Wednesday, 27 December 2017

BERPAKAIAN SEPERTI WANITA HARAM DISISI ISLAM, WAJAR DITANGKAP DAN DITARBIYAHKAN UNTUK KEMBALI KE PANGKAL JALAN



Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Klang, YB Charles Santiago dikatakan memberi kenyataannya bahawa kerajaan Malaysia perlu memansuhkan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia.

Menurut Charles, beliau menggesa agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar berhenti menangkap golongan mak nyah sewenang-wenangnya.

Ironinya, DAP seolah-olah mahu agensi-agensi agama berdiam diri dan hanya pejam mata melihat golongan ini berleluasa, malah mahu menghormati hak mereka, tidak mengatakan perbuatan mereka itu salah, bahkan terus menerus memansuhkan undang-undang bagi golongan yang berusaha untuk menyelematkan Malaysia dari perbuatan terkutuk ini.

Adakah dengan cara memansuhkan undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasi golongan trangender ini boleh menangani isu ini di Malaysia? Mampukah kita hanya mendiamkan diri demi kuasa politik?

Haram Menyerupai Bukan Sejenis

Lelaki yang sengaja menyerupai wanita atau sebaliknya dalam berpakaian, berdandan, bertingkah laku, bercakap, bergaya dan sebagainya adalah haram. Demikian juga wanita yang menyerupai lelaki. Bergaya seperti inilah tidak dibolehkan, ia menjadi larangan sekaligus dilaknat.

Apa yang berlaku pada akhir zaman ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah. Ikutan yang membuta tuli yang kononnya atas alasan penyakit ‘Gender Identity Disorder’ (GID).

Akibat lebih parah dari gejala ini adalah mereka lebih cenderung untuk melakukan hubungan intim sejenis dan akan mengancam umat Islam keseluruhnya.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...