Friday, 22 December 2017

PAN GHAIRAH SERANG PAS KELANTAN, TAK SEDAR DIRI PAN SEMAKIN LEMAH




PAN semakin tak sedar diri kononnya mereka yakin mampu merampas dan merampas Kelantan yang kini berada dalam genggaman PAS Kelantan. Menurut Pesuruhjaya PAS, Sallehen Mukhyi berkata hasil kajian Institusi Kajian Darul Ehsan (IDE), menunjukkan hanya satu peratus rakyat yang menyokong PAN. 

PAN kononnya sebelum ini mendakwa mahu merampas kerusi-kerusi milik PAS Kelantan tetapi ini tidak lebih hanyalah sekadar kenyataan dan retorik politik semata-mata. PAN bercakap dan membuat kenyataan tanpa membuat kajian yang menyeluruh, PAN seharusnya sedar mereka hanyalah penumpang dalam pakatan pembangkang Pakatan Harapan.

Ini membuktikan PAN memang tiada pengaruh dan inilah yang membuatkan kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP terhadap kemampuan dan kebolehan PAN ini. PAS pula dilihat semakin mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada orang Melayu, orang Cina dan India. Keadaan seperti inilah yang memberikan tamparan hebat dan kerisauan yang hebat kepada parti rekaan ciptaan DAP siapa lagi kalau bukan PAN. PAN gagal menarik dan meraih sokongan dan undian Melayu untuk menyokong DAP. 

Kesimpulannya PAN tiada pengaruh politik untuk menarik undian dan sokongan orang Melayu Islam. PAN bakal berkubur tidak lama lagi. Tiada guna PAN serang PAS, kerana pengaruh PAS jauh lebih hebat dan mantap dalam mendapatkan undian dan sokongan rakyat Kelantan. BERKUBURLAH PAN UNTUK SELAMA-LAMANYA!!!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...