Tuesday, 5 December 2017

KERANA KES RASUAH PROJEK LOMBONG PASIR, ANAK SAUDARA AZMIN ALI DITAHAN SPRM

Baru-baru ini, anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid dan 2 lagi ahli perniagaan telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek yang telah dianugerahkan oleh Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor. 

Tangkapan yang dibuat turut melibatkan penemuan wang tunai berjumlah RM 4 juta. Susulan daripada penangkapan itu juga, akaun Nuzul Fadli turut dibekukan. Nuzul Fadli, 34 tahun, tidak memiliki sebarang pekerjaan, tetapi memiliki banyak kenderaan mewah dan kediaman mewah, seperti yang ditunjuk-tunjuk menerusi akaun Instagram beliau. Selain itu, Nuzul Fadli kerap bercuti di luar negara, program-program dan mesyuarat-mesyuarat melibatkan Azmin Ali.

ANAK SAUDARA AZMIN ALI DITAHAN RASUAH

Tapi, seperti yang dijangkakan, Azmin Ali mendakwa tangkapan anak saudara beliau yang terbabit aktiviti lombong pasir haram tersebut sebagai berniat jahat dan berunsur politik. Apa yang menarik mengenai kes in adalah salahlaku bermula semenjak tahun 2014, iaitu apabila Azmin Ali mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Ini bermakna bahawa Nuzul, atau lebih dikenali dengan nama ‘Aboy’ berjaya membina kekayaan hasil ‘pertolongan’ bapa saudaranya dalam tempoh hanya tiga tahun. 

Seperti kata pepatah, satu jari menunding kepada orang lain, empat jari menunding kepada diri sendiri. Ternyata pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan seperti Azmin Ali dan Lim Guan Eng hanya pandai mengkritik orang lain walaupun diri sendiri terlibat dalam perkara-perkara seperti ini. 

Mungkin selain muhasabah diri, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan perlu berhati-hari dengan angka ‘4’ yang dikaitkan dengan kematian oleh masyarakat Cina. Lim Guan Eng terlibat dalam kes rasuah banglo 4 juta manakala Rafizi disabitkan oleh mahkamah pada usia 40 tahun. Syed Saddiq pula mendakwa terdapat cubaan membeli beliau dengan biasiswa berjumlah RM 400,000. Kini, anak saudara Azmin Ali pula ditangkap dan wang tunai berjumlah RM 4 juta telah dirampas. 

Tetapi, sekadar mengelakkan diri daripada angka 4 adalah tidak memadai selagi Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sedar bahawa ada banyak perkara yang mereka perlu perbetulkan mengenai diri mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...