Thursday, 28 December 2017

BAGI MAHATHIR, BAGI BANTUAN KEPADA RAKYAT SALAH TETAPI MAKAN DUIT PROJEK MEGA TAK MENGAPA!!! PROJEK MEGA MAHATHIR SEMUANYA HANCUR!!




Kita boleh melihat cerita projek Mahathir yang gagal di era kekuasaan dan pemerintahan Mahathir. Projek mega Mahathir bukanlah projek yang kecil tetapi projek berkenaan menelan kos berbilion ringgit dan berjuta-juta ringgit. Tetapi lihatlah siapa yang menanggung? Yang menanggungnya adalah kerajaan dan rakyat. Kerugian yang ditanggung oleh kerajaan dan rakyat bukannya sedikit.

Adakah ini membuktikan Mahathir seorang Perdana Menteri yang hebat dan cemerlang 100% perfect, sempurna dan terbaik dari semua segi? Atau Mahathir mahukan dirinya dilihat jujur, baik dan memimpin dengan tulus ikhlas tanpa mengambil sebarang peluang mahupun kesempatan untuk kepentingan dirinya sendiri dan tidak pernah songlap atau melesapkan sesen pun daripada projek yang pernah dilaksanakan olehnya semasa dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Tengok sajalah PERWAJA, PKFZ, MAS dan PROTON, apa sudah jadi? Berapa banyak kerugian yang ditanggungjawabkan dan kalau difikirkan semula kerugian ini membawa kerugian berbilion ringgit dan bukannya kerugian ratusan ringgit. Mahathir harus ingat kebijaksanaan yang ada pada Mahathir bukan sahaja mensejahterakan dan memakmurkan rakyat dan negara, ramai lagi rakyat yang menderita dan miskin. Kenapa ini berlaku Mahathir? Kerana Mahathir mengkayakan kroni-kroni korporat dan anak beranak beliau yang kini sudah pun menjadi bilionair.

Mengapa Mahathir bertindak zalim dan rakus sehinggakan sanggup mengkhianati rakyat dan negara? Bukankah segala harta dan kekayaan yang dihimpun secara haram akan dipersoalkan di akhirat kelak. Mahathir tidak takut dengan azab Allah nanti di akhirat. 

Kesimpulannya Mahathir seharusnya kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Mahathir seharusnya mengakui segala kesilapan dan kesalahan beliau selama ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedarlah Mahathir sebelum terlambat.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...