Diva Meletop Azwan Ali menyelar tindakan penyanyi sejuk beku siapa lagi kalau bukan Sheila Majid yang membangkitkan keluhan dan rintihan berkaitan dengan kos sara hidup rakyat. Mana Azwan tidak terkejut dengan dakwaan dan tuduhan penyanyi sejuk beku Sheila Majid itu kerana semua sedia maklum bahawa Sheila Majid artis yang cukup disegani dan dihormati.
Sampai macam itu sekali penyanyi sejuk beku Sheila Majid meroyan. Tuduhan dan dakwaan Sheila Majid itu akan mempengaruhi dan merosakkan generasi muda. Bagaimana Sheila Majid artis yang mempunyai nama besar, berpengalaman lama dalam bidang seni, berjaya, ada pangkat datuk, kaya raya dan mempunyai pengikut berjuta-juta boleh membuat tuduhan dan dakwaan terhadap kerajaan. Bukankah semua yang dimiliki oleh penyanyi sejuk beku Sheila Majid kerana kerajaan.
Rasanya penyanyi sejuk beku Sheila Majid sudah jatuh popularitinya dan untuk menjadi popular, penyanyi sejuk beku ini sanggup menuduh kerajaan macam-macam. Tetapi masih tidak boleh lawan populariti Azwan Ali.Penyanyi sejuk beku Sheila Majid ini sebenarnya membunuh diri sendiri dan kerjaya seni beliau kerana sepanjang Sheila menjadi penyanyi sejuk beku beliau mendapat banyak manfaat dan keuntungan daripada Kerajaan Barisan Nasional. Sheila seorang yang berpengaruh, seorang diva rasanya tidak perlu sekali beremosi. Dengan dakwaan dan tuduhan Sheila Majid ini, ia sebenarnya membunuh diri dan kerjaya seninya sendiri.
Kesimpulannya segala tindakan dan perbuatan penyanyi sejuk beku Sheila Majid ini sama sekali tidak akan menjejaskan Kerajaan Barisan Nasional. Untuk menang dalam pilihan raya umum, Najib tidak perlukan penyanyi sejuk beku seperti Sheila Majid kerana nama Najib sudah terlalu besar, apalah sangat dengan penyanyi sejuk beku seperti Sheila Majid itu.
No comments:
Post a Comment