Friday, 22 December 2017

TERIMA KASIH DIVA MELETOP AZMIN ALI BANTU SPRM BONGKAR RAHSIA AZMIN. HIDUP AZMI BERSAMA-SAMA UMNO!!!




Diva Meletop dan terkenal Azwan Ali dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan ahli keluarganya. Perkara ini telah pun disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki. 

Azwan Ali turut dilaporkan bertemu dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim. Dalam pertemuan itu Diva Meletop Azwan Ali telah melahirkan hasrat untuk membuat aduan berhubung dengan dakwaan salah laku rasuah yang membabitkan ahli keluarganya. 

Diva Meletop dan terkenal Azwan Ali akan membongkar segala rahsia berkaitan dengan Azmin Ali. Azwan melakukan semua ini bukan sebab mendapat dedak dan barua UMNO. Selama ini Diva AA ini telah melakukan terlalu banyak pengorbanan terhadap abangnya Azmin Ali, tetapi segala jasa pengorbanannya selama ini langsung tidak dihargai. 

Azmin Ali ingat dirinya besar kerana sudah menjadi Menteri Besar sehinggakan lupa siapa dirinya sebenar. Dendam Meletop Azwan Ali ini semakin meluap-luap apatah lagi Diva Azwan Meletop hilang kerja dengan RTM kerana menyokong Azmin sebelum ini. Bagi Diva Meletop Azwan Ali, beliau tidak kisah dengan kata-kata orang sekeliling yang mengata dan bercakap dirinya barua UMNO kerana niat Azwan baik mahu menegakkan kebenaran. 

Kesimpulannya Azwan Ali adalah contoh Diva Meletop yang akan  menjadi ikon baru Barisan Nasional yang akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional dan seterusnya memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional dan pucuk pimpinan parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...