Kini terdapat lebih 6,000 rumah urut yang menawarkan khidmat seks beroperasi di Selangor ini belum lagi ditambah dengan rumah urut yang beroperasi secara haram. Perkhidmatan seks di Selangor menggunakan medium Whatsapp dan Wechat untuk mempromosikan perniagaan perkhidmatan seks mereka. Sebelum 2008 bilangan rumah urut tidak lebih daripada 420 buah di Selangor tetapi tengok sahajalah sekarang ini jumlah rumah urut sudah menjadi berpuluh-puluh ribu rumah urut. Jumlah ini menigkat dengan mendadak sekali sejak PKR dan DAP Selangor memerintah negeri Selangor.
Rumah urut banyak dibina tetapi rumah mampu milik rakyat Selangor tidak tidak pula jadi menjadi keutamaan bagi Kerajaan Azmin dan PKR Selangor. Pada 2 November 2017, Menteri Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendedahkan kira-kira 40,000 pembinaan rumah mampu milik Selangor sudah menjadi projek yang terbantut.
Tengoklah apa sudah jadi dengan Selangor rumah urut tumbuh bagaikan cendawan, merata-rata di Selangor sebaliknya tiada rumah mampu milik untuk rakyat Selangor. Kerajaan Barisan Nasional juga akan menghadapi untuk membina lebih banyak rumah PRIMA dan PPR jika kerajaan negeri tidak memberikan sebarang kerjasama. Kalau mahu dipastikan rumah PRIMA dilaksanakan rumah dengan lebih banyak, sebab kalau nak diikutkan sekarang ini baru 11 ribu sahaja rumah PRIMA yang dibina dan masih ada lagi baki 40 ribu rumah yang masih belum dibina.
Sehingga kini Azmin Ali enggan berikan kerjasama membina dan meluluskan rumah mampu milik untuk rakyat Selangor. Yang ada hanyalah rumah mampu tengok dan lihat untuk rakyat Selangor. Rumah urut dan pusat judi yang bertambah-tambah di Selangor dan bukannya rumah mampu milik untuk rakyat Selangor.
Kesimpulannya hanya Kerajaan Barisan Nasional satu-satunya kerajaan yang akan membina rumah mampu milik untuk rakyat Selangor. Tiada lagi pembinaan rumah mampu milik bagi menbantu golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah di Selangor kerana rumah-rumah yang dibina oleh Azmin Ali hanyalah rumah mampu tengok kerana dijual dengan harga yang jauh yang lebih tinggi dan tidak akan mampu dimiliki oleh rakyat Selangor.
No comments:
Post a Comment