat sokongan banyak pemimpin pakatan pembangkang Pakatan Harapan. Dan sudah pasti Ezam bukanlah calon yang sesuai untuk memberikan pukulan paling kuat kepada Najib.
Realitinya Ezam bukanlah orang yang paling kuat untuk melawan dan melemahkan Najib. Ezam janganlah bercita-cita besar dan berhasrat untuk bertanding mencabar Najib kerana Ezam mestilah diyakini benar-benar mampu mencabar Najib.
Pada masa sekarang, kalau Ezam mahu melawan Najib, dia kena jadi orang yang paling kuat pukul Najib sampai Najib tempang dan tumbang, kemudian barulah tak ada masalah untuk orang itu melawan Najib ataupun mana-mana parti pun.
Ezam akan menggunakan isu rasuah dalam UMNO dalam kempennya nanti. Ezam juga mendakwa kononnya niatnya untuk menentang dan menumbangkan Najib di mana sahaja Najib bertanding.
Kata Rafizi, pada pandangannya isu mengenai pembahagian kerusi antara parti pembangkang sebaiknya dibincangkan secara tertutup antara pemimpin parti.
"Siapa calon terbaik untuk melawan Najib, itu ialah keputusan bersama pakatan pembangkang, bukan keputusan saya atau sesiapa," katanya.
Mengenai Ezam, Rafizi berkata, tidak salah untuk tokoh itu mendedahkan segala kepincangan yang dimaksudkan sehingga Najib "goyang".
No comments:
Post a Comment