Baru-baru ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang dilapor bersetuju menamakan Mahathir dan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Hakikatnya, biarpun diberi jawatan Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri kepada Presiden Parti PKR, Wan Azizah, ianya sememangnya cadangan yang sangat melucukan kerana menamakan seorang pemimpin yang cetek ilmu dan pengalaman dalam bidang politik bagi menjawat jawatan penting seperti Timbalan Perdana Menteri. Hanya kerana Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim maka cadangan itu diusulkan dalam Pakatan Harapan.
Wan Azizah pemimpin yang lemah dan tidak pro aktif. Lihat saja cara beliau menangani masalah Kajang yang gagal diselesaikan tapi ada hati untuk jadi calon Timbalan Perdana Menteri. Kenyataan lawaknya mengenai 'Naik Train, ada tol' menampakkan lagi kelemahanya sebagai pemimpin. Sudah tentu rakyat mahu seorang pemimpin yang punya pengalaman dan karisma seorang pemimpin untuk jawatan penting itu. Bukannya seorang pelawak yang bakal memalukan negara dengan kata-kata tidak masuk akalnya itu.
Namun demikian, mungkin salah satu sebab mengapa Wan Azizah dicadangkan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah disebabkan beliau mudah untuk dikawal dan diarah oleh sesiapa saja. Jesteru itu, DAP sangat bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan jika menang PRU14 nanti. Tidak mustahil Wan Azizah bakal jadi kuda tunggangan DAP dan Dr Mahathir!
No comments:
Post a Comment